Sharing Recipe: Tomyam Pasta with grilled chicken.

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Hi semua.
Dayah jarang share recipe here as I'm just amatur.
Masuk dapur pun boleh bilang jari weiii.... hahahhaha...
Kalau rajin memang berasaplah dapurku.
Kalau tak makan kedai sahajalah.

Jarang-jarang saya makan di rumah kerna balik selalu lewat dan terlalu awal tak siapa nak masak.
So moh ler membeli ... hehehehe.

So nak jadi cerita. Baru-baru ini Dayah kena symptom masak pasta sampai lebam!
Hari-hari I masakkkkkk pasta sambil licin dari bungkusan. Hahahaha. Sabar jelah.


Beginilah rupa pasta Dayah.
As usual, Dayah jenis masak ikut dan......... cara Dayah mudah.

1) Pasta - belilah ikut kesukaan yang mana jadi pilihan kalbu. Saya pilih bow.

Rebus pasta dengan air dan masukkan garam secukupnya dan minyak (selalunya minyak zaiton). Minyak ini tujuannya bagi ia tidak melekat dan berkilau bila di tos. Dah masak pasta. Toh dan letak tepi.

2) Sauce pasta - creamy tomyam with grilled chicken.

Bahan-bahannya.
  • Grilled Chicken 
  • 3 keping isi ayam bahagian dada (dibuang tulang dan kulit).
  • Tepung gandum.
  • Black paper (serbuk).
  • Garam. 
  • 1 sudu kecil minyak zaitun.

  • Sauce
  • Tomyam paste... Dayah pilih guna yang ini, 
  • 2 biji bawang putih di ketuk dan di mayang dadu.
  • 1 biji bawang merah (besar) di potong dadu kecil2.. lebih kurang 0.5cm. 
  • Susu penuh cream.
  • Chicken stock. 
  • Mixed herb.
  • Black paper (serbuk).
  • Daun limau perut. 
  • Air limau. 
  • Minyak zaiton / mentega.
Cara memasak;

1. Grilled Chicken;

Basuh ayam dengan air bersih. Tos dan lumur dengan tepung gandum. Tujuannya untuk hilangkan hanyir ayam. 

Kemudian bersihkan ayam dengan air bersih. Lumur dengan serbuk lada hitam dan garam secukupnya. Tak perlu terlalu banyak lada hitam, secukupnya memadai. 

Panas sedikit (1 sudu kecil) minyak dan bila kuali panas terus masukan ayam.. panggang sampai masak. Toskan dan letak tepi dulu. 

2. Pasta sauce;

Panaskan kuali dan masukkan minyak zaiton (2 camca besar). Tumis bawang putih dan bawang merah sampai sedikit garing. 

Masukkan mixed herb. Naik bau, terus masukkan tomyam paste.Tumis sampai garing, masukkan daun limau perut. 

Masukkan chicken stock (yg serbuk-saya guna know). Kemudian susu penuh cream (sukatan ikut kesukaan). Nak basah2 dan more creamy letak banyak. Lepaskan lada hitam dan air limau. Sukatan itu kesusuaian rasa. 

Caranya letak sedikit demi sedikit dan rasa. Agak2 dah berkenan dek rasa di lidah tu berhenti menambah perasa. Bila sudah biasa, pasti anda masak tanpa sukatan. hehehehe. 

Lastly, grilled chicken tadi hiris nipis dan campur ke dalam kuah dan masukkan pasta.. dan sebati. Tutup api. Hidang dan makan. 

Senangkan. 

Selamat mencuba. 

D_Y_H
I'm not really good in cooking but really good in finding place to eat. hahahahaha. 

0 comments: