Another Story of Ovarian Cyst: Wanita dan 2 rahim?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hi Sahabat semua. 
Diharapnya semua sihat-sihat belaka dan yang kurang sihat, moga cepat sembuh dan dapatkan rehat yang mencukup ya. Sakit itu ujian, jangan mudah berputus asa. Teruskan perjuangan dan lawanlah sakit itu. Jangan berputus asa ya sahabat, saya yakin anda mampu melawannya. Ciayokk! 

Hari ini Dayah terima satu comment dalam entry hangat Ovarian Cyst. Alhamdulillah rating blog ini bertambah dari sehari ke sehari. Tak banyak yang Dayah boleh share dengan sahabat-sahabat di sini. Sekadar penulisan yang biasa-biasa. Mungkin boleh membantu sedikit sebanyak. 

Beban jangan di galas sendiri, sahabat sekalian. Adakalanya kita perlu berkongsi supaya beban itu tidak terasa beratnya. Dayah terima comment dari anonymous. 

Anonymous said...
salam dayah,
just nk share cerita sbb kadang2 rs keseorangan..bln 10 yg lalu doktor sahkan sy ade cyst 5.4cm x 3cm belah kanan & rahim sy kelihatan pelik..sy xtau ape yg dimaksudkn pelik oleh doktr..doktor kate maybe mase tu sy tgh bleeding & rahim mengembang...sy cube cari alternatif lain utk ubat cyst..dh 3 bln sy makan ubat homeopathy..alhamdulillah haid sy dlm 3 bln ini kembali teratur & sakit ble period berkurangan..hari ni sy jmp doktr lain yg lbh berpengalam untk scan sbb sy still tertanye2 kenapa doktr kate rahim sy pelik..selepas scan kali ke 2 ni cyst sy makin membesar 5.4cm x 5.2cm & doktr ni pun kate rahim sy pelik..sy seolah2 mempunyai 2 rahim..kes yg jarang berlaku katenye..buntu sy dibuatnya..sy cube google mmg xbyk info berkenaan wanita 2 rahim..1 dalam sejuta mungkin..klu 3 bln yg lalu sy risaukn cyst sy skrg bertambh lagi dgn rahim yg pelik..doktr suggestkan utk sy bertemu pakar utk sahkn betul ke sy mempunyai 2 rahim..sy berumur 28 thn & belum berkahwin..sekarang sy rs cam lost sangat2..sedih pun ade..klu blh sy xnk operate sbb kakak sy dh 2 kali operate utk buang cyst & sekarang cyst tu tumbuh lagi..rs lega ble dpt kongsi cerita di sini :)

Wanita dan 2 rahim? Buat Cik Anon, awak tak bersendiri di sini. Perasaan sendirian itu selalu akan muncul dalam diri kita tatkala kita sendirian dan tak berasa mahu berkongsi. Maka terbitlah rasa menyendiri. Tak salah untuk menyendiri tapi jangan sampai ia membuatkan diri kita murung. 

Dayah pernah dengar tentang wanita yang ada 2 rahim, SubhanaAllah awak wanita terpilih. Jarang-jarang kita dengar wanita dengan 2 rahim. Dari sudut komplikasi kesihatan Dayah tidak tahu sama sekali. Cik Anon kena rujuk kepada yang pakar. Dari cerita Cik Anon, Dayah rasa selama check up mungkin hanya berjumpa Doktor biasa. 

Why not pergi berjumpa pakar, mereka lebih arif. Cuma untuk hospital kerajaan, appointment untuk berjumpa pakar mengambil masa yang terlampau lama. Kalau Cik Anon di beri rezeki yang lebih, saya cadangkan berjumpa terus pakar sakit puan di hospital swasta or klinik pakar sakit puan. 

Cyst size yang makin membesar sememangnya mengusarkan walau siapa pun. Amalan pemakan yang seimbang seharusnya di titik beratkan. Dayah ada share sebelum ini beberapa tip pemakanan, boleh refer to entry below:-

5) Dan banyak lagi, anda cuma perlu klik pada label yang bertanda Ovarian Cyst, semua cerita-cerita berkaintan dengan cyst ada di sini. 

Moga sharing yang ada di sini memberi manafaat kepada sahabat-sahabat semua. Buat Cik Anon, tak mau susah-susah hati taw. Selagi ada peluang untuk kita berubat carilah peluang itu. InsyaAllah, saudari boleh sihat sepenuhnya. If you nak share anystory privately with me boleh send me your email dalam comment di bawah, saya akan email anda :)


D_Y_H
Selagi ada hari esok, kita masih ada harapan yang cerah. Jangan putus asa sahabat. Yakin dengan Allah. 

0 comments: