Adakah anda di lahirkan sebagai seorang peniaga?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Sebelum Dayah menulis lebih panjang lebih, saya ingin menegaskan saya bukan pakar dalam pernigaan. Saya cuma seorang observer dan juga peniaga kecil-kecilan. Masih belajar dari teori yang pernah saya belajar satu ketika itu. Di samping itu dengan sedikit pengalaman sebagai juruaudit, ia sedikit sebanyak membantu saya memahami perniagaan. 

Saya masih ingat arwah Tok Wan pernah cakap, meniaga ini along 90% dari pintu rezeki. Wow mendengarnya teruja. Dan kita ada banyak cara untuk bermula untuk berniaga. Dari kecil saya di bawa berniaga di pasar-pasar malam dan siang sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Bila menginjak dewasa, mama buka restoran. Balik sekolah jadilah cashier. Sampai satu masa, Abah suruh saya meniaga Mee Goreng depan rumah. Saya balik sekolah, goreng mee buat jual. Sekejap sahajalah. Kerana bukan niat saya untuk berniaga. Nawaitu saya ketika itu cuma untuk membantu Abah yang tak ada pekerja. Seronok tengok orang makan dan ulang beli. Itu kepuasan saya. 


Kepuasan setiap individu adalah berbeza. Ada setengah orang bila makin banyak wang dia dapat, makin puaslah dia. Ketika itu, saya rasa puas bila ramai datang beli dan kalau makan, habis sepinggan. Puas sangat. 

Perniagaan memang tidak asing bagi dunia saya. Lahir dari keluar pedagang kecil dan masih segar dalam ingatan saya, Abah pernah posted about story Tok Nenek dulu2 meniaga kedai Hardware tepi sungai. Wah, tidak pernah mengetahuinya. Kalau bercerita dengan Tok, beliau lebih gemar mencerita tentang susahnya ketika Jepun. Makan ubi. Sedapnya. Cicah pula dengan kelapa atau sambal bilis. MasyaAllah ... (heiiii!!! kan.... Dayah ni kalau pasal makanan... memanglah! Tak boleh kawal.. hehehehe)

Ramai juga yang datang bersembang dan approach saya untuk berniaga. Dan product yang sedia ada yang di bawa dari luar negara dan ia adalah jenis Jualan Pelbagai Peringkat (lebih mudah Multi Level Marketing 'MLM') 

Banyak sangat syarikat MLM yang ada di pasaran kini. Secara jujurnya, saya rimas apabila orang datang approach kita dengan cara paksaan dan memceritakan tentang keuntungan berlipat-lipat ganda. Kerana jerihnya mendapat sepuluh sen itu bukan sesuatu yang mudah. Tidak ada cara mudah untuk mendapatkan wang, kalau dalam audit term if so sudden increase in cash there is possibility of "MONEY LAUNDERING" ... not small word.. so please be careful. 

Kebergantungan anda adalah kepada Syarikat MLM tersebut, kalau financially gagal adakah dia masih lagi boleh bertahan? Saya begitu banyak persoalan dan selebihnya saya penat untuk berfikir. Lelah dengan kerja berfikir dan pulang kerja kena berfikir lagi. Bila senyap sunyi saya pula rindu untuk berfikir. Pulak dah. hehehe. 

Saya bersembang dengan rakan office tentang MLM beberapa hari lepas, dia kata Haram. Dan Dayah cuba cari artikel di blog Ustaz Zaharuddin dan ternyata beliau ada berkongsi berkaitan ini. Saya ambil point penting dari artikel tersebut:-

1) Harga tinggi dari biasa;
2) Belian Peribadi target sebagai syarat komisyen;
3) Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya;
4) Manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram;
5)  Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW.

Dalam penulisan beliau ada juga mengariskan beberapa syarat minima syariah yang perlu di patuhi:-
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya;
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh;
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas; 
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu;
6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya;
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya;
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami;
9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah.

Jikalau kalian berminat membaca dengan lebih detail klik di sini. Lebih terperinci di tulis oleh Ustaz. Dayah cuma ambil point penting dari penulisan beliau. 

Bila Dayah menulis begini tidak bermakna saya pangkah MLM, bukan begitu cuma konsep dan penerangan seorang "peniaga" itu benar-benar membuat saya hilang sabar. Saya tidak gemar menanti. Untuk menjadi seorang peniaga ada beberapa sikap peniaga berjaya yang saya perhatikan (berdasarkan pemerhatian saya sepanjang bergelar juruaudit):-

1) Ketepatan masa. 
2) Sharp mind. 
3) Focus.
4) Berfikiran ke hadapan. 
5) Relax. 
6) His/ Her Motivated not demotivated people. No condemn other people. 

Mereka ini bukan calang-calang. Sikap yang saya nyatakan di atas datang dari Pengarah-pengarah syarikat yang perniagaannya di daftarkan di Bursa Saham Malaysia, baik Melayu, China hatta Indian. 

Dalam perniagaan saya percaya kepada 4P, Price, Product, Promotion and Place. Hah, ingat lagi ilmu P3. This is what we call as Marketing Mix. Dan MLM lebih kepada Promotion. How their promote their promote. Menjual produk dengan rakaian pembeli dan punya target minima tertentu. 

Dan jikalau di tanya, perniagaan jenis apa yang saya minat? Produk yang saya sendiri hasilkan tidak bermaknanya dari raw material, sesuatu yang saya hasilkan sendiri, ia lebih memuaskan. Bila join MLM produknya adalah sedia ada. Kita penggunanya. Sesetengah produk iya, untuk perniagaan kecil tak mampu hasilkan dan survival in industry is a big question mark. 

Setakat hari ini saya lebih suka event management. Gubahan bunga. Lebih realistic, saya nampak produk yang saya hasilkan. Kalau beli produk sedia ada dan jual, saya rasa diri saya kurang kreatif dan tidak ada insentif. Kerana itu saya kata, setiap individu berbeza pandangannya. Saya lebih kepada produk yang terhasil bukan nilai wang yang terhasil. 


Nak bercakap soal perniagaan, banyak lagi yang boleh di perkatakan. Apa sekali pun perniagaan yang ada ceburi, jangalah sesekali terlibat dengan "RIBA" bila meletakkan harga.  

D_Y_H
Walau apa juga channel perniagaan anda, ia adalah pilihan. Sama ada anda memiliki perniagaan tersebut atau anda "stakeholder" of the company ... maknanya, anda ada interest of the company like example.. bonus sales... reward... etc... Dari kecil kita tahu 9/10 =90% pintu rezeki itu dari perniagaan, makanya sesiapa pun boleh bergelar peniaga. Moga berjaya sahabat sekalian. Walau sekecil mana pun perniagaan kalian. 

0 comments: