Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

A good start of Monday.
Wishing everyone could have a good week a head. InsyaAllah.


Yah. Be awesome. 
Put smile on your face no matter how hard it is. 
Your smile more sweeter than sugar! Believe me, you will make other people feel good to be with you. InsyaAllah. May Allah bless us and wishing for productive week also. I have mission to accomplish this week. Hopefully. Kept praying to Allah. May Allah help us. 

D_Y_H
A week with full of meeting. It's quarter end bebeh, gambate!

Salam, 

Buat keluarga Dan mangsa tragedi, Takziah. 

We all heard about it. Al-Fatihah buat mangsa yang meninggal dunia. 

Buat keluarga mangsa, moga tabah menghadapi dugaan Ini. 

D_Y_H
Small support might give impact to those really need it.
Salam, 

Alhamdulillah, selamat berpuasa untuk hari yang ke-3. Yeah. Yahoo. Best. Dugaannya kurang. Tak macam tahun-tahun sebelum ini. MasyaAllah liatnya. Syukur. Syukur. Syukur. 

Rasa macam dapat nombor satu dalam exam dengan full mark. That how am I feeling right now. Happy. Syukur, Alhamdulillah. 3 more days to go. Dan harapnya amalan puasa sunat ini dapat saya teruskan dari semasa ke semasa. Doakan saya yer sahabat semua. 


D_Y_H
3 more minit before maghrib. Moga selepas hujan di beri pelangi. Doa dan terus doa. Usaha dan terus usaha. Moga Allah bantu. 
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

While talking to my lovely Sister, I got to understand how is his feeling. He doesn't feel like back home anymore. I know how is your feel. People kept blaming on you. What ever changes, he only when he's back. Ya. Ya. Ya. "You don't take your effort to know about us" 

Since little kids I feel this barrier and the gap. Its became huge gap. Definitely it is a mistake. When you never try to close the hole. It is deeper from day to day. It is an opportunity to other and people who clever take this as an advantage. Poor you. 

Moral of the story, don't make people start to hate you. Always be nice to other people. Don't think that you are good, there's always a room for improvement. We are human and make mistake. We are not belong to this world. When the time is coming, no other word. Bye-bye and you will never see me again. 

I can feel that not home. Who to take part to close this hole? Definitely US! No matter how, we have to close this hole. 

D_Y_H
I'm still right here, waiting. 
Salam, 

Just happen terperasan, baby update her blog. Read one enty about Hidup Hanya Sementara. Betullah Baby, kita hidup sementara. Bila-bila masa kita bakal jadi jenazah dan penghuni alam kubur. Kita sendiri tidak tahu kapan masanya. Kadang-kadang kita dapat sendiri rasakan. Tapi kadang-kadang tak siapa pun tahu. Tahu-tahu kita sudah berada di alam serba baru. Entah masih boleh berkehidupan aman atau siang malam di beri hukum. Astagfirullah. 

Perasaan itu pasti menghantui kita. Along sendiri pernah merasa saat rasa inikah masa itu. Walau apa pun kita harus siap sedia selalu. Ajal bila-bila. Teruskan hidup dengan seadanya. Selagi di beri peluang menikmati kehidupan, lakukan sebaiknya. 

Hiduplah seolah akan hidup seribu tahun lagi.
Beribadatlah seolah esok hari matimu.  

Ingat selalu quote di atas. Mati itu pasti.



D_Y_H
Terkadang rasa gelap langit. 
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

A lovely morning to all. I'm working today. 4 days yang sangat padat dengan aktiviti sana sini. How about you guys? 

Day 1 of raya - morning we're still in KL. Sempat solat raya di Masjid dekat rumah, sekian lama tak jejak Masjid dekat rumah. Selalu ke Putrajaya. Ramainya hamba Allah pagi itu, penuh sampai tak cukup-cukup sahaja ruang yang ada. Alhamdulillah. Selesai solat, kami lunch dulu. Sempat lagi saya, angah and Ally shopping. Hahahaha. Terus gerak balik Alor Star. Lamanya saya drive! Sumpah penat. Kejap laju kejap slow. Udah ler bawa manual, memang lengguh kaki. My Car still under maintenance. Apa nak buat. Lagipun banyak bahan makan yang di bawa pulang. Jadi haruslah bawa Car Abah. Sesuai. Reach Alor Star pukul 8.30pm. Memang lama giler. Sampai2 rumah Wan ramai orang. Tengok wan dan Tok. Sembang-sembang sat. Loading barang makan yang dah sedia masak. Terus gerak rumah Tok Dah pula. Tempoh hari masa balik tengok Arwah Mak Jang, langsung tak sempat singgah rumah Tok Dah. So sampai-sampai, Mak Ngah dah sedia dengan food. Oh, kami lapar. Makan-makan, solat2, mandi-mandi dan tidur-tidur. Ohhh.. ada lagi, lepas makan laju-laju pergi shopping. Beli beras dan kelengkapan lain yang tak ada for kenduri. Dari Tesco sampai ke Giant kami redah. Mula2 nak p dengan Angah je. Lepas tu Mama sibuk nak ikut juga dan tiba-tiba Abah pun nak follow eh eh. Bawa sahajalah. 

The very "Datin" has seen develop in her ;p

Mak Pak yang sibuk shopping. 

Day 2 of raya - Masak-masak for kenduri arwah. All Abah nak buat sendiri. Jangan membazir katanya. Dah suggest awal, ambil sahajalah katering senang. La .. la tu juga saya kena marah dan sempat jugalah bertekak dengan Abah. Kita tak mau dia penat (kita pun penat sama). Tapi as usual Abah ada sebab dia sendiri. Iyerlah. Turutkan sahaja. Anak dengarlah kata. Seawal 7.00pagi kami bersiap sedia memasak untuk kuantiti 250 orang makan. Untuk Abah dan Mama, jumlah ini kecil. Mereka selalu masak untuk kuantiti yang lebih banyak. Bahagi-bahagi tugasan. Mama buat gulai cair dan Cili Arab, abah cook nasi Arab dan Salad Arab and Me, cook sambal goreng dan Ayam Goreng berempah. Done masak around 11 pagi. Thanks to MakNgah Mah for utensil cooking. Periuk belanga semua MakNgah punya, boleh buka kedai dah. Hehehe. Elok masak semua, gerak ke rumah Tok Yam. Kami (gegirl) pergi lewat sikit (lewat sungguh kot.. hahaha) sampai Abah dah siap setting table buffet (cara dialah) adoilahh kena adjust sikit2 tengok air sikit sangat. Bancuh air setong lagi. Buah potong tambah, ketupat potong tambah. Beli ice tambah. Elok-elok tetamu sampai all setting done. Selesai kenduri lega. Lepas tu, kemas-kemas cuci periuk semua. Gerak p hantar rumah tok pulak dan Ally sibuk dok ajak p Kuala Kedah. Layankan. Dah lepas tu. Ajak Ally belanja kami pulak. Makan-makan dengan cousin2 sampai lewat 12pagi. Pheww, penat! 

Tolonglah! Ini kerja Pak Oth la ni. Ini bukan cateringlah Abah. Letak bunga bagai. Semuanya instant, meja main kaut rumah punya. Apa yang ada sahaja kita guna, konsepnya. 



Jemaah yang hadir untuk Majlis Tahlil, Alhamdulillah. Ramai yang hadir. Baik jemaah lelaki mahupun yang wanita. Terima Kasih.


Ini bilik Tok Wan and Tok. Masa ini ramai tetamu yang datang melawat Tok Wan. Wan demam sikit masa ini. Moga Allah sentiasa beri yang terbaik buat Tok Wan dan permudahkan segala urusan di muka bumi ini. Amin, insyaAllah.


Ini yang berlaku selepas basuh periuk bagai. Siap sapu sampah rumah. Buang sampah. Kami terjah Kuala Kedah. Abg Ally punya kerja. He insisting to go to that place, which I have no idea where he want to go. The next day, when go out with Mama and Mak Ngah, Mak Ngah kata this way to Perlis. Straight je and no traffic normally. Wah! Tapi masa limited. Next timelah. 


This is view from Jambatan Tok Pasai, Sungai Kedai. The village. 


Dan inilah lokasi yang Abg Ally nak sangat bawa saya pergi. NICE! Sampai-sampai dengan nak masuk waktu maghribnya. Sumpah lawa. Dan paling cantik dengan bulan sabit dan ada satu bintang di atasnya, very significant of raya. Feeling so blessed. Alhamdulillah. SubhanaAllah, inilah kejadian Allah. Allah is always the great. Syukur masih di beri kesempatan melihat dan merasai nikmatnya. Alhamdulillah.

Day 3 of raya - Having half day at Rumah Tok Dah. Masak-masak again just for rumah sahajalah. Abah pagi-pagi dah sibuk nak p Kuala Kedah beli ikan. Dia p dengan Pak Ndak and Pak Teh. Mama sibuk nak pergi juga. So we all when in another car. Segar bugar betul ikannya. Borong sakan lah jadinya. Balik, then terus masak. Me cook Sambal tumis ikan tongkol and goreng kacang panjang. Ally bakar ikan dan baby buat Air Asam dan Aina buat Air Bandung. Dan makan penuh nikmat. Best betul makan ikan yang segar-segar. Memang ikan tu direct dari nelayan. Naik je kami serbu. Kalau dekat KL ni jawabnya dah berminggu-minggu punya ikan. Frozen pun berlambak. Warna ikan pun dah tak segar. Untungkan duduk Kg. Sayur-sayur boleh beza sangat. Segar. Lepas dah kenyang perut masing-masing. Kemas-kemas barang masa untuk pulang. Ke rumah Tok Yam, sembang-sembang sat. Tengok Tok Wan dan Tok. Kami gerak balik around 6pm. Dan kami sampai KL 1.30pagi. Lamaaaaaaaaaaaa kot. Penat kaki drive manual. Atas highway at certain time just move 10-20/km tiring sangat. Kalau selalu saya tak give up drive sorang-sorang ini dah almost reaching selangor saya cakap dengan Ally, please drive. Cannot tahan anymore. My leg dah kejang masa ni. Nasiblah adik sorang ni boleh drive. Tak nak Abah drive. Biarlah Abah rest and pantau Ally drive. 


Jakun teruih! Ikan Sardin this big in front of my eyes never seen. Mak Ngah yang cakap ini Ikan Sardin, dok ingat ini ikan kembung. hahahaha. nampak sangat tak kenai ikan. kuang kuang kuang. peace. memang saya tak reti beza. Makan masak pandailah.



The jetty. Nelayan baru pulang dengan hasil tangkapan. Apa yang di jual memang sangat fresh from sea. Syukur. Best sangat dapat new fish. Manisnya.



1st Abg Ally with Damia and us with Baby Atun (alamak MakLong lupa tanya nama dia laaa). Masa ini kami dah sedia nak balik dah. 

Day 4 of raya - full day at home sahaja. Pagi-pagi,celik-celik mata terus lapar. Ingat mama cook, sekali memang ada nasi sahaja. Tengok tak ada apa, buka peti ais. Alah, ada telur sahaja. Tak apalah buat telor dadar and heat rendang ayam mama yang keras sangat dan goreng ikan pekasam. Mama tiba-tiba muncul bila saya dah siap goreng2. Mama cakap kita makan sardin nak? Saya ikutkan sahaja. Mama when out beli barang dekat kedai depan. Saya potong apa yang patut. End up, goreng sardin and cook kacang bendi dan drumet. Makan-makan. Pot pet pot pet kejap. Naik atas, pusing2 dalam rumah. Eh dah petang, mama cook cucur bilis pulak. Oh sedap! malam pulak, cook for baby Nasi Goreng Cili Padi with ikan pekasam hancuq + goreng nugget. Lepaih tu terbungkang dengan adik-adik, kononnya nak tgk wayang. Sekali tak jadi. Malaihh nak keluaq esok dah bekerja. 

And that how I spend my raya leave. How about you guys? Mesti beraya sana sini kan. Every year memang mcm itulah kami, penting sekali balik rumah tok and wan. Yang lain depa mai rumah tok jumpa sana. Selalunya saya memang tak ambil cuti raya. Simpan untuk exam. Begitulah tahun demi tahun. Bila nak habis exam? InsyaAllah saya sedang berusaha. 

D_Y_H
Masih terasa kepenatan, although its short but still can feel the raya. Enjoy your raya celeb! Oh ya, this year I didn't do any flower arrangement for raya pun kan. Alah, nak kena buat juga for home. Herm, mcm nak buat orkid theme. 
Salam and morning, 


 It's breathtaking Friday ....
Best best best.... 
I'm in Alor Star ... Sejukkk gedi bakk hang.. 

