Slider

Tuesday, April 18, 2017

Matrikulasi yang di rindui

Salam,

Allahu...dia yang menciptakan memori indah yang kekal dalam ingatan ini.
Tak mungkin padam walau secebis.
Rindu.

Waktu berlumba-lumba mahu buat yang sebaiknya.
Rajin sangat waktu ini. Kalau boleh nak bangun sebelum teman lain bangun dan selesai subuh seawal yang mungkin.
Pergi kelas berjalan kaki dari block C ke block akademik. Ahh rindunya.

Aktiviti sentiasa ada.
Mama kerap datang bawa bekal buat anaknya ini.
Setiap hujung mungkin... kalau tak boleh balik, mama pasti datang bawa bekal.
Kalau boleh balik pula berjemput 😍😘 jarang sekali pulang naik kenderaan awam.
Masa inilah lepas geram bawa kereta.. ahahaha.. Waktu inilah baru kenal system CGPA... baru mula nak belajar bagaimana dapatkan gred yang terbaik.

Penghujungnya, kerna dek takut tak dapat course yang di mahukan.
Relakan diri memilih UMS. 😂
Bila result keluar.. alahaiiii boleh je dapat tapi risau sangat punya pasal... ke UMS kita baaa...

Cerita UMS nanti kita story ya.
Apa yang Dayah rindu sangat dengan matrikulasi?

1) Bangun Subuh mesti sebelum waktu.
2) Jemaah Magrib dan Isya' (x kiralah di bilik atau di Surau diri Jumaat, dan nakal sangat waktu ini Image result for face palm emoji  sebab kami akan keluar seawal yang mungkin nak jengah siapa yang azan.. kalau boleh nak duduk saf depan sekali, luar pagar surau, from there kami boleh nampaklah sapa masuk bilik azan tu.. ahahahaha.. nakalkan.. sebabnya nak tahu sangat suara siapakah yang merdu sangat tu .. paling terkesan ketua block kamilah.. hihihihi.. sampai kami tukar nama panggilannya.. ahahaha) 😅
3) Baca Yasin ramai-ramai. Sampai hafallah surah yasin tu. MasyaAllah. Gembira sangat.
4) Study akaun ramai-ramai. (haaaa.. bilik famous untuk di refer... kekekekeke... Memang subjek favorite sampai uni. Tak boleh tak dapat A 😆. Bila buat ACCA kelaut! kahkahkahkah. Janji lulus cukuplah. Aduhai. Hilanglah Dayah yang punya semangat berkobar-kobar 😞 dan kini impianku tersekat separuh jalan 😭sedihnya. Hanya dia yang tahu, tak mengapalah, saya redha dan saya tengah usaha untuk gapainya semula)
5) Cuci tandas dan koridor (ahahaha ini pelik. Tapi benar. Depa panggil Dayah Indah Water. Tak bolehlahh tandas kotor-kotor ni. Koridor ni tempat favorite, depa melepak beratuq telefon setiap malam dan tempat tadah air sejuk or panas.. water cooler ... bilik dayah sebelah koridor.. bila semua orang dah naik.. lengang je tempat tu mulalahh kerja-kerja tabur sabun dan angkut air berbaldi-baldi untuk cuci lantai... hahahaha... 😂
6) Outing! Yeah, dapat pi Masjid Tanah pun dah happy. Jaranglah Dayah nak p Bandar Melaka ("BM") tu sangat. Masa pendek. Kalau p BM pun kami mesti pergi Mahkota Prade. Masa ni MP ni gah sangat dah.
7) Buat bunting sama-sama... Ni memang rindu sangat. Sekawan kami buat Bunting hampir setiap bulan dengan macam-macam kata-kata motivasi. Block tulisan banyak Dayah beli dan juga color. Adha Dayah minta tolong melukis segala jenis karikatur, cantik sangat dia lukis taw. Suka sangat. Allah rindulah kat korang. Tanpa korang tak mungkin Dayah dapat laksanakan tanggungjawab naikkan bunting tu all the times, sampai PRS lebih di kenali daripada PPP (di uni kita panggil MPP). Macam-macam ayat Dayah cuba karang dan of coz sahabat PRS Dayah banyak sangat membantu. Terima Kasih sangat korang.

Kenangan sangat.
Dayah rindu sangat teman-teman yang suka datang melepak bilik Dayah lepas tu korang nak juga tidur dalam bilik Dayah.. ahahaha.. kita tidur himpit2 pun tak kisah asal kita tidur sama-sama. Rindunyaaaa.

D_Y_H
Kenangan lalu terlalu banyak mendewasakan.

No comments: