PELANGI PAGI DAN HARI YANG MENDEBARKAN.

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Semalam selama sejam, Dayah rasa hidup dalam fairy tale. Setiap moment membelah awan biru terasa sungguh indah. Terasa di awangan dan sangat menarik. Pernah tak rasa macam tu.



Lebih kurang begitulah saya nampak. Tapi ia lebih cantik. Tona pelanginya lebih jelas dan terlalu cantik untuk di gambarkan. Pelangi ada auranya tersendiri. Sampai boleh buat Dayah berubah mood jadi ceria dan tenang. Sungguh rasa terlalu bertuah bertemu pelangi pagi kelmarin. Allah maha besar. Selepas itu saya berdoa dalam hati, moga di permudahkan urusan kami Sg, Petani. 

Sebelum kami melangkah ke meeting room, memang saat paling mendebarkan. Menanti hampir lebih 2 jam. Kami di panggil mengadap Board. Perasaan macam-macam ada. Sebab sesi sebelum itu, CFO bagi signal kena teruk. Haishhh, boss sampai bisik... 

"Tak syokkk kan every time also like this" 

Dayah rasa? Cuak. Doa berterusan di hati. 
Sungguh ini bukan kali pertama menghadap Board dan AC. 
Sudah beratus kali. 
Sudah pelbagai jenis level... dari tak perpangkat sampai ke Tengku pun ada. 
Corporate life yang sangat warna warni. 

You will rasa rama-rama terbang dalam perut bila memikir pengalaman mereka yang lebih 20 tahun mengurus syarikat yang besar sampai listed di papan utama dan awak cuma seorang IA yang baru ada pengalaman setahun jagung. MasyaAllah. Bukan merendah diri atau tidak yakin. Tapi perasaannya lain. 

Paperwork kali ini memang Dayah involved 100% preparation. Am on field. Rindu nak ke field tuhan sahaja yang tahu. Banyak pengalaman ku kutip sepanjang buat Field. 

KM mula buat presentation dengan tenang. Sesekali Board member yang kami gerun mencelah. Setiap kali itu juga Dayah akan beri sepenuh tumpuan. Supaya semua request dia, akan kami penuhi untuk next reporting. 

Dayah harap bertemu lagi pelangi seterusnya..... am so glad to see you Rainbow. 

D_Y_H
Rasa macam hari-hari nak naik flight pagi dan bertemu dengan pelangi. 

0 comments: