Ovarian Cyst berulang dan PCOS?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Apa khabar semua?
Harapnya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Kalau ada yang sedang dalam kesulitan (sakit atau bermasalah) Dayah doakan kalian cepat di beri kesejahteraan. InsyaAllah.

Doa + usaha = Kejayaan.

Rasanya Dayah dah maklumkan beberapa bulan lepas Dayah dah undergo second operation for ovarian cyst. Cyst yang membesar silently. After few check up baru sedar cyst tu ada semula dan punca lain dari Dayah sendiri sebab selalu sangat skip check up dengan doktor. Sometimes after a year baru Dayah jumpa semula doktor. The reason behind ..... sebab clash dengan meeting date. So Dayah kononnya "Postponed" la sangat. Lepas tu, terus senyap. 

Moral of story janganlah skip-skip appointment doctor. A silent growing cyst won't tell you till its reach critical stage. Then its too late. 

Dayah juga nak maklumkan pada sahabat-sahabat yang selalu ke mari dan terus membaca blog ini, bahawa Dayah bukan pakar hatta ada qualification dalam bidang ini. Apa yang di cerita adalah dari pengalaman saya sendiri dan juga rakan-rakan yang mengalami masalah yang sama. Saya sekadar berkongsi. 


Dan baru-baru ini, adik saya sendiri di sahkan penghidap PCOS. Apa tu? Selama ini PCOS sentiasa dalam minda, macam mana kalau saya punya masalah sedemikian? Dan bagaimana saya hendak hadapinya? 




Masa mula-mula saya tahu tentang PCOS, agak lama dahulu. Ia bagai mimpi ngeri melihat objek-objek bergambar yang saya akui saya rasa ngilu melihatnya. Sepanjang pembacaan saya, penghidap PCOS mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat. Sering menghadapi irregular period. Nak bercerita lanjut tentang PCOS ini, Dayah tak punya ilmu mengenainya. InsyaAllah ada masa terluang Dayah cuba membaca lebih lanjut. 


Takdir Allah, adik saya yang sudah lama berkahwin di sahkan penghidap PCOS. Dia sangat positif, Alhamdulillah. I feel you and I know its hard. You may be smiling but your heart is crying. Why me. Sering di omok omok dengan persoalan bila nak ada anak? Kahwin dah lama anak tak ada? Kau ni ada masalah ke? 

Letak diri anda di situasi beliau. Apa anda rasa? Tak ada wanita pun tak berimpian untuk menjadi ibu. Tak ada. Kalau ada sangatlah minority dan saya pasti dia ada sifat keibuan yang tersembunyi. 

Rasa itu terlalu dalam dan menyakitkan. Kadang-kadang kita tak dapat kawal mulut jahat kita. Cubalah jaga hati orang lain kalau kita nak orang lain jaga hati kita. Give your moral support. Setiap orang rezeki yang Allah beri berbeza. Ada yang sangat senang dapatkan semua benda. Ada orang yang usaha macam mana pun, masih di takuk lama. 


Dan pada Dayah, i'll be more positive toward build my life. InsyaAllah. Bila orang tanya bila nak kawin? Saya senyum sahaja. Tak tahu nak jawab apa. Usaha usaha usaha, penyudahnya i'm not lucky enough. Give up? hampir malas berfikir. Focus pada kerjaya dan kewangan. Kadang-kadang orang pandang kita macam senang. Tapi orang tak tahu kesusahan kita. Pengalaman banyak mengajar Dayah berfikir lebih matang. 


Kawan-kawan, kalau ada hutang bayarlah. Dayah menuntut hutang dengan orang yang berhutang sampai Dayah naik malu nak meminta lagi. Bayarlah. Susah saya nak dapatkan duit walaupun satu sen. 24/7 kerja untuk dapatkan kehidupan lebih baik. Kerana seorang yang berhutang bertahun-tahun buat saya takut nak beri pinjaman pada orang lain. Kalau anda membaca entry ini, saya berharap untuk anda bayar semula duit yang di pinjam. 

D_Y_H
Entry ini dah jadi entry carca merba. Macam-macam ada :D 

4 comments:

Alia iman said...

salam dayah,

saya pun menghidap PCOS since umo 20thn diagnos. byk ubat doc makan n hope to control the symptom n of cos to get baby once dah kawin. even doc pun sahkan susah n mgkn x dpt anak..( PCOS is lifelong problem, tak bole hilang tp bole control the symptom only) but as u said...think positive n never give up.
i quit ubat doc which i dah telan for 8years!! and its not helping my period and gain weight like .....

tp sy ubah cara hidup ambil suplement doa byk2.. exercise and try both moden and traditional chinese suplement. alhamdulillah, now i am a mom to 1 year 2months boy...and insya Allah will deliver my 2nd baby in May 2016.

actually, it is Allah that decide. not doctor. depends in your usaha n doa...insya Allah.

zairulazwana mali said...

salam dayah...

sdey nye zerol baca... moga Allah permudahkan urusan dayah.. ujian yg Allah bagi tu tanda kasih dan sayang Dia pd dayah.. .. nasib kte hampir sama.. cuma zerol masih bertuah.. blom ade sakit.. u r strong girl.. salute ngan dayah... pasal jodoh tu yg kte same... zerol pon mcm dh xpeduli... tp da deep inside Allah je yg tau betapa we need someone to share to... tmbh lg lps arwah ayah zerol pergi... ada mcm satu ruang kosong yg xterisi...jd zerol keep on positive... pecaya percaturan Allah itu sebaik2 percaturan... ade yg ckp zerol memilih.. but this is our life risk.. mestila kte nk yg kurang berisiko kn.. hihi.. lg satu zerol sentiase ada doupt yg.. btul ke die ni ikhlas... ape yg ade pd aku... xde ape.. so ape x factor utk die ikhlas...so... amne nk ade hbgn kalo xde percaya... tol x... hihihi...dh jd mcm sesi luah perasaan plak... be strong ya dayah... keep fighting.. im always be here for u

Dayah said...

Alhamdulillah Alia tahniah untuk your second baby. Dayah happy sangat baca entry-entry positif macam ni. Kita kena cari usahakan Alia. InsyaAllah Dayah sampaikan pesan pada Adik dayah.

Zarul, thanks for the doa. InsyaAllah, I'll also will be around when you need me. Usaha taw zairul! Ciayokkk!

Klieo Lee said...

Semoga Dayah cepat sembuh ya! Ada saya dgr bagus skip makanan laut macam udang, ketam. Makan sayur byk2, kurangkan daging. Tahun lalu pun, saya ada masalah period. Pendarahan tak henti sampai 7-8 bulan. Dah setengah tahun baru nak gi tgk doktor. Kena mkn ubat 6 bulan. Pastu, lebih setengah tahun pulak takde period. Adui, punyalah takut. Baru bulan lalu ada period. This month kena tgk mcm mana. Kalo period tak balik2, kena lagi jumpa doktor. Sigh... Jgn malas tgk doktor, Dayah. Kesihatan paling penting. Doktor ada jugak nasihatkan turunkan berat badan. Akan banyak membantu. Kita sama2 jiayok!