Selamat menunaikan ibadah Jumaat. Have a great raya day everyone and do take care. Hati2 di jalan raya. 
Salam, 

All I wanna say is 


Syukur Ya Allah.. 
Sabar lah dan terus berdoa, percayalah Allah sentiasa mendengar. 
Salam.


This is happen in South Africa.
Saw this picture on instagram, stated 5 years. OMA!
Then, terdetik di hati betul ke cerita ini. I when to search around the searching engine. Yes, it is true. But this boy is only 8 years old and her wife is 61 years old. Hah!

Kawin sebab wasiat Datuk Sanele Masilela (8 years old boy).

From the news that I read, this boy are happy married to her wife but he still want to go to school and study hard. Also mentioned that, when he's growing older he wanted to marry a lady at his age.

Dunia dunia dunia. Baca lanjut news HERE.

D_Y_H
Hakikat dunia memang begini macam-macamkan. 
Salam, 

Just a quick update.
Finished one meeting, waiting for next meeting. Gatai tangan dok tengok Laman sosial. Sekali jumpa anak comel Ini, 


Comel nya mereka. MasyaAllah, may Allah bless you sayang. Melentur buluh biar Dari rebungnya. InsyaAllah one find day, saya mahu didik anak2 saya juga sedari kecil. Minat si kecil perlu Kita didik Dari kecil. Sebab bila dah besar, mereka tidak mahu Atau sukar mendengar kata. 

Tapi haruslah di didik dengan Cara yang betul. Terang kan kenapa perlu begini Dan begini. Buat anak-anak faham. Jangan cuma suruh tapi lesson Nya tidak di nyatakan. Moga sahabat sekalian dapat mendidik anak2 dengan penuh sabar Dan istiqomah. Amin. 
Salam, 

Beberapa Minit lagi Kita Akan bertemu Bulan Syawal Dan terakhir Kali Kita berbuka puasa pada Ramdhan tahun Ini. Moga Allah panjangkan usia Kita untuk bertemu lagi di Ramdhan akan datang, Amin. 


Selamat Hari Raya buat sahabat semua. Dayah memohon Maaf atas segala silap Dan salah. Saya Manusia biasa adakalanya dalam sedar Dan tidak sedar melalukan kesilapan. Maafkan saya ya sahabat semua.

Hati2 di jalan raya walau ke mana jua perjalanan kalian. Sama ada dekat mahu pun jauh. 

Makan juga harus di jaga Dan di perhati, jangan lupa diri ya. Nanti jenuh pula nak mengurangkan Berat badan. Berhenti sebelum kenyang. 

D_Y_H
Ada sisi yang masih kosong, diam Dan sepi. 
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day, 

PAID? It is SALARY. 
Where I got this news from? Read it on twitter (through ACCA) which is come from SalaryExplorer.com. Wahh nampak terus nak baca. Knew it from day one when I fall for this industry that one of favorite work and tidies. Boring work pun yer. Hahahaha. It is all about numbers. But but but nowadays, Accountant not only looking into number. But basic accounting SHOULD know la. Debit credit semua tu kena on your finger, tapikan bila dah lama-lama tak buat entry memang semua tu ke laut. Haissh. Apa Accountant buat? Aha, banyak skopnya. Nanti cerita lain. 

Back to the title. Apa yang top 10 reported? Here we go:-

1) Pilot - RM35,000 (travelling around the world)
2) Senior Accountant - RM30,000
3) Material Engineer - RM28,000
4) Government Affair Director - RM27,000
5) Team Leader in Oil & Gas, energy or mining industry - RM26,500
6) Recruiting Manager - RM25,500
7) Regional Manager in Banking - RM25,000
8) Chief Operating Officer - RM24,722
9) Regional Director - RM24,583
10) Geo-technical Engineer - RM22,833

Out of curiosity, why the last 3 salary the amount is not bulat-bulat? (hahaha typical auditor! ada sahaja yang tanyakan). I took it the above information from HERE

So adik-adik sekalian, yang sedang blurred tentang kerjaya di masa hadapan please la dream for the above 10 work! Tapiiiiiiiiiii.. bukan masuk-masuk keje terus dapat that much PAID! NOOOOOOOO. Itu persepsi yang tak patut ada pada minta kalian. You should start from sikit dulu. By knowledge and skills then you will get PAID yang seumpama itu. 

Saya? Way Way Far from No. 2 PAID. Jauhhhhh sangat lagi. Even if I were to work in Euro or UK pun tak achieve that figure lagi la. Owhh, tiba-tiba rasa bestnya working outside of country kan. Tapi sebenarnya, currency exchange tu yang nampak gaji kita mahal. Living cost sana. Superb mahal! 

Tapikan, sebenarnya memang besar PAID up sana and the working environment pun lain. Law pun lain Cik Dayah oi! Hehehe. Yer tak yer kan. 

D_Y_H
Tang duit semua buka mata kan. Manusia. Manusia. Manusia. Berpada-pada dengan duit, sebab duit buat manusia buta mata hati. Jangan jadi hamba duit. Bila kita ada lebih beringatlah pada yang serba kekurangan. Buat yang beragama Islam, jangan lupa zakat pendapatan kalian 2.5% dari pendapatan. 
Salam, 

A quick update. 
I did it! Yes. Yes. Yes.


Tahu apa? Submit my membership application to partner. Hehehe. Sekian lama, after working for about 68 months. Sepatutnya after 36 months dah boleh mula, tapi saya ambil masa lama betul untuk decided. No more excuse Dayah! Please please please. 

Not for MIA sahaja, also want to apply for IIA. Doakan saya ya sahabat. Dalam debaran menanti esok, saya rasa ini satu kewajipan saya yang tertanggung lamanya. Inilah salah satu impian saya yang belum terlunas. InsyaAllah. Awak, saya buat awak (nak senyum sikit je dulu). 

Next mission is submission to relevant parties and COMPLETING myACCA! Gosh! Another challenges. Lepas tu? Hehehe. Ada misi saya yang seterusnya. InsyaAllah. 

Barrier that stop me long for decision:

Quality of work

That the only reason. As at now, I know this is not an excuse anymore and I must moving to achieve. In order to be professional, I really need to prepare myself. But that's wrong, along the way as professional you are preparing yourself and always update and upgrade yourself with knowledge and skills. Okay! Noted. Resolution yang entah dari mana. Kekuatan yang entah dari mana datang. Ciayok! 

Dream to work outside the BOX! InsyaAllah. Saya budak masih belajar. Lot more to learn. 

D_Y_H
Eh... macam losing something. Tak apalah, walk, walk and walk again and again. 
Salam,

Redha atas ketentuan Illahi, our lovely Mak Jang Zizah sudah kembali bertemu pencipta. Alhamdulillah segalannya urusan pengembumian selesai semalam (hari sabtu) juga. Urusan pengembumian selesai, hampir jam 1 pagi. Setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada penciptanya, itu janji Allah pada kita semua. Moga roh Mak Jang tenang, aman dan selesa di sana. Jauh lah dari seksa kubur, amin. 

Segalannya bermula, Tempat jam 2.28pm bila saya menerima panggilan telefon dari number Mak hang sendiri. Dalam hati agak pelik. Petang macam Ini Mak Jang tak pernah telefon dan kenapa suara di hujung talian sangat berbeda? 

Suara di hujung talian - "Ini anak pemilik number telefon ini ke?"

Saya - "Saya anak sedara nya. Kenapa Puan?"

Suara di hujung talian - "Oh anak sedara, dia accident. Boleh tolong inform pada anak dia tak"

Saya - "baik, baik saya akan maklumkan. Macam mana keadaan dia" waktu itu saya dah dengar bunyi siren ambulan dan keadaan sangatlah kecoh. Suara di hujung talian juga tercungap-cungap. 

Suara di hujung talian - "dia tak sedarkan diri"

Saya terus mencari nombor telefon cousin saya Yang Ana. Allah, tak ada pulak. Waktu itu saya cuma teringat Oyot. Dia memang rapat dengan Oyot juga. Call Oyot few times, tak pick up. Last bagi LINE mesej dan call Abah and Mama. Kot-kot ada simpan. Dua-dua pun tak pick up phone. Then, call Pak Su lah. Pak Su pulak tak ingat nombor telefon Yang. Tak lama lepas tu, Oyot text Yang number. Immediately call Yang, alahai tak pick up pula. Decided text her. She replied OK. 

Tak berapa minutes kemudian, mama call kata Mak Jang tak ada. Saya memang tak percaya langsung. Seem semua berhenti waktu tu. Terus matikan enjin, call Aina. Balik and packing barang terus balik Alor Star. When back as usual with 2 cars. 8 orang je la ni. Dah adik sorang dah kawin. Kami sampai rumah tok around 9.30pm. 4 Jam lebih perjalanan. Giler tak giler laju Dayah bawa! Dalam kepala memang nak sampai awal. Mula kata nak kebumi pukul 10pm, dah rasa tak sempat ni. Lepas tu second call kata jam 11pm. Fuhh, ada masa tapi masih lagi laju ohh. 

Sampai saja, orang memang ramai sangat. Sanak saudara dan kenalan Mak Jang penuh, luar dan dalam rumah. Masuk pintu rumah cari mak-mak dan pak-pak sedara. Nampak Mak Lang, terus Mak Lang cakap dia ni lah yang dapat berita dulu, sebab dia ALONG. Angguk sahajalah. Terus ke tempat jenazah. Nampak Tok sedang sedih. Salam dan peluk cium tok dulu. Lepas tu nampak Yang. Salam dan peluk cium Yang. Saya masih ingat saya kata, PLEASE BE STRONG. 

Nampak arwah Mak Jang dengan wajah tenang, senyuman dan wajahnya sangat putih bersih (lain sangat). Alhamdulillah. Rasa ketenangan di wajahnya. Terus baca Yassin dengan abah, mama dan adik2. Abah lead the reading. Lepas selesai semua, talk dengan few relatives yang ada. Baru ingat nak cari Makcik dan nampak Makcik tegah bancuh susu. Rupanya tengah buat makanan untuk Tok Wan. Allah tak jumpa Tok Wan lagi. Gegas cari Tok Wan. Tok Wan masih belum tahu apa. Tapi dalam bilik Wan memang ramai orang. Makcik bagi Wan makan. Tok Wan cuma boleh makan melalui tiub. Lepas bagi makan, Makcik cakap dengan Wan, "Pak Dok dengan Cheq naaa.. lepas ni" sambil kiss Tok Wan and cry. Sebak sangat waktu ni. 

Lepas tu adik Dayah naik, pesan "Along tok suruh bisik kat Tok Wan kata Mak Jang dah tak ada" Allah macam mana nak cakap ni. Saya minta Ali yang bisikkan. Ali bisik dia tak renspon sangat. Lepas kurang sikit orang dalam bilik dia, saya beranikan diri pergi ke telinga Tok Wan, bisik kata Mak Jang dah tak ada. Tok Wan masa tu pegang kuat tanggan saya dan tampak penat. Saya lepaskan pegangan Tok Wan pelan2, sebab jenazah dah nak bergerak. Turun bawah, Pak Su tak sampai lagi. Call PakSu katanya nak sampai lagi 5 minit, sampaikan pesan kata tunggu Pak Su dulu. 

Lepas itu saya ke dapur nak bercakap dengan Tok Sedara dan Mak Sedara yang ada, sekali siapa ntah kata Tok Wan tengah penat. Cepat-cepat lari ke bilik Wan. Memang Wan tengah penat dan dia nak bangun dari katil. Badan dia naikkan. Kaki dan memang bergerak. Masa tu Shatun dengan MakTeh tengah tenangkan Tok Wan. Sedut kahak Tok Wan tak jalan juga. Makin penat Tok Wan. Letak ubat pun tak jalan juga. Saya tolong Shatun pegang belakang Wan, naikkan sikit badan wan. Lepas tu dia nampak sangat penat, kami ajar dia mengucap dan someone say baca Yasin. Terus kami baca Yasin beramai2. 

Dah habis seround membaca Tok Wan masih lagi sama, makin penat. Lepas tu saya cari Tok, pimpin Tok naik jumpa Wan. Masa ini memang sedih. Tok cakap, 

"Ni Mak mai ni, tinggal dia setengah hari ja dah penat. Ni Mak ada ni. Anak dah selamat dah, tinggal kita ja ni......."

Wan cakap sesuatu tapi kami tak dengar. Selama ini Wan memang tak pernah cakap, kalau cakap butir percakapannya kami tak faham. Mungkin Tok, arwah MakJang and Makcik memahami. Paksu masa ini tengah tenangkan wan. 

"Ada apa?" 

Lepas itu Mak Tok cakap, anak dah tak ada. Tok Wan makin tak tenang. Dia meronta-ronta. Dia kata dia nak tengok. Allahuakhbar. Tok Wan ingat anaknya Azizah. Saya masih nampak bibir Tok Wan sebut nama "AZIZAH" saat itu. Dia nak tengok juga waktu tu. Pak Ngah kata ambil kerusi roda wan, tapi saya cakap lebih baik dukung Wan turun. Tapi masa tu tak ada siapa nak dukung Wan. Sekali Pak Tam datang terus dukung Wan sampai ke tempat Jenazah. Wan menangis masa nampak anaknya Azizah. Wan macam nak peluk-peluk anaknya. Sebak waktu ini. Ada seorang Tok Wan ini tenangkan Wan, "lepas ini kena ingat na" 

Lepas itu barulah, Jenazah di angkat ke Van Jenazah. Tok Wan sempat tengok moment tu. Lepas tu, semua bergerak mengiringi Jenazah. Tinggal saya dengan Tok Wan. Pak Tam datang angkat Wan balik ke bilik. Saya ingat tak apalah saya tinggal tengokkan Wan. Sekali Pak Ngah datang, nak pi masjid kereta tak boleh keluar. Abah pulak kata, "Mai bawa abah pi Masjid" terus tinggal pesanan kat baby, terus gerak ke Masjid. Memang niat awal nak mengiring Jenezah sampai ke kubur. Alhamdulillah sempurna. 


Dekat pukul 1 pagi segala urusan selesai. Balik Kubuq rupanya semua orang tak makan lagi, ada kanji itu sahajalah yang di jamah. Nak pi ketuk pintu rumah Mak Teh, dah bergelap pula. Apalagi, Dayah keluar tapau Nasi Kandar sahajalah untuk isi rumah yang tinggal. Sahur agak awal kami semua around 2 something jugalah. Esoknya saya nak kena pulang ke KL. Kerja masih menunggu, tinggalkan adik-adik untuk membantu apa yang patut. Kami akan pulang semula pada hari raya pertama. 

On our way back to KL, dugaan lagi apabila kami terlibat dengan kemalangan. Bukan melanggar atau di langgar kenderaan. Tiba-tiba di persimpangan Tapah, sedang kenderaan kami sendiri berada di Lane Kanan, tiba-tiba ada trailer yang memotong. Saat itu di kiri Trailer di hadapan Trailer. Memang kedua-duanya sangat laju. 

Ada tuan punya kenderaan yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB tak mengikat SPARE TYRE. Spare tyre yang drop atas jalan raya dan menghentam depan kereta saya. Terus kereta saya automatic natural gear. Tak boleh masuk gear langsung. Ke emergency lane dan Abah turun car. Tengok ada leakage. Sah hitting part of engine dah ni. Terus semua keluar dari kereta. Laju sahaja minyak campur air mengalir keluar dari kereta. Memang saya rasa sedih. Baru sangat repair dan habis beribu juga baru ini sebab engine rosak. Now another dugaan. Hermmm. Stress sangat masa tu. 


PEMANDU TAK BERTANGGUNGJAWAB itu tak rasa bersalah langsung. Lepas ikat semula tempat tyre dia terus pergi macam itu sahaja. GERAM! Yang kami tahu kami nak pulang cepat. 

Decided towing car sampai rumah. Kenalah RM650! Abah kata mahal but that the only option yang ada masa tu. Ok stop sampai sini dulu. Tak mood nak menulis tentang kereta. Kesian blackie :(

D_Y_H
Mood away............... semua bercampur nak buat rojak boleh nak buat ABC pun boleh. Silalah pilih. 
Salam,

A quick one.


Toleh kiri toleh kanan...
Baiiiiyaaaaaaaa.. itu HARI RAYA MAAAA...... 
Ohooooooooo... no HARI RAYA... IT'S DEBARAN DAY INSTEAD OF LEBARAN DAY... 
I have prepare with worst situation. Heeeee.... I took 2 papers... and the baby pun ada 2... so? hehehehe..

D_Y_H
Makin nak raya makin banyak pulak kherja ni.... huaaaaaa banyakkkkkk lagi tak siap.