Ovarian Cyst: Cyst 5cm ke 8cm, bagaimana mengecilkan?

Salam,

Dayah terima komen lagi dari pembaca blog. Alhamdulillah dan terima kasih atas kunjungan.


Anonymous said...
Salam...arini sy check doc...doc sahkan cyst sy sdh 8 cm mmbesar,sblom ni 5 cm...sy sedih sbb km dh kawen 5 thn,brusaha utk dptkn baby tp pnykit cyst ni plk hadir...ak redha dgn ktentuanNya...namun stlh bc blog n komen2 d ats.tmeksh ats pkongsian..sy nekad arini juga sy akn amalkan nasi sawi n peria tu...akar peria tu drebus kn?pstu dminum stp hari ye...iAllah doakan cyst sy mngecut n mngecil dan rzki utk sy mnimang chayamata...amin...sama2 la kt slg mndoakan..amin


Saya doakan awak cepat sembuh.
Saya faham perasaan mendengar tentang cyst yang wujud dan ia tanpa segan membesar dengan jayanya. Ia bukan sesuatu yang mudah. Banyak implikasinya.

Risau dan macam perasan bercampur sama.
Mudah-mudahan dengan amalan pemakanan yang seimbang moga membantu mengecilkan cyst. 
Selain itu jangan lupa terus buat follow up dengan doktor. 

Kadang-kadang perasaan risau tetap ada dalam diri. 
Bila fikir semula, I only have one precious.. kahwin pun tidak lagi.. (bila entah?!.. malas fikir pun ya. Sebab? Tak berkesempatan nak fikir dalam-dalam.. sipi2 ja dia mai.. ahahahahaha) ... lepas dapat berita cyst growing (cerita tahun lepas punya story.. masa tu 5cm.. and doktor kata kita operate ya.. takut twisted and because you kena jaga your precious one... rasa nak menyembah ke bumi..waktu tu lemah segala urat sendi... kelu tak terkata. Tapi saya nekad tak mahu di bedah lagi.. sehingaa saya sendiri skip follow up selama 6 bulan... dan penghujungnya sakit yang kerap kali menyerang .. buat saya menyerah diri dan doktor nasihatkan better saya buat pembedahan buang cyst yang ada. Dan saya akur)  pembedahan berjaya di lakukan. 1/2 day masuk office, 1/2 day kali kena tahan wad .. malamnya terus operate.. jam 10pm (dari 7 lebih) baru selesai. Keluarlah cyst yang menyakitkan itu. Dan setakat minggu lalu (check di klinik biasa) belum ada tanda-tanda pelik dalam rahim atau kawasan sekitar. Alhamdulillah. Tapi tetap kadang-kadang kita bermain dengan perasaan. Siapa sahaja berharap tak punya masalah ini. Termasuk Dayah, tapi Allah ada rancanganNya yang baik buat setiap umat manusia. 

Mudah-mudahan yang terbaik buat semua. 

D_Y_H
Lately banyak dugaan yang mematahkan semangat Dayah untuk terus ke hadapan. Tapi bila Dayah renung semula usaha selama ini, Dayah kena kuatkan diri dan lawan. I can do it!!

0 comments: