Sharing Ovarian cyst: Another cut

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hello semua. 
Hari ini genap 5 hari Dayah selamat menjalankan pembedahan pembuangan ovarian cyst buat kali ke-2. 
Ia berlaku sangat pantas. 
Kalau kalian selalu membaca blog Dayah, pasti teringat entry Dayah setahun yang lalu berkaitan dengan kemunculan semula cyst dan sizenya tidaklah terlalu besar akan tetapi Doktor dah advice sebelum apa-apa berlaku. I refuse to do anything. 

For whole 1 year, Dayah tak pergi langsung jumpa Doktor. 
Ceritanya bermula minggu lepas. 
Seminggu demam tak mahu juga sembuh-sembuh. Agkanya Doktor pun ingat Dayah main-main. Sekadar bagi bekalan ubat for 2 days. Haishhh, I should change the Doktor (clinic doctor berhampiran rumah). As this is not the first time, medical yang di beri tak menyembuhkan. Tapi being me, malas nak complain. Terus juga pergi ke clinicnya. 

Forget about that, Dayah seminggu dah mengalami gelaja sakit pinggang melampau. Tahap jalan pun dah macam orang dalam pantang. Bengkok sikit menyakitkan. Dayah ingat sebab penat sangat dan sebab demam. 

Sampailah di awal pagi Selasa, perut rasa sakit dan mencucuk. Terasa kaki kian nak melumpuh tapi masih boleh berjalan. Tahan sakit sampai siap satu report, siap bebel dekat office. hahaha. Tak sedap hati kerja menimbun. Nak buat kerja memang terganggu sejak badan tak sihat. 

Pukul 3pm macam tulah lebih kurang, ask permission dari lady boss. I need to see doc. Terus ke KPJ Kajang. Saya prefer ke Hospital yang dah ada historical data kita. Senang. Jumpa doktor yang sama. Cuma perlu tunggu seorang lagi, kemudian giliran saya. 

Masa itu sakit datang dan pergi. 
Seperti kebiasan Doktor Ras, tak pernah lekang dengan senyuman manis di bibirnya. 

Terus Dayah maklumkan keadaan saya, tanpa tunggu lama terus Doktor Ras buat scanning pada perut. This time ... tak ada sorok, tak payah Doktor tekan keras-keras elok je tertonjol. Betul-betul rapat dengan pankreas. Itu antara punca sakit pinggang. Dan before its become worst i.e. twisted ovary. Doktor nasihatkan Dayah buat pembedahan. 

Blur dan perasaan berbagai-bagai saat itu. 

"But, how about if you have to remove the ovary?" That's my concern! as that the only ovary yang left. Sumpah waktu itu sedih. Antara nak buat dan tak buat. 

Waktu Dayah cakap macam itu memang muka Doktor pun dah risau. 
Tapi dia tetap pujuk Dayah. Kalau tak buat kalau jadi macam yang lepas lagi susah. Thats your precious. Kita buat yer. 

Dengan berat hati, saya sign juga surat persetujuan pembedahan. 
Tuhan sahaja tahu sakit yang saya rasa selama seminggu. 
Dan sekarang tahan sakit lepas kena bedah perut. 
Jalan macam orang lepas bersalin bawa perut. 

                               


#ameerharith adalah pelawat setia Dayah. Dari admit sampai keluar hospital dialah selalu ada. 

Ia memang pengalaman kedua Dayah. Dan mana mungkin saya lupa. Betapa takut dan gentarnya saya saat sebelum operation bermula. Seram sejuk dan pelbagai perasaan menghantui Dayah. Kalau dahulu Dayah langsung x sedar diri sebelum di bawa masuk bilik bedah lagi. Kali ini Dayah sedar dan cuma di bius betul-betul bila dah masuk ke dalam bilik bedah. 

Doktor  Bius, Dr. Salleh.
Doktor Bedah, Dr. Rasliza. 
Terima Kasih Dr. 

Dr. Salleh memberi peranan awal, sebelum pembedahan bermula. Dia nampak relak dan suruh Dayah relaks. Dan dia sabar cari urat di tangan Dayah, yang sememangnya sejak dulu. Susah benar nak muncul. Sampai sakit tangan kalau nurse yang buat. 

Dr. Ras Dayah cuma jumpa sebelum katil Dayah di tolak ke bilik bedah. Macam biasa wajah dia tenang dan berkenyakinan. Sedikit sebanyak Dayah dapat sedikit kenyakinan darinya. 

Dari jam 8 lebih sehingga hampir jam 12 malam, baru pembedahan selesai. Dayah cuma sedar masa dah dekat sampai ke bilik. Masa buka mata nampak mama, fatin dan Datin. Lepas itu tak sedar apa dan worst part Dayah batuk-batuk. 

Can you imagine, batuk lepas operation, Ya Allah sakitnya perit amat. Until now, Dayah pegang perut setiap kali nak terbatuk. Nak batuk cepat-cepat minum air. 


Inilah Cyst yang di keluarkan dari perut Dayah. Adakah ia akan berulang? Lain bentuknya dari yang sebelum ini. Bulat macam bola. Dr. Ras kata Dermoid Cyst. Sampai hari ini Dayah belum dapat baca laporan lab. Mungkin next check up baru dapat report dari Dr. 



That's my mom. Datang hari2. Tunggu sampai Dayah habis operation. Tq to Iskandar (Adik Ipar) yang sanggup hantar mama and Tiah. Sanggup juga tunggu along lama. 

See, si kenit ni memang setia hadir ke hospital bila-bila masa. 
Sekarang Dayah tak boleh nak dukung dia lagi. 
Awak beratlah sayang. Nanti kakak sihat, kakak dukung awak, okay?



D_Y_H
I hope this is the last one. 

3 comments:

Kopiolimauice said...

T__T perit nya sepanjang sy bca entry ni tabah ye dayah moga cepat sembuh...

Dayah said...

Terima kasih awak.
InsyaAllah.

fara mohd said...

get well soon dayah..