Obesity yang melemaskan

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Penafian: Saya bukan pakar perubatan dan tidak pernah menuntut ilmu perubatan. Segala perkongsian adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga sahabat-sahabat maya yang berkongsi dengan saya sepanjang penulisan tentang topik ini. 


Terlalu lama Dayah tak update tentang Ovarian Cyst. Apa khabar? Alhamdulillah saya sihat dan dalam process mengurangkan berat badan. Dayah berada dalam kategori obesiti yang kritikal. BMI saya BMI = 50.68 kg/m2   (Obese Class III). 

Ngeri tengok result BMI sendiri. Dari kecil lagi Dayah dah obes. Dan banyak cara dah Dayah cuba untuk mengurangkan berat badan. Macam-macam. Sampai tahap tuli telinga dan perbuatan. Tidak mahu lagi. Cukuplah, biarlah aku aman dengan cara aku. Teruk betul traumanya. 

Bila doktor kata ada cyst, doktor pun suruh turunkan berat badan. Buatlah sekejap tapi tak juga turun sebanyak mana. Paling banyak Dayah pernah turun 15kg. Masih dalam kelompok 110+kg. Well selagi determination tu tak hadir dalam diri sendiri. Apa pun yang datang tak mungkin beri kesan apa-apa secara physology. 

                                          Image result for obesity

Ia satu masalah. Iya saya harus akuinya. Selama hampir 23 tahun saya hidup dengan obesity. Lamakan. Mujur juga saya seorang yang aktif. Tak boleh duduk diam. Acap kali hadir dalam minda saya tentang segala jenis penyakit namun ia tak cukup memberi impak besar. Sampai satu hari, saya terfikir. Tak kasihankah saya dengan orang yang bakal mengangkat mayat saya ketika mati nanti. Terus saya berazam untuk mengurangkan berat badan. Takkan sampai mati pun menyusahkan orang! Allah. Allah. Allah. Hidup kita tak lama. Hari-hari kita di khabarkan dengan kematian. Waktu kita juga akan tiba. Saya nekad. Dan masih berusaha. Target awal saya untuk capai 100kg dahulu. Saya tidak tahu bila last saya di bawah berat 100kg. Di universiti dahulu pun berat saya 115kg. Sampaikan tayar motor saya tak boleh pakai yang kecil. 

Berada dalam kelompok obesity tidak ada yang manis. Langsung tidak ada. Ejekan sudah biasa dan mencari pakaian yang sesuai amatlah payah. Saya masih beruntung kerna bekerja dan mampu membeli pakaian sendiri, malahan lebih beruntung kerna mama suka belikan saya pakaian. Apa jadi kalau saya tidak di tempat sekarang? Pasti saya sangat sukar mencari pakaian. Kadang-kadang terfikir untuk saya keluarkan pakaian plus size, tapi bila fikir-fikirkan semula. Ia cuma mengalakkan lagi obesiti berterusan. Saya harus keluar dari zon obesiti. Saya WAJIB keluar. Usia makin meningkat, walaupun setiap kali cek kesihatan sentiasa baik. Tapi siapa tahu masa akan datang. 

Saya sedang berusaha dan kali ini saya nak maklumkan pada orang sekeliling saya, bantu saya untuk keluar dari zon obesiti. Kerana ia langsung tidak membantu apa-apa. Walaupun keyakinan diri saya tinggi, tidak bermakna ia bagus. Sampai satu tahap saya sedar orang ketawakan saya. Orang cuma jaga hati dengan kata awak ini comel. Nak duduk di kerusi-kerusi awam pun kadang-kadang, penuh satu kerusi saya sahaja. Orang lain tak boleh tumpang duduk. Sedar akan itu saya wajib berusaha mengurangkan berat badan. 

Mudah-mudahan saya berjaya kali ini dan tidak give up separuh jalan. 

Comments

Anonymous said…
Go dayah go.... dayah boleh.. jom sama2 kurus demi kesihatan... -rinie-

Popular Posts