Masa berlalu

Salam Semua, 

Masa yang berlalu di sana maksud Dayah adalah Raya month. 
Sungguh tak rasa raya langsung tahun ini. 
Balik kampung raya just malam raya. From KL 12am something arrived Aloq Staq 4.30am. 
Tiduq sat and taraaaa pagi raya dah. 
Kalut-kalut nak bersiap solat raya. 

Memang tak berasa apa, selain rasa.. I MUST go sembahyang raya. 
Dah few years can't go. Dok jadi orang dapuq. This time, MUST go. Laju-laju siap semua berpakaian, bertelekung berdesup masuk car and sampai Masjid KG. Hah! Lama giler bertahun2 tak solat dekat Masjid Kg. belah mama. Bertahun-tahun.... I think more than 10 years. Giler tak lama!

Okay then what's next? Masak? Haruslah. Apa lagi nak buat kalau dah namanya wanitakan. 
Kecohlah rumah dok sibuk nak beli itu ini. Pergilah Tesco, Mergong. Belakang rumah tok je pun. 

Lepas itu apa jadi? 
Makan. 
Bergambar dekat sawah? hahaha wajiblah. 
Nah sekeping ... 


Lepas tu abah call suruh balik rumah Tok Meryam pulak. Baiklah, kena seimbang. Dah berpagi disini siap tidur-tidur semua, now time for family sebelah Abah. Walau hat kenit-kenit (anak-anak buah tak ketemu lagi). Balik sana pulak. Balik-balik teruih jadi orang dapuq balik. Haaaa.. kan dah kata. Wanita nak lari ke mana kan. Bancuh air habis. Bancuh air habis. Tup tup dah petang. Eh, jom pergi Kuala. Tempat wajib juga nak pergi. 

Tapi sebelum itu sempat beraya rumah Tok Tam dulu, Tok Teh baru pulang kerahmatullah, Al-Fatihah. Cuma tinggal rumah tak berpenghuni. 

Dekat rumah Tok Tam, baru first time tahu story how Abah meet Mama. Tahu siapa match maker? Haaaa... Tok Tam la... cerita lanjut kami tak taw.. hahaha.. mama malu nak story .. hehehe... Maniskan cinta orang dulu-dulu. Tak payah nak bercinta, bertemu sebelum berkahwin semuanya berlaku selepas berkahwin. Thanks Tok Tam and the geng. Without you guys, am not here and have this wonderful life. I'm grateful. 

Herewith my mama and Tok Tam, sempat juga ada drama airmata... Tok Tam story about kematian.. hohoho.. katanya tinggallah kami-kami yang tak tahu bila... (sedih taw) 



and us... without me la obviously.. hehehe... kadang-kadang tak suka ambil gambar. Kadang-kadang over nak interframe .. hahaha. 

Selesai tamat beraya ke rumah Tok Tam, time for tengok sunset. 
Ini nana,aifa and damia... my sepupus.. keje.. belajar.. belajaq... hehehe.. 


This all anak dara's ... Yuni, Aifa, Datin Aina, Kangcong Paten and Demok Bai... hehehehe... yang ada nama pelik-pelik di hadapan all my blood sisters. Sorang dah nak kawin this coming November. So fast everything, keluarga lelaki mai beraya sambil menyata hajat terus janji di ikat dan Abah can't wait long. For him, once ada Adam yang sudi mengangkat martabat anaknya menjadi suri hati, Abah tak cakap banyak. He will make your life real easy. Satu yang saya sukar percaya. But that's my abah. No other abah ever sesenang dia. He want his anak hidup senang di masa hadapan. Kawin-kawin semua dia mudahkan. Alhamdulillah. That's why his my hero. Seorang yang sukar di fahami kadang-kadang, gaduh dengan abah tok sah cakaplah. Almost every times, I had conversation with him sure got thing am disagree. 


Memandangkan.. dah nak maghrib. Singgah dahululah solat. For first time ever solat di sini. Selama Dayah hidup cuma lalu sahaja. Tak pernah singgah solat di masjid ini. Akhirnya, kami singgah jua untuk maghrib. SubhanaAllah cantik! One of older Masjid di tanah melayu. Cuma sedih tengok fasilities kain solat. Tidak teratur dan lama. Almari untuk menyimpan kain solat juga elok di luar uzur di dalam. Kalau di beri kesempatan, ingin sekali saya ambil semua kain solat itu dan cuci dan kemas semula. Mungkin mereka terlepas pandang. 

Berkata tentang kain solat, teringat saya beberapa pengalaman bersolat di beberapa surau dan masjid. Paling kagum, satu Masjid di Salak Selatan. MasyaAllah baik sungguh kariah dan ajk masjid dia. Telekungnya semua masih cantik-cantik, wangi-wangi. Di hanger dengan baik sekali. Dan majoriti, surau dan masjid yang pernah saya singgah tidak menjaganya dengan baik. Teguran buat diri saya sendiri, kita melihat tempat orang macam mana keadaan surau / masjid di tempat kita? Saya sendiri jarang sekali ke sana. Banyak masa saya di luar kawasan. Malu dengan diri sendiri kadang-kadang. 


Dan..... next day dayah dah nak balik dah. Consider sehari setengah sahajalah di kampung. Before balik haruslah merayap jumpa anak-anak dulu. Ni Si Acha dengan Pak Tam dia. 

Muka Acha yang tak puas hati. Orang baru mangkit di ajak gomol dan bergambar... marah ler kawan. 


Alo .. alo... pahit maung muka si Acha and that's is my only brother adik.. Mr. Ally yang malas nak fikir nak sambung belajaq mana. Hailaaaahh Adik. Kak Long hang ni tak taw mana dah nak cari. For his future, it is good for him to study. 

Selasa tu juga Dayah balik and with Demok bai, Kangcong paten, Ally and Ani. Semua balik kerana bekerja the next day. Frankly, I don't really feel raya this year. Not all. 

No nasi ketupat atau pulut ketupat hatta pulut lemang pun tak sentuh this raya. Kuih-kuih raya ini bukan minat sayalah. Ada adalah. Tak ada tak jadi satu masalah. Satu open house tak ada tahun ini. Atau saya ignore? hahaha.. Tapi benar memang tak ada. Cuma my best friend je la, this coming Saturday do and myself? Haaaa... tak buatlah just do makan masak sendiri for officemate. Memandangkan my timetable is full everyday. Haishh penat. Kalau ada early appointment barulah Dayah tengok semula timetable and reschedule some. Kalau mai hat last minutes memang tak larat dah. 

What raya mean for me? Meet all my relatives and see everybody smiling and happy. That's meant everything!  How I wish to have long holiday without worrying about work and others. Once you become older with lot of commitment you maybe feel what I feel. Maybe. Atau saya sahaja yang over? hahahaha.. kan. Hehehe. 

Ini cuma tulisan merepek saya ;p

Ops... please excuse all spelling error dan susun atur bahasa yang campur2 mcm rojak. 

D_Y_H
Sometimes I wonder, what you feel about me?

0 comments: