Sharingg Ovarian Cyst: Akar Peria bantu kecilkan cyst

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hai sahabat semua. 
Sihat? Moga-moga kalian semua dalam keadaan baik-baik sahaja. 

Few weeks tak mengadap blog. Buka-buka ada few comments received. Ada satu yang saya nak reply secara umum. 

Anonymous said...
assalam dayah... boleh tak saya tahu air rebusan apa yg kawan dayah minum tu? nak try. mn tahu berkesan dengan izinNya. saya harap tak perlu sebarang operation.

Cik / Puan Anon, meninggalkan komen di entry ini. Yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut apa itu Ovarian Cyst, boleh la ke sini. Sedikit perkongsian. Saya bukan pakar, cuma menulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. 

Ramai yang meninggalkan soalan di sini, insyaAllah kalau saya ada jawapan saya kongsikan. Ada kalanya saya sendiri buntu nak menjawab apa. Maaf yer kalau - kalau ada persoalan yang tidak berjawab, kerana saya sendiri mencari jawapannya. Tapi masih tak ketemu. Saya akan cuba sedaya upaya menjawab. 

Untuk menjawab soalan Cik/Puan Anon, akar yang direbus buat minum itu adalah Akar Peria. Rebus dan minum. Amalkan hari-hari. 


Inilah gambar Akar Peria yang Kak Ma share dengan Dayah lama dulu. Back to year 2010. Akar Peria ini boleh di dapati dari kedai Seng Seng Cina (Kedai Ubatan Cina). Lebih mudah. Selamat mencuba, mudah-mudahan amalan ini dapat membantu. Kita merancang, selebihnya berdoa kepada Allah semoga cepat pulih. Amin. 

D_Y_H
Jangan putus berharap yang baik-baik. All the best sahabat semua, dalam apa jua yang sedang di usahakan. 

0 comments: