Slider

Friday, April 7, 2017

7 days Incredible of Iran

Assalamualikum wbt & Salam Sejahtera,     

                 

                 

             

                 

                 

                      

Berada di Tanah Persian, hanya lintasan di Minda. 
Kenapa? 
Macam-macam omokan di berikan buat tanah ini.
Perbezaan kefahaman mereka juga mengusarkan.
Kami cukup menjaga mulut di sini. 
Bila di tanya tentang Islam. 
Kami sekadar angguk. 
Dan lebih dari itu kami senyum. 
Cara mereka mungkin berbeza dan kefahaman mereka juga berbeza. 
Sempat Dayah perhatikan cara mereka solat, ada persamaan cuma mereka bawa bersama batu. Untuk apa wallahualam.

Sepanjang perjalanan kami rasa selamat. 
Orang-orang di sini baik-baik belaka. 
Bahasa Inggeris mungkin terhad, tapi mereka tak takut mencuba.

Berbeza waktu dengan Malaysia lebih kurang 5.30 jam. 
Malaysia di bawah garis GMT+8, manakala Iran GMT+3.30. 
Guna telefon bimbit tak perlu tukar waktu di jam tangan 😎.

Awal jadual perjalanan kami cuma Tehran-Shiraz-Tehran. 
Di saat akhir kami rombak dan jalan sahaja ikut gerak hati. Maka jadilah,
Tehran-Shiraz-Isfahan-Abeyaneh-Khasan-Tehran, dalam tempoh 7 hari. 
2 hari kami habiskan masa dalam kapal terbang. 
Perjalanan dari KLIA 2 mengambil masa lebih kurang 8 ke 9 jam. Harga returned ticket kami ke Tehran, RM669/seorang.

Untuk membuat booking online untuk penginapan agak terhad bagi Iran. 
Kalau ada yang mahal-mahal belaka. 
Semalam RM500/night per room. 
Pengsan!! Itu untuk 2 orang. 
Hampir give up la! 

Tapi kami usaha juga. Itu yang awal itinenary cuma Tehran-Shiraz. Alhamdulillah kami ke sini bukan waktu peak. 
Untuk 5 orang tak susah untuk kami bermalam. Ada malam kami tidur dalam bas sahaja, perjalanan dari Shiraz ke Isfahan.

Di Tehran, kami mungkin masih tercari-cari destinasi. 
Ada tempat kami tak pergi 😀, too hassle.    

                        

Sampai sahaja di Shiraz segalanya berubah. 
Kami ambil daily trip package dan tuan rumah kami tak jemu menjawab setiap soalan dan ada Elham and Sajat (dia ni driver, tapi sangat2 membantu.. sesat call dia.. walaupun english dia limited dia tetap berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah kami. Perfect!) Dayah ada share pengalaman dayah di Shiraz di Tripod Advisor in case nak refer. Hehehe 😊

Bagi Dayah pengalaman di Iran adalah pengalaman berharga. Seni binanya WALLAH! Lawa dan kagum. Seketaan ekonomi yang di kenakan tidak sedikit pun mematahkan mereka berusaha dalam negara. Kami jumpa ramai orang luar yang datang ke Iran. Kenapa mesti rasa takut2? InsyaAllah, Allah ada. Tidak sedikit pun kami di ganggu oleh tentera atau polis mereka. Pandai bawa diri dan jaga maruah diri dan negara, insyaAllah ke mana pun selamat.

D_Y_H
Jauh lagi perjalanan pengembaraanku, makin jauhku merantau makin buat aku gian untuk terus merantau mencari secebis kehilangan. 

No comments: