Zakat Pendapatan & Tax rebate

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day,

HOH! Hutang lama yang saya peram dalam draft post! MasyaAllah, maafkan saya I2U. Suppose to revert to you year ago. Seeee....... adoilah. Apa nak jadi. Maaf. Maaf. Maaf. Ini jawapan saya kepada persoalan beliau.
Dayah baru sahaja received comment from i2U dari entry saya yang sebelum ini bertajuk: KELEBIHAN MEMBAYARA ZAKAT SEBELUM 31/12/XX. Asking about income tax and zakat.

i2u said...
Does it mean we have to contribute to two channels; income tax and zakat every month? then will get the rebate next year after zakat receipts submission to LHDN? right?
August 12, 2012 6:26 AM 

The answer is yes.  
Perlu