Kosong dan Koyak

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Apa habaq sahabat-sahabat maya Dayah semua?
Harap hang pa semua sehat la naaa...
Tak taw pasai apa rasa nak mencoret di sini.
Bertahun, makan bulan, makan minggu dan hari...
Bermacam-macam suka dan duka dah lalui...
Cuma kadang-kadang benda yang terlalu perit sukar nak lupa dan hadam.

Banyak cerita duka terjadi sepanjang tahun ini.
Buat pertama kali Dayah kalah dengan sabar.
Hampir mengalah tapi masih terus berdiri.
Orang sekeliling sudah mulai bising.
Macam-macam bunyi.
Macam kicau burung.
Adakalanya sedap di pundak.
Adakalanya binggit menyegat.

Terngiang-ngiang di kotak fikiran.
Bermacam-macam hinaan.
Sampai satu hari jari jemari.
Tak sabarlah meluah rasa.

Macam-macam label tercipta tanpa di rancang.
Di palit dengan yang buruk-buruk sahaja.
Yang terdengar semua buruk-buruk.
Tak ada langsung yang manis-manis.
Semuanya rosak binasa tak sikit pun tampak baik.

Sungguh penat tapi tiada jalan keluar.
Berapa lama lagi?
Berapa lama lagi?
Berapa lama lagi?

Image result for Tired

Kadang aku rasa kau sedang gelak gembira dalam diam,
Ahhhhhhhh! Persetankan semua itu!
Aku perlu cari bahagiaku sendiri. Walau sendiri.

Ini bukan puisi.... jauh menyempang.. ini cuma luahan rasa.
Cukup-cukup rasa di hina-hina, di pijak-pijak dan harus berapa lama lagi?

0 comments: