Journey to loss weight - Masih jauh

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Teman terdekat pasti tahu, Dayah sedang berusaha mengurangkan berat badan. Atas alasan apa? Setelah berpuluh tahun selesa dengan berat obesiti dan tidak langsung peduli kata tomahan dan gurauan orang sekeliling.

Manusia selagi di beri mulut, bercakaplah ia. Sampai masa tertutup rapi tak mampu buka walau sekejap. Siapa sahaja sama.

Dayah bermula 14th August 2017 sehingga hari ini ada ups and downs. Secara kesuluruhannya Dayah dah loss sebanyak 11kg and I can feel it. Alhamdulillah. Cuma beberapa minggu masuk sebulan ke belakangan ini. Dayah sangat busy. Tak sempat nak exercise langsung dan sampai kerja-kerja pelamin Dayah tolak ke tepi 😓 (walau sering di pertikaikan) Masa untuk teman-teman langsung tak wujud, malah ada masa tak peduli langsung. Maafkan Dayah 😢

Di sangka ia sementara, tapi one after another. Am tired, but who cares. Tak mengapalah, mungkin Allah ada perancangannya yang baik buat diri ini. Berkata tentang penurunan berat badan. 1 bulan pertama memang Dayah betul2 lakukan "DETOX" sehingga boleh buang 5++kg

Dan Dayah perlukan lakukan ia lagi. Dayah guna my own way sambil rujuk bahan-bahan ilmiah yang boleh di rujuk. Untuk komit dengan apa-apa aktiviti, Dayah tak sanggup. Sedangkan hendak ke kelas cukup menyesakkan masa. Inikan pula ke gym dengan bayar instructor. Lebih baik beli dan lakukan di rumah. Ubat? Cuma prescription dari doktor. Dayah jumpa doktor dan tanya lebih lanjut. Rujuk kondisi diri. Setiap 2 minggu jumpa doktor. Alhamdulillah, kesihatan bertambah baik.

Bermula dengan 133kg dan masih jauh untuk Dayah turun ke 100kg. Apa pun ia tak mustahil.

Amalan harian Dayah,
1) Exercise every day (sebaiknya)
2) Burned more than 800 cals sehari
3) In take food less than 1000 cals sehari
4) Drink more water (PLAIN WATER ONLY)
5) NO SUGAR

Only those will help you. Jangan risau kalau ada kenaikkan berat, teruskan usaha. Jangan berat badan hari-hari... obses dah tu 😛 takut tak nampak perubahannya.

Yang pennting. Sebelum mula,
1) Timbang berat badan - CATAT
2) Ukur badan - CATAT

Semuanya perlu di CATAT dan di buat perbandingan. Dayah download applikasi "MyFitnessPal" sangat senang. Semuanya boleh di rekod. FIGHTING!

D_Y_H
Mengalah bukan diri ini, walau di caci seteruk mana sekalipun.

Comments

Popular Posts