Slider

Monday, December 15, 2014

Another Story of Ovarian Cyst: Wanita dan 2 rahim?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hi Sahabat semua. 
Diharapnya semua sihat-sihat belaka dan yang kurang sihat, moga cepat sembuh dan dapatkan rehat yang mencukup ya. Sakit itu ujian, jangan mudah berputus asa. Teruskan perjuangan dan lawanlah sakit itu. Jangan berputus asa ya sahabat, saya yakin anda mampu melawannya. Ciayokk! 

Hari ini Dayah terima satu comment dalam entry hangat Ovarian Cyst. Alhamdulillah rating blog ini bertambah dari sehari ke sehari. Tak banyak yang Dayah boleh share dengan sahabat-sahabat di sini. Sekadar penulisan yang biasa-biasa. Mungkin boleh membantu sedikit sebanyak. 

Beban jangan di galas sendiri, sahabat sekalian. Adakalanya kita perlu berkongsi supaya beban itu tidak terasa beratnya. Dayah terima comment dari anonymous. 

Anonymous said...
salam dayah,
just nk share cerita sbb kadang2 rs keseorangan..bln 10 yg lalu doktor sahkan sy ade cyst 5.4cm x 3cm belah kanan & rahim sy kelihatan pelik..sy xtau ape yg dimaksudkn pelik oleh doktr..doktor kate maybe mase tu sy tgh bleeding & rahim mengembang...sy cube cari alternatif lain utk ubat cyst..dh 3 bln sy makan ubat homeopathy..alhamdulillah haid sy dlm 3 bln ini kembali teratur & sakit ble period berkurangan..hari ni sy jmp doktr lain yg lbh berpengalam untk scan sbb sy still tertanye2 kenapa doktr kate rahim sy pelik..selepas scan kali ke 2 ni cyst sy makin membesar 5.4cm x 5.2cm & doktr ni pun kate rahim sy pelik..sy seolah2 mempunyai 2 rahim..kes yg jarang berlaku katenye..buntu sy dibuatnya..sy cube google mmg xbyk info berkenaan wanita 2 rahim..1 dalam sejuta mungkin..klu 3 bln yg lalu sy risaukn cyst sy skrg bertambh lagi dgn rahim yg pelik..doktr suggestkan utk sy bertemu pakar utk sahkn betul ke sy mempunyai 2 rahim..sy berumur 28 thn & belum berkahwin..sekarang sy rs cam lost sangat2..sedih pun ade..klu blh sy xnk operate sbb kakak sy dh 2 kali operate utk buang cyst & sekarang cyst tu tumbuh lagi..rs lega ble dpt kongsi cerita di sini :)

Wanita dan 2 rahim? Buat Cik Anon, awak tak bersendiri di sini. Perasaan sendirian itu selalu akan muncul dalam diri kita tatkala kita sendirian dan tak berasa mahu berkongsi. Maka terbitlah rasa menyendiri. Tak salah untuk menyendiri tapi jangan sampai ia membuatkan diri kita murung. 

Dayah pernah dengar tentang wanita yang ada 2 rahim, SubhanaAllah awak wanita terpilih. Jarang-jarang kita dengar wanita dengan 2 rahim. Dari sudut komplikasi kesihatan Dayah tidak tahu sama sekali. Cik Anon kena rujuk kepada yang pakar. Dari cerita Cik Anon, Dayah rasa selama check up mungkin hanya berjumpa Doktor biasa. 

Why not pergi berjumpa pakar, mereka lebih arif. Cuma untuk hospital kerajaan, appointment untuk berjumpa pakar mengambil masa yang terlampau lama. Kalau Cik Anon di beri rezeki yang lebih, saya cadangkan berjumpa terus pakar sakit puan di hospital swasta or klinik pakar sakit puan. 

Cyst size yang makin membesar sememangnya mengusarkan walau siapa pun. Amalan pemakan yang seimbang seharusnya di titik beratkan. Dayah ada share sebelum ini beberapa tip pemakanan, boleh refer to entry below:-

5) Dan banyak lagi, anda cuma perlu klik pada label yang bertanda Ovarian Cyst, semua cerita-cerita berkaintan dengan cyst ada di sini. 

Moga sharing yang ada di sini memberi manafaat kepada sahabat-sahabat semua. Buat Cik Anon, tak mau susah-susah hati taw. Selagi ada peluang untuk kita berubat carilah peluang itu. InsyaAllah, saudari boleh sihat sepenuhnya. If you nak share anystory privately with me boleh send me your email dalam comment di bawah, saya akan email anda :)


D_Y_H
Selagi ada hari esok, kita masih ada harapan yang cerah. Jangan putus asa sahabat. Yakin dengan Allah. 

Wednesday, December 3, 2014

Berbahagi rasa

Salam ....

I lost my word when people questioning me about thing that I can't control...

And I have no answer.

You do make me speechless and at same time feel bad... indeed.

Saya bukan manusia yang pandai sorokkan perasaan. Ia pasti jelas ternyata di riak wajah.

Galau sungguh saat ini.

Monday, December 1, 2014

One to go

Salam..

Olla a very quick one...
I have done with one paper..... which P7 Advance Audit and Assurance... phewwww ... fight until the end... Alhamdulillah... although i might not doing very good but I have just did it. Alhamdulillah.

Before exam...my right hand was very painful. Before start... i was like rubbing it and selawat banyak2 to release the pain.. but its continue sampai habis... i was like writting without hand... hohoho... 

Another one more to go.. 😵😵😵😵 and it is not an easy paper...... I dont know why ... my luck with this paper was not that good. Haiyooo salahlan luck pulak!!! 7 more days to another exam day... I do have hope but.... depends.... insyaAllah, i will do my very best to deliver.

D_Y_H
One day insyaAllah.

Wednesday, November 19, 2014

Feeling like freely fly..fly.. fly

Salam....

I do want to do this....



Sometimes just sick to see the same thing happen again and again......
Tired to face the next day and the result is just the same.

Tuesday, November 18, 2014

Adakah anda di lahirkan sebagai seorang peniaga?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Sebelum Dayah menulis lebih panjang lebih, saya ingin menegaskan saya bukan pakar dalam pernigaan. Saya cuma seorang observer dan juga peniaga kecil-kecilan. Masih belajar dari teori yang pernah saya belajar satu ketika itu. Di samping itu dengan sedikit pengalaman sebagai juruaudit, ia sedikit sebanyak membantu saya memahami perniagaan. 

Saya masih ingat arwah Tok Wan pernah cakap, meniaga ini along 90% dari pintu rezeki. Wow mendengarnya teruja. Dan kita ada banyak cara untuk bermula untuk berniaga. Dari kecil saya di bawa berniaga di pasar-pasar malam dan siang sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Bila menginjak dewasa, mama buka restoran. Balik sekolah jadilah cashier. Sampai satu masa, Abah suruh saya meniaga Mee Goreng depan rumah. Saya balik sekolah, goreng mee buat jual. Sekejap sahajalah. Kerana bukan niat saya untuk berniaga. Nawaitu saya ketika itu cuma untuk membantu Abah yang tak ada pekerja. Seronok tengok orang makan dan ulang beli. Itu kepuasan saya. 


Kepuasan setiap individu adalah berbeza. Ada setengah orang bila makin banyak wang dia dapat, makin puaslah dia. Ketika itu, saya rasa puas bila ramai datang beli dan kalau makan, habis sepinggan. Puas sangat. 

Perniagaan memang tidak asing bagi dunia saya. Lahir dari keluar pedagang kecil dan masih segar dalam ingatan saya, Abah pernah posted about story Tok Nenek dulu2 meniaga kedai Hardware tepi sungai. Wah, tidak pernah mengetahuinya. Kalau bercerita dengan Tok, beliau lebih gemar mencerita tentang susahnya ketika Jepun. Makan ubi. Sedapnya. Cicah pula dengan kelapa atau sambal bilis. MasyaAllah ... (heiiii!!! kan.... Dayah ni kalau pasal makanan... memanglah! Tak boleh kawal.. hehehehe)

Ramai juga yang datang bersembang dan approach saya untuk berniaga. Dan product yang sedia ada yang di bawa dari luar negara dan ia adalah jenis Jualan Pelbagai Peringkat (lebih mudah Multi Level Marketing 'MLM') 

Banyak sangat syarikat MLM yang ada di pasaran kini. Secara jujurnya, saya rimas apabila orang datang approach kita dengan cara paksaan dan memceritakan tentang keuntungan berlipat-lipat ganda. Kerana jerihnya mendapat sepuluh sen itu bukan sesuatu yang mudah. Tidak ada cara mudah untuk mendapatkan wang, kalau dalam audit term if so sudden increase in cash there is possibility of "MONEY LAUNDERING" ... not small word.. so please be careful. 

Kebergantungan anda adalah kepada Syarikat MLM tersebut, kalau financially gagal adakah dia masih lagi boleh bertahan? Saya begitu banyak persoalan dan selebihnya saya penat untuk berfikir. Lelah dengan kerja berfikir dan pulang kerja kena berfikir lagi. Bila senyap sunyi saya pula rindu untuk berfikir. Pulak dah. hehehe. 

Saya bersembang dengan rakan office tentang MLM beberapa hari lepas, dia kata Haram. Dan Dayah cuba cari artikel di blog Ustaz Zaharuddin dan ternyata beliau ada berkongsi berkaitan ini. Saya ambil point penting dari artikel tersebut:-

1) Harga tinggi dari biasa;
2) Belian Peribadi target sebagai syarat komisyen;
3) Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya;
4) Manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram;
5)  Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW.

Dalam penulisan beliau ada juga mengariskan beberapa syarat minima syariah yang perlu di patuhi:-
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya;
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh;
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas; 
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu;
6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya;
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya;
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami;
9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah.

Jikalau kalian berminat membaca dengan lebih detail klik di sini. Lebih terperinci di tulis oleh Ustaz. Dayah cuma ambil point penting dari penulisan beliau. 

Bila Dayah menulis begini tidak bermakna saya pangkah MLM, bukan begitu cuma konsep dan penerangan seorang "peniaga" itu benar-benar membuat saya hilang sabar. Saya tidak gemar menanti. Untuk menjadi seorang peniaga ada beberapa sikap peniaga berjaya yang saya perhatikan (berdasarkan pemerhatian saya sepanjang bergelar juruaudit):-

1) Ketepatan masa. 
2) Sharp mind. 
3) Focus.
4) Berfikiran ke hadapan. 
5) Relax. 
6) His/ Her Motivated not demotivated people. No condemn other people. 

Mereka ini bukan calang-calang. Sikap yang saya nyatakan di atas datang dari Pengarah-pengarah syarikat yang perniagaannya di daftarkan di Bursa Saham Malaysia, baik Melayu, China hatta Indian. 

Dalam perniagaan saya percaya kepada 4P, Price, Product, Promotion and Place. Hah, ingat lagi ilmu P3. This is what we call as Marketing Mix. Dan MLM lebih kepada Promotion. How their promote their promote. Menjual produk dengan rakaian pembeli dan punya target minima tertentu. 

Dan jikalau di tanya, perniagaan jenis apa yang saya minat? Produk yang saya sendiri hasilkan tidak bermaknanya dari raw material, sesuatu yang saya hasilkan sendiri, ia lebih memuaskan. Bila join MLM produknya adalah sedia ada. Kita penggunanya. Sesetengah produk iya, untuk perniagaan kecil tak mampu hasilkan dan survival in industry is a big question mark. 

Setakat hari ini saya lebih suka event management. Gubahan bunga. Lebih realistic, saya nampak produk yang saya hasilkan. Kalau beli produk sedia ada dan jual, saya rasa diri saya kurang kreatif dan tidak ada insentif. Kerana itu saya kata, setiap individu berbeza pandangannya. Saya lebih kepada produk yang terhasil bukan nilai wang yang terhasil. 


Nak bercakap soal perniagaan, banyak lagi yang boleh di perkatakan. Apa sekali pun perniagaan yang ada ceburi, jangalah sesekali terlibat dengan "RIBA" bila meletakkan harga.  

D_Y_H
Walau apa juga channel perniagaan anda, ia adalah pilihan. Sama ada anda memiliki perniagaan tersebut atau anda "stakeholder" of the company ... maknanya, anda ada interest of the company like example.. bonus sales... reward... etc... Dari kecil kita tahu 9/10 =90% pintu rezeki itu dari perniagaan, makanya sesiapa pun boleh bergelar peniaga. Moga berjaya sahabat sekalian. Walau sekecil mana pun perniagaan kalian. 

Oh hilman!

Salam,

Dayah saw Kak Melur Jelita posted gambar hilman.....
Alahai.... sejak wataknya saya selami beberapa tahun lalu memang saya jatuh hati dengan watak ini.

Gambaran Hilman pulak yang begini rupa... alahai...



Watak Hilam menunggang Kuda dan ketika dia sedang mendalami Islam... masyaAllah. Memang best cerita ini. One of my favorite novel and she one of my favorite novelist as well.

Setiap watak novel pasti dia akan muncul dengan gambar watak heronya.

Tapi kan memang saya suka watak Hilman. Hahahaha pengaruh novel betul, memang dia ni nampak perfect, percaya tak saya ulang bukan setebal 1000 lebih muka surat ini banyak kali. Kalaulah buku P2 & P7 I can do the same thing kan best.. baca notes sambil gelak-gelak, suspend-suspend... hahaha memang tak la kan. Impossible. Baca note adalah sangat mengantok!

Sunday, November 16, 2014

Allow me to have sweet dream

Salam, 


I just wanna have sweet dream in a night. 
Please leave my dream. 

Saturday, November 15, 2014

Latest Pelamin

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Apa habaq semua?
Harap sihat sejahteralah hendaknya.

Dayah nak share sikit latest work by us.....
Lama dah rasanya blog ini tak terupdate dengan kerja-kerja wedding kan....
Alhamdulillah this part time work do give me something...
Freedom dan no stress .... bila tangan dah mula menyentuh bunga...
Dan Dayah tahu adik2 saya stress dengan Dayah... selagi Dayah x puas hati saya akan ubah dan ubah.. oh nooooooo... hahahahahahaha...

Let me share our latest creation...

Mini Dais for Akad Nikah.


One of hantaran Sirih Junjung Duit.... 

Ehhh..... cari-cari banyak yang x upload ler.... haduhh.... 

Jumpa hat separuh jalan.. hahaha.. layan je laaa ekk..

Pelamin Khemah ... Pelamin Kayangan ... 

and this.... 


... Sapa perasan jangan pelik yer.. tagging memang macam-macam but all under one roof... kot-kot ada yang berminat boleh hubungi saya.... saya terima apa juga majlis decorasi... give me your budget.. let us work out for you .. k. 

Psst.... selalunya client saya akan dapat free bunga tangan fresh flower.... 

Half Heart flower

Salam...

This is what happen to me.. when doing work but not focus... half heart..



.... haissshhh...... 

Thursday, November 13, 2014

Kerap demam dan berpanjangan

Salam, 

Tahun ini sahaja sudah acap kali demam berulang dan tempohnya panjang. 
Dan saya suka skip jumpa doktor =____= 

Bila dah rasa tak mampu nak tahan barulah jumpa doktor. 
Salah sendirilah kan. 

Baru ini teman mama gi farmasi, ahli farmasi tu ada sebut. Makan vitamin C boleh elakkan dapat selsema, batuk dan demam. Waaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Ini sudah baik. 


Sekarang Dayah tengah search Vitamin C yang best. Tadi Sofia cadangkan Shaklee, 180 biji RM92.50. Hermm boleh tahan 3 bulan kalau consume 2 kali sehari kannnn... murah! Sehari bersamaan RM3.90 la kiranya... ehhh chop! Rasanya farmasi tu punya lagi murah kot sehari lebih kurang RM3.20 haaaaa kan beza RM0.70 beza RM21 sebulan. Wahhh isi minyak dapat suku. 

Herm.... herm.... Survey lagilah kita yer. Value for money to penting and quality nya juga tak boleh di compromise yer dak... 

Nak jumpa gynea nanti boleh minta dia suggest kan.. yeah x buat appointment lagi =____= haaayooooo .. sudah masuk bulan ke 9 x jumpa ini. Apa di dalam pun kita tak taw, kalau orang mengandung dah due .. wei!

D_Y_H
Eh esok dah Jumaat... lepas tu Sabtu.. ehh dan Sunday sudah.. wink.. wink... 

Wednesday, November 12, 2014

Alhamdulillah

Salam,


Alhamdulillah for what I have today.
Feels so warm this afternoon after confirmation.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Harapnya kali ini tidak lagi omongan kosong.

Tidak mengharap selamanya matahari menyinar, kadang-kadang kita perlukan hujan menyingah bumi. Alhamdulillah.

Moga rasa ini kian menyubur bukan terkubur.

D_Y_H
Can I smile for the rest of my life? Counting to Sunday.
Alhamdulillah.

Thursday, October 30, 2014

Transgender conflict?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 


Tertarik Dayah dengan isu yang tidak boleh kita pandang remeh. Isu berat. Sangat berat. MasyaAllah. Tak terkata. 

Tertarik dengan isu ini, Dayah cuba mendapatkan beberapa maklumat berkaitan dengannya. MasyaAllah, manalah tak makin meruncing kalau siap ada resource and support center. 

Bercakap sebagai  seorang dewasa. 
Ia SALAH!
Bercakap sebagai seorang Islam.
Ia HARAM!
Bercakap sebagai seorang wanita. 
Ia perlu??

Bukan sedikit, makin bercambah. Kenapa seorang lelaki tulen mahu menukar dirinya kepada seorang wanita yang cantik dan memang menyeksa mata melihatnya? Apa yang seronok sangat jadi wanita ini? Walau bagaimana kejadian Allah itu, kita ubah physically you looks like a woman but the reality or internally you're still a man.  Ubah lah macam mana pun jiwa itu tetap kejadianya tuhan jadikan sebagai lelaki. 

Kalau ada yang membaca ini seorang transgender, anda belum terlambat untuk berpatah balik. Kembalilah menjadi seorang lelaki. Lebih banyak yang kalian peroleh dari terus hidup berpura-pura.  

Setiap ADAM ada tugasnya, jadi langsaikanlah tugas kalian sebaiknya. 
Manakala setiap HAWA ada tugasnya jua. Tidak perlu merubah kejadian Allah kerana kehendak diri yang akhirnya memakan diri dan sia-sia. Nikmat dunia cuma sementara. 

Mungkin di mata kasar manusia, tampak manisnya..... cantiknya...... 
Tapi di sanubari dirimu, jiwa itu tidak pernah tenang. Ada masanya, jiwa itu terus mencari-cari kepuasan yang tidak terjumpa. Dan percayalah sampai ke akhirnya kepuasan itu tetap tidak pernah lengkap dan puas. 

Pulanglah menjadi lelaki sejati. 
Tanggungjawabmu lebih berat untuk memimpin dunia ini. 
Jangan mengalah dengan dunia yang singkat ini. 

Menjadi lelaki tampak dirimu lebih kuat dan gagah. 
Wanita sudah terlalu ramai. 

Satu ketika dahulu, ada seorang hamba Allah ini. Dia seorang lelaki tulen, setiap malam kerjanya datang ke gerai dan beli mee goreng. Sambil masak, selalu Dayah sembang dengan dia. 

Mat A: Kesian dengan Mat B, sekarang dia dekat lokap taw along.
Dayah: Eh, kenapa?
Mat A: Ada kes along.... dia dah lain taw ...
Dayah; Lain macam mana?
Mat A: Mat B dah bertukar jadi cantik. 
Dayah: MasyaAllah, kenapa jadi macam tu. Mat A tak nasihat dia? Kan dulu dah baik. 
Mat A: Dah cakap dah. Puas dah nasihat. Mat A tak naklah jadi macam dia. 
Dayah: Mat A tak mau jadi macam tu taw. Allah murka. 
Mat A: I lelaki sejatilah along! 

Penuh yakin kata-kata Mat A. Beberapa bulan kemudian Mat B pulang dan Alhamdulillah dia dah insaf dan sampai sekarang dia menjadi lebih baik. Kadang-kadang Dayah terserempak dengan dia. Syukur pada Allah dia sudah kembali normal. Jalan pun dah keras. Kalau tidak macam Cik Sotong. 

Yang sedihnya, Mat A. 100% change. Bukan setakat sotong lagi, 100% transform. 

D_Y_H
Teruskan berdoa semoga Mat A kembali ke jalan yang benar. 

Tuesday, October 28, 2014

Wordless: .................................


......................................................






Macam mana nak jadi "positif"

Salam, 

Bila sedih apa anda buat? 
Menangis? 
Mengadu pada seseorang?
Makan? 
Melompat?
Buat sesuatu untuk lupakan kesedihan? 

Dayah? normally 2 things I will do, EAT! dan ................................... hahahahahaha.. i'm type of crazy sometimes. 


Kenapa kita harus positif? Sebabnya dengan atas globe tu... hehehe. Bacalah. 
Like this early this morning. I keep saying to myself, someday everything will be alright. 
Although today wasn't really a good start, but I just wanna say,



Because i'm positive person. InsyaAllah, I'll be okay!

D_Y_H
No matter how am feeling right now, today I have lot of meeting to attend.. so you better smile DAYAH!!! 

Monday, October 27, 2014

Alhamdulillah

Salam,

A very short one.



Say, Alhamdulillah.

D_Y_H
Is everything okay? Yes. Pictures talk everything.
When we believe in something keep on trying until finally you succeed, insyaAllah.
Be positive (note to myself).

Saturday, October 18, 2014

Nek Tun: Stay Positive and Strong

Salam,

Manalah budak bertuah ini. Pulangnya tidak pandai awal. Hatinya tua sungguh gusar memikirkan sikap Yasmin yang kian menjadi-jadi. 

Dialah satu-satu cucu yang dia ada. Nek Tun lah juga satu-satu yang ada buat Yasmin buat ketika ini. Dari sedari tapak kakinya 2 inci sehingga kini sudah melebar ke 7 inci. Size normal seorang Asia. Yasmin orang Asia yang di besarkan di negara empat musim. Sedari berusia sebulan Nek Tun bawa Yasmin keluar negara sehingga kini. 

"Assalammualaikum Nek Tun.. i'm back" Terus sahaja pintu agam itu di buka. 
"Oh dear, where have you been to? The whole-day outside and back at this hour?" Mata Nek Tun menghala ke Jam Dinding yang berharga, 50,000 Pounds Sterling. 

"From college Nek Tun. No worries, I'm still your very good baby girl. Was busy day...... until fall asleep at library"
"wake up when Sofie call me. I had nightmare dream" Yasmin bercerita bersungguh dengan cebihan di bibir. 

"What dream did you have my dear" Bersungguh-sungguh Yasmin menceritakan mimpi buruknya. Nek Tun seperti biasa pendengar yang setia. Tidak sedikit pun di tinggalkan. 

"Oh dear, it is just a dream. It wont be like that. Trust me okay" Nek Tun sedaya upaya akan menjagaYasmin sebaiknya. Dialah jantung hati Nek Tun. 

Bagi Nek Tun selagi roh di kandung jasad, Yasmin adalah dunianya. Dia akan lakukan sebaiknya buat Yasmin. 


Yasmin sudah lama hilang kasih ibu dan bapanya dan dia tidak mahu Yasmin hilang kasih seorang Nenek. Walau dia cuma seorang nenek saudara. Kisah lama yang cukup mencuit hatinya. Mujur dia lahir dari keluarga yang serba mewah dan berpelajaran. Kalau tidak belum tentu bagaimana nasib Yasmin. Bayi yang tidak bersalah, di humban keluar dari rumah oleh keluarga sendiri. Tidak tergamak dia melihat darah dagingnya di layan sedemikian rupa. Tanpa siapa ketahui, dia mengambil dan membawa bayi itu jauh dari semua kaum kerabat. Mulanya sukar untuk dia membesarkan Yasmin dengan kesibukkannya. Lama kelamaan, Yasminlah dunianya. 

Hampir 20 tahun Yasmin bersamanya. 


D_Y_H
To be continue.... full story? Kalau rajin Dayah publish ... kalau tidak... Dayah peram... hehehehe. Suka tulis sekerat.sekerat. 

Share Ovarian Cyst: Saya bukan Doktor!

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hi semua. Apa khabar?
Dayah baru jengah blog selepas beberapa hari busy tak berkesempatan menjengah "dashboard" ... haaaa... dapat mesej from Kak Ma. Lama dah kami tak bersua muka, meh kita baca apa Kak Ma kata, 



noorma said...
salam dayah...fuhhhhhhhhh..ramai yg pm kma tanya sal cara nak kecutkan cyst nih...huuuh...sampai ada yg ingat kma ni doc..bukannnnn.....sayahanyalah insan biasa..yg ada cyst..cuma sekarang...alhamdulillah...cyst sy dah tiada..syukur..tak perlu lg jumpa doctor o&g...hampir 2 tahun....sapa2 yg ada di sabah..boleh datang berubat dengan ustaz ku..dia tinggal di inanam laut..menggatal...tp kena berterusan lah berubat dengan dia...cumanya ada yg tanya camner sy boleh kecutkan cyst tu..maybe corak pemakanan sy kot...so far sekarang dah boleh makan semua benda..cuma ada lg yg sampai sekarang sy tak ambil ialah kekacang dan juga daging merah..yg itu sy memang tak ambil langsung..takut cyst tu datang balik...naya pulak..so harap maaf bg yg bertanya saya cara nak kecilkan cyst tu yea..apa yg saya buat adalah berdasarkan keyakinan saya bila saya berubat dengan ustaz ku..tolong jgn buat sendiri2 tanpa bertanya pada yg pakar...mcm contoh sy sebab sy berubat dengan ustaz ku dan sentiasa diselia oleh dia..selama 90 hari tp kalau dalam kes puan2 maybe lain...nasihat saya..kalau sekiranya cyst anda dah besar lebih dr 4cm sebaiknya anda ikutlah nasihat doc supaya melakukan pembedahan...takut nanti tertwist pulak lg susah..apapun sila rujuk pada yg pakar..jgn cuba mencari alternatif sendiri ya...mohon ampun pd semua..kalau nak sharing pengalaman boleh lah inbox sy saya...insyaAllah..mana yg boleh sy kongsi..sy akan kongsikan..tq dayah.......jdkan blog dayah ni medium...hihhih..salam dayah..tq

Monday, September 29, 2014

Sharing: ACCA class

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hi semua. 
Sihat tak?

Dayah Alhamdulillah, makin sihat hehehe. 
Yang ambil ACCA tu, macam mana preparation? Ada 63 hari lagi sebelum 1st day of exam. Hohoho. Takutnya. My exam this sitting false on 1st of December 2014. 

GAMBATE buat semua calon ACCA-Dec14's sitting! Kita buat sehabis baik yer. (Walaupun........ Dayah tak prepare sepenuh hati lagi ini....kawan-kawan dalam kelas assume saya sangat bersedia.. alahai salah tu.. my confident level not that very good for one particular subject...which is P2... rasa nak menjerit kalau teringat how I answered my test... rasanya kalau Mr. Ng tanda boleh luruh rambut dia satu-satu.... macam tak pernah masuk kelas langsung gayanya. Saya kena sungguh-sungguh ulangkaji, silibus dah almost completed akan tetapi...... silibus dalam memory saya ini seakan lost [cry])

Oh usah cakap tentang preparation for exam yang masih lagi lintang pukang. Yang Dayah nak share kali ini tentang Class or Kelas (same pronounce). Dayah sendiri ambil kelas. Untuk yang bekerja dan mempunyai masa yang kurang, anda di nasihatkan mengambil kelas. SANGAT-SANGAT DI GALAKKAN. Bukan murah cek oii bayar ACCA Exam ni. Untuk pastikan preparation kalian cukup, keluarlah duit sedikit and go for class. 

How to go to class? Which college is better? 

In Malaysia itself, there's a lot. Please click here
My current school now is Help College. Why I choose help? 
  • Near to my office location
  • There is test that forced me prepare earlier. 
  • Lecture notes was given earlier. 
  • Very closed to lecture and also the administration staff, they always keep in touch with us. As part time student, you have to struggle a lot. With this people around who always keep remind you, it is really help a lot. 
  • Convenience to park also (outside la... kalau basement hujung bulan gigit jari. MAHAL!)
Untuk part timer macam Dayah ini, importantly when you choose your study place is the above point. 

and class normally after work and weekend. So jangan berangan nak enjoy sangatlah hahahaha. Waktu cuti umum pun ada kelas okay! Hahahaha. Best. Tapi tak apa bukan forever, some satu masa you graduate. You will feel, Ya Allah bosannya tak ada kelas! hahahaha tipu! Feel freedom dan berbaloi dah tentunya. 

So apa tunggu lagi. Jom register class. Eh Eh for December sitting dah lambat ni. Tapi boleh lagilah nak register exam and go for revision class. Revision will start very soon. Grab the place while its available. Kalau lecture yang high demand, baiklah segerakan pendaftaran anda. Last minutes memang class full and you will loose the chances. So..... be prepared earlier. 

D_Y_H
Percaya tak, dengan perancangan yang rapi dapat membantu urusan harian kalian? 

Friday, September 19, 2014

Sharing Ovarian Cyst: Kerap sakit, terpaksa tangguh perkahwinan

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Baru sahaja Dayah terima mesej baru dari Marina, Ipoh. Di entri "Ovarian Cyst"


Anonymous said...
salam dayah...sy marina..sy brumur 24.bulan 4 thun 2014.dr sahkn yg sy ade endomtrosis cyst..cyst mase ru 2 cm.time tu dr bg pil prncg wlpon lum kawen.bln 7 sy sllu mtah2,krap skit prut dan pgg.g scan dr ckp cyst dh 3 cm..dr stopkn pil tu then bg thn skit.bln 9 ni g scan lg dh 5 cm blah knan dan blah kiri 3 cm.dr srh opret..skang tgh tggu nk jmpa dr d hsptl ipoh.....sy tkut sgt..sbb sy dh nk kawen bln 10..sbb sllu skit,trpkse tgguhkn prkhwinan...nsb bek tnang sy phm sgt..
........

Alahai siannya kerana selalu sakit tanggung majlis.

Alhamdulillah awak ada tunang yang memahami. Bukan mudah nak cari yang memahami. Moga Allah permudahkan hubungan kalian berdua. 

Herm.. Marina tak cuba perubatan alternative? Dayah takat hari ini, tak pernah lagi rasa sakit-sakit yang melampau. Sakit macam di gigit semut pun jauh sekali. Cuma size cyst yang muncul semula tu besar jugalah, tahap perlu di bedah dan di buang. Tapi bukan size critical. Saya tangguh dulu. 

Selagi boleh cari alternative cubalah Marina. Saya kurang arif dengan jenis cyst yang Marina hadapi. Mungkin juga sebab size itu yang menyebabkan Doktor tangguh dan tangguh your operation. Kalau saya boleh repeat masa lalu, I rather not undergo operation session. 

Selepas di operasi, saya rasa system body saya berbeza. Ketahanan saya makin berkurang. Tidak seperti dahulu. Weaker. Itu yang saya rasalah. Saya tak pasti bagaimana sahabat lain rasa. Perut saya di belah macam orang nak bersalin tu. Tok Wan saya pesan, bila dah kena bedah ini beribu-ribu urat kita putus. Rehat yang cukup sangat perlu untuk pulihkan semula urat-urat yang terganggu. Tapi saya ini degil. Hari kedua keluar hospital dah selamat lowyat tu saya redah, walau berjalan macam orang pantang. Aduh ingat semula rasa, kenapalah buat macam tu. Tapi saya recover dengan sangat cepat, saya yakin sebab kecerdasan saya sepanjang tempoh "berpantang". 

I can feel you Marina. Harapnya awak boleh dapatkan rawatan alternative untuk mengurangkan size cyst ini. Makin dia besar makin bahaya. Mungkin Marina boleh amalkan makan peria katak. 


Terbaru Dayah baca tentang khasiat Madu Lebah dan Serbuk Kayu Manis. Why not amalkan ini. Bancuh dalam air panas dan amalkan 2 kali sehari. Sukatan dia ikut individu. Banyak sangat penulisan tentang khasiat madu lebah dan serbuk kayu manis ini, apalagi kawan-kawan .... mari kita mengkaji. Kita ikhtiar dan berdoa moga Allah kurangkan rasa sakit ini. Ini antara kebaikan mengamalkannya:

                                      

Next Friday will be the first check up, after I have been ignoring check up for past 8 months. Hoho, tak tahulah saya berapa dah size cyst dekat dalam ni. Risau jugalah. Tapi tak sempat nak fikir sangat. Harap-harap nothing much to worry. 

D_Y_H
Today, i'm feel so full. Alhamdulillah. Moment pipi merah, harap tak siapa perasan. Sejam dua juga moment pipi merah berlaku, alahai. 

Thursday, September 11, 2014

Gonna see you again pink record

Salam,

After a while been busy... now its time to go to see you again doc.

From apr and now in september. That long enough to see whether it has been grow and just stagnant.

.....................for about 2 weeks having fever... and... malas jumpa doc and today rasanya kena buang rasa malas tu. Have to see doc.

Thursday, August 21, 2014

Masa berlalu

Salam Semua, 

Masa yang berlalu di sana maksud Dayah adalah Raya month. 
Sungguh tak rasa raya langsung tahun ini. 
Balik kampung raya just malam raya. From KL 12am something arrived Aloq Staq 4.30am. 
Tiduq sat and taraaaa pagi raya dah. 
Kalut-kalut nak bersiap solat raya. 

Memang tak berasa apa, selain rasa.. I MUST go sembahyang raya. 
Dah few years can't go. Dok jadi orang dapuq. This time, MUST go. Laju-laju siap semua berpakaian, bertelekung berdesup masuk car and sampai Masjid KG. Hah! Lama giler bertahun2 tak solat dekat Masjid Kg. belah mama. Bertahun-tahun.... I think more than 10 years. Giler tak lama!

Okay then what's next? Masak? Haruslah. Apa lagi nak buat kalau dah namanya wanitakan. 
Kecohlah rumah dok sibuk nak beli itu ini. Pergilah Tesco, Mergong. Belakang rumah tok je pun. 

Lepas itu apa jadi? 
Makan. 
Bergambar dekat sawah? hahaha wajiblah. 
Nah sekeping ... 


Lepas tu abah call suruh balik rumah Tok Meryam pulak. Baiklah, kena seimbang. Dah berpagi disini siap tidur-tidur semua, now time for family sebelah Abah. Walau hat kenit-kenit (anak-anak buah tak ketemu lagi). Balik sana pulak. Balik-balik teruih jadi orang dapuq balik. Haaaa.. kan dah kata. Wanita nak lari ke mana kan. Bancuh air habis. Bancuh air habis. Tup tup dah petang. Eh, jom pergi Kuala. Tempat wajib juga nak pergi. 

Tapi sebelum itu sempat beraya rumah Tok Tam dulu, Tok Teh baru pulang kerahmatullah, Al-Fatihah. Cuma tinggal rumah tak berpenghuni. 

Dekat rumah Tok Tam, baru first time tahu story how Abah meet Mama. Tahu siapa match maker? Haaaa... Tok Tam la... cerita lanjut kami tak taw.. hahaha.. mama malu nak story .. hehehe... Maniskan cinta orang dulu-dulu. Tak payah nak bercinta, bertemu sebelum berkahwin semuanya berlaku selepas berkahwin. Thanks Tok Tam and the geng. Without you guys, am not here and have this wonderful life. I'm grateful. 

Herewith my mama and Tok Tam, sempat juga ada drama airmata... Tok Tam story about kematian.. hohoho.. katanya tinggallah kami-kami yang tak tahu bila... (sedih taw) 



and us... without me la obviously.. hehehe... kadang-kadang tak suka ambil gambar. Kadang-kadang over nak interframe .. hahaha. 

Selesai tamat beraya ke rumah Tok Tam, time for tengok sunset. 
Ini nana,aifa and damia... my sepupus.. keje.. belajar.. belajaq... hehehe.. 


This all anak dara's ... Yuni, Aifa, Datin Aina, Kangcong Paten and Demok Bai... hehehehe... yang ada nama pelik-pelik di hadapan all my blood sisters. Sorang dah nak kawin this coming November. So fast everything, keluarga lelaki mai beraya sambil menyata hajat terus janji di ikat dan Abah can't wait long. For him, once ada Adam yang sudi mengangkat martabat anaknya menjadi suri hati, Abah tak cakap banyak. He will make your life real easy. Satu yang saya sukar percaya. But that's my abah. No other abah ever sesenang dia. He want his anak hidup senang di masa hadapan. Kawin-kawin semua dia mudahkan. Alhamdulillah. That's why his my hero. Seorang yang sukar di fahami kadang-kadang, gaduh dengan abah tok sah cakaplah. Almost every times, I had conversation with him sure got thing am disagree. 


Memandangkan.. dah nak maghrib. Singgah dahululah solat. For first time ever solat di sini. Selama Dayah hidup cuma lalu sahaja. Tak pernah singgah solat di masjid ini. Akhirnya, kami singgah jua untuk maghrib. SubhanaAllah cantik! One of older Masjid di tanah melayu. Cuma sedih tengok fasilities kain solat. Tidak teratur dan lama. Almari untuk menyimpan kain solat juga elok di luar uzur di dalam. Kalau di beri kesempatan, ingin sekali saya ambil semua kain solat itu dan cuci dan kemas semula. Mungkin mereka terlepas pandang. 

Berkata tentang kain solat, teringat saya beberapa pengalaman bersolat di beberapa surau dan masjid. Paling kagum, satu Masjid di Salak Selatan. MasyaAllah baik sungguh kariah dan ajk masjid dia. Telekungnya semua masih cantik-cantik, wangi-wangi. Di hanger dengan baik sekali. Dan majoriti, surau dan masjid yang pernah saya singgah tidak menjaganya dengan baik. Teguran buat diri saya sendiri, kita melihat tempat orang macam mana keadaan surau / masjid di tempat kita? Saya sendiri jarang sekali ke sana. Banyak masa saya di luar kawasan. Malu dengan diri sendiri kadang-kadang. 


Dan..... next day dayah dah nak balik dah. Consider sehari setengah sahajalah di kampung. Before balik haruslah merayap jumpa anak-anak dulu. Ni Si Acha dengan Pak Tam dia. 

Muka Acha yang tak puas hati. Orang baru mangkit di ajak gomol dan bergambar... marah ler kawan. 


Alo .. alo... pahit maung muka si Acha and that's is my only brother adik.. Mr. Ally yang malas nak fikir nak sambung belajaq mana. Hailaaaahh Adik. Kak Long hang ni tak taw mana dah nak cari. For his future, it is good for him to study. 

Selasa tu juga Dayah balik and with Demok bai, Kangcong paten, Ally and Ani. Semua balik kerana bekerja the next day. Frankly, I don't really feel raya this year. Not all. 

No nasi ketupat atau pulut ketupat hatta pulut lemang pun tak sentuh this raya. Kuih-kuih raya ini bukan minat sayalah. Ada adalah. Tak ada tak jadi satu masalah. Satu open house tak ada tahun ini. Atau saya ignore? hahaha.. Tapi benar memang tak ada. Cuma my best friend je la, this coming Saturday do and myself? Haaaa... tak buatlah just do makan masak sendiri for officemate. Memandangkan my timetable is full everyday. Haishh penat. Kalau ada early appointment barulah Dayah tengok semula timetable and reschedule some. Kalau mai hat last minutes memang tak larat dah. 

What raya mean for me? Meet all my relatives and see everybody smiling and happy. That's meant everything!  How I wish to have long holiday without worrying about work and others. Once you become older with lot of commitment you maybe feel what I feel. Maybe. Atau saya sahaja yang over? hahahaha.. kan. Hehehe. 

Ini cuma tulisan merepek saya ;p

Ops... please excuse all spelling error dan susun atur bahasa yang campur2 mcm rojak. 

D_Y_H
Sometimes I wonder, what you feel about me?