Nek Tun: Stay Positive and Strong

Salam,

Manalah budak bertuah ini. Pulangnya tidak pandai awal. Hatinya tua sungguh gusar memikirkan sikap Yasmin yang kian menjadi-jadi. 

Dialah satu-satu cucu yang dia ada. Nek Tun lah juga satu-satu yang ada buat Yasmin buat ketika ini. Dari sedari tapak kakinya 2 inci sehingga kini sudah melebar ke 7 inci. Size normal seorang Asia. Yasmin orang Asia yang di besarkan di negara empat musim. Sedari berusia sebulan Nek Tun bawa Yasmin keluar negara sehingga kini. 

"Assalammualaikum Nek Tun.. i'm back" Terus sahaja pintu agam itu di buka. 
"Oh dear, where have you been to? The whole-day outside and back at this hour?" Mata Nek Tun menghala ke Jam Dinding yang berharga, 50,000 Pounds Sterling. 

"From college Nek Tun. No worries, I'm still your very good baby girl. Was busy day...... until fall asleep at library"
"wake up when Sofie call me. I had nightmare dream" Yasmin bercerita bersungguh dengan cebihan di bibir. 

"What dream did you have my dear" Bersungguh-sungguh Yasmin menceritakan mimpi buruknya. Nek Tun seperti biasa pendengar yang setia. Tidak sedikit pun di tinggalkan. 

"Oh dear, it is just a dream. It wont be like that. Trust me okay" Nek Tun sedaya upaya akan menjagaYasmin sebaiknya. Dialah jantung hati Nek Tun. 

Bagi Nek Tun selagi roh di kandung jasad, Yasmin adalah dunianya. Dia akan lakukan sebaiknya buat Yasmin. 


Yasmin sudah lama hilang kasih ibu dan bapanya dan dia tidak mahu Yasmin hilang kasih seorang Nenek. Walau dia cuma seorang nenek saudara. Kisah lama yang cukup mencuit hatinya. Mujur dia lahir dari keluarga yang serba mewah dan berpelajaran. Kalau tidak belum tentu bagaimana nasib Yasmin. Bayi yang tidak bersalah, di humban keluar dari rumah oleh keluarga sendiri. Tidak tergamak dia melihat darah dagingnya di layan sedemikian rupa. Tanpa siapa ketahui, dia mengambil dan membawa bayi itu jauh dari semua kaum kerabat. Mulanya sukar untuk dia membesarkan Yasmin dengan kesibukkannya. Lama kelamaan, Yasminlah dunianya. 

Hampir 20 tahun Yasmin bersamanya. 


D_Y_H
To be continue.... full story? Kalau rajin Dayah publish ... kalau tidak... Dayah peram... hehehehe. Suka tulis sekerat.sekerat. 

0 comments: