Transgender conflict?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 


Tertarik Dayah dengan isu yang tidak boleh kita pandang remeh. Isu berat. Sangat berat. MasyaAllah. Tak terkata. 

Tertarik dengan isu ini, Dayah cuba mendapatkan beberapa maklumat berkaitan dengannya. MasyaAllah, manalah tak makin meruncing kalau siap ada resource and support center. 

Bercakap sebagai  seorang dewasa. 
Ia SALAH!
Bercakap sebagai seorang Islam.
Ia HARAM!
Bercakap sebagai seorang wanita. 
Ia perlu??

Bukan sedikit, makin bercambah. Kenapa seorang lelaki tulen mahu menukar dirinya kepada seorang wanita yang cantik dan memang menyeksa mata melihatnya? Apa yang seronok sangat jadi wanita ini? Walau bagaimana kejadian Allah itu, kita ubah physically you looks like a woman but the reality or internally you're still a man.  Ubah lah macam mana pun jiwa itu tetap kejadianya tuhan jadikan sebagai lelaki. 

Kalau ada yang membaca ini seorang transgender, anda belum terlambat untuk berpatah balik. Kembalilah menjadi seorang lelaki. Lebih banyak yang kalian peroleh dari terus hidup berpura-pura.  

Setiap ADAM ada tugasnya, jadi langsaikanlah tugas kalian sebaiknya. 
Manakala setiap HAWA ada tugasnya jua. Tidak perlu merubah kejadian Allah kerana kehendak diri yang akhirnya memakan diri dan sia-sia. Nikmat dunia cuma sementara. 

Mungkin di mata kasar manusia, tampak manisnya..... cantiknya...... 
Tapi di sanubari dirimu, jiwa itu tidak pernah tenang. Ada masanya, jiwa itu terus mencari-cari kepuasan yang tidak terjumpa. Dan percayalah sampai ke akhirnya kepuasan itu tetap tidak pernah lengkap dan puas. 

Pulanglah menjadi lelaki sejati. 
Tanggungjawabmu lebih berat untuk memimpin dunia ini. 
Jangan mengalah dengan dunia yang singkat ini. 

Menjadi lelaki tampak dirimu lebih kuat dan gagah. 
Wanita sudah terlalu ramai. 

Satu ketika dahulu, ada seorang hamba Allah ini. Dia seorang lelaki tulen, setiap malam kerjanya datang ke gerai dan beli mee goreng. Sambil masak, selalu Dayah sembang dengan dia. 

Mat A: Kesian dengan Mat B, sekarang dia dekat lokap taw along.
Dayah: Eh, kenapa?
Mat A: Ada kes along.... dia dah lain taw ...
Dayah; Lain macam mana?
Mat A: Mat B dah bertukar jadi cantik. 
Dayah: MasyaAllah, kenapa jadi macam tu. Mat A tak nasihat dia? Kan dulu dah baik. 
Mat A: Dah cakap dah. Puas dah nasihat. Mat A tak naklah jadi macam dia. 
Dayah: Mat A tak mau jadi macam tu taw. Allah murka. 
Mat A: I lelaki sejatilah along! 

Penuh yakin kata-kata Mat A. Beberapa bulan kemudian Mat B pulang dan Alhamdulillah dia dah insaf dan sampai sekarang dia menjadi lebih baik. Kadang-kadang Dayah terserempak dengan dia. Syukur pada Allah dia sudah kembali normal. Jalan pun dah keras. Kalau tidak macam Cik Sotong. 

Yang sedihnya, Mat A. 100% change. Bukan setakat sotong lagi, 100% transform. 

D_Y_H
Teruskan berdoa semoga Mat A kembali ke jalan yang benar. 

0 comments: