Slider

Friday, November 27, 2015

Ovarian Cyst berulang dan PCOS?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Apa khabar semua?
Harapnya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Kalau ada yang sedang dalam kesulitan (sakit atau bermasalah) Dayah doakan kalian cepat di beri kesejahteraan. InsyaAllah.

Doa + usaha = Kejayaan.

Rasanya Dayah dah maklumkan beberapa bulan lepas Dayah dah undergo second operation for ovarian cyst. Cyst yang membesar silently. After few check up baru sedar cyst tu ada semula dan punca lain dari Dayah sendiri sebab selalu sangat skip check up dengan doktor. Sometimes after a year baru Dayah jumpa semula doktor. The reason behind ..... sebab clash dengan meeting date. So Dayah kononnya "Postponed" la sangat. Lepas tu, terus senyap. 

Moral of story janganlah skip-skip appointment doctor. A silent growing cyst won't tell you till its reach critical stage. Then its too late. 

Dayah juga nak maklumkan pada sahabat-sahabat yang selalu ke mari dan terus membaca blog ini, bahawa Dayah bukan pakar hatta ada qualification dalam bidang ini. Apa yang di cerita adalah dari pengalaman saya sendiri dan juga rakan-rakan yang mengalami masalah yang sama. Saya sekadar berkongsi. 


Dan baru-baru ini, adik saya sendiri di sahkan penghidap PCOS. Apa tu? Selama ini PCOS sentiasa dalam minda, macam mana kalau saya punya masalah sedemikian? Dan bagaimana saya hendak hadapinya? 




Masa mula-mula saya tahu tentang PCOS, agak lama dahulu. Ia bagai mimpi ngeri melihat objek-objek bergambar yang saya akui saya rasa ngilu melihatnya. Sepanjang pembacaan saya, penghidap PCOS mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat. Sering menghadapi irregular period. Nak bercerita lanjut tentang PCOS ini, Dayah tak punya ilmu mengenainya. InsyaAllah ada masa terluang Dayah cuba membaca lebih lanjut. 


Takdir Allah, adik saya yang sudah lama berkahwin di sahkan penghidap PCOS. Dia sangat positif, Alhamdulillah. I feel you and I know its hard. You may be smiling but your heart is crying. Why me. Sering di omok omok dengan persoalan bila nak ada anak? Kahwin dah lama anak tak ada? Kau ni ada masalah ke? 

Letak diri anda di situasi beliau. Apa anda rasa? Tak ada wanita pun tak berimpian untuk menjadi ibu. Tak ada. Kalau ada sangatlah minority dan saya pasti dia ada sifat keibuan yang tersembunyi. 

Rasa itu terlalu dalam dan menyakitkan. Kadang-kadang kita tak dapat kawal mulut jahat kita. Cubalah jaga hati orang lain kalau kita nak orang lain jaga hati kita. Give your moral support. Setiap orang rezeki yang Allah beri berbeza. Ada yang sangat senang dapatkan semua benda. Ada orang yang usaha macam mana pun, masih di takuk lama. 


Dan pada Dayah, i'll be more positive toward build my life. InsyaAllah. Bila orang tanya bila nak kawin? Saya senyum sahaja. Tak tahu nak jawab apa. Usaha usaha usaha, penyudahnya i'm not lucky enough. Give up? hampir malas berfikir. Focus pada kerjaya dan kewangan. Kadang-kadang orang pandang kita macam senang. Tapi orang tak tahu kesusahan kita. Pengalaman banyak mengajar Dayah berfikir lebih matang. 


Kawan-kawan, kalau ada hutang bayarlah. Dayah menuntut hutang dengan orang yang berhutang sampai Dayah naik malu nak meminta lagi. Bayarlah. Susah saya nak dapatkan duit walaupun satu sen. 24/7 kerja untuk dapatkan kehidupan lebih baik. Kerana seorang yang berhutang bertahun-tahun buat saya takut nak beri pinjaman pada orang lain. Kalau anda membaca entry ini, saya berharap untuk anda bayar semula duit yang di pinjam. 

D_Y_H
Entry ini dah jadi entry carca merba. Macam-macam ada :D