Bila DIA sakit

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Berlari jantung saya bagai tak punya penghujung. Dialah yang pertama menyambut saya ke dunia selain ibu yang melahirkan dan doktor yang menyambut. Tak ada lain. My first enemy dan lover. My Abah.

Pagi itu sebelum ke pejabat, Dayah masuk bilik mama abah. Eh abah ada. Tengah tidur. Dan Abah kata, tutup kipas tu. Demam la ni. Suara lain. 

"Tolong alihkan lori depan kedai tu, Abah tak larat ni"
"Tak dak siapa nak tolong abah"

Keluar rumah, eh hilux adalah. Takkan nak alih. Parking elok je tu. Terus memandu ke office dengan hati tak tenang. Awal dari biasa Dayah ke pejabat, sebab dah janji dengan si budak Rukesh nak brief him on ad-hoc work. 

Sampai siap sarapan, budak rukesh ni tak sampai lagi. NVM, I study first la. Mulalah rutin di office. Sampai around 11 something. Angah text in family groupp, 

"Siapa-siapa tolong hantar abah p hospital"
"Dia pengsan dekat Pasar Borong. Cina Pasar borong hantar dia balik rumah"

herm... no body care rupanya. On the way ke office, dah pesan adik yang work with Abah. Send him to hospital for check up. Okay, dia busy. Katering banyak tak ada siapa urus. Tuan besar sakit, no body care lah. 

Terus call boss. Few times nobody pick up and text him. I'm EL. 

Office-Home-KPJ. Sebelum nak ke KPJ tu  drama swasta. Puas pujuk nak bawa p hospital. Same like me, hate hospital no matter how. Go hospital, check and found out High Fever and Very High Sugar in blood. 19.8 bacaan sugar dalam darah OMG! Pak aku telan gula berapa gelen! Doktor ask for further scanning. Takut brain damage. 

Yang ni pun drama dulu. Dok fikir berapa dia nak kena bayar. From naik car sampai turun dok susah hati. Haislahhh, Abah duit kita boleh cari. Now your condition is more important than the rest. 

Cakap sekali ja, terus dia kata okay. Scan la.. takut jadi apa2. Haa.. senang lagu ini. 

Green light to doc. 



Because go in for x-ray and brain test. Masa ini kena drip dah. Masa ini bacaan gula masih 19.8. Look weak. Mula kena rest atas katil lepas tu rest atas kerusi tu je la. Kena drip 2 and half botol. The half botol jadi air sirap. 

About 3 hours in hospital, thank good all test is GOOD except for his sugar in blood. Haisshhh, susah juga pak sorang ini. Insulin memang dia SKIP! Dia jenis me, dah sakit betul baru cari ubat. Selagi dia boleh tidur for resting itulah cara dia healing. 

and Today, dari pagi sampai la. Kerja. Kerja. Kerja. Katering mana pulak pagi ini tak tahulah. Sibuk preparation for Ramadhan bazaar and a month katering for Putrajaya. Anywhere, HE's my HERO. Apa pun jadi bising lagu mana mulut dia. Puaka macam mana mulut dia, he meant a lot for me. No one can replace him. He and mama will be the first person who always rescue me. No one can do that. Buruk macam mana anak dia ni, dia akan kisah. Gaduh macam mana dengan dia, dia masih kisah dan peduli tentang anak-anak. Kedekut-kedekut dia ke Universiti juga saya. Mampu saya pakai elok-elok. 

Orang kata dia macam mana pun, dia tetap berjaya dengan cara dia tersendiri. He stand his own. Dari zaman dia masih lagi seorang tentera sampai sekarang, idea pelik dia sering menguntungkan dan adakala menyusahkan. But still working. 

Jangan makan durian senyap2 dan banyak2 lagi yer Abah. He remains me about Tok Wan. Who crazy about durian. Tok Wan pernah cakap, 

Pssst, hang jangan habaq kat depa kita makan durian naaa... 

Haishhh, cerita lama. Terlalu lama. Rindu. Your body may dead, but soul will remain forever. Al-Fatihah Tok Wan. 

Abah masih kerja kuat di usianya kini. Dia tak boleh tak kerja. 

Get well soon.

0 comments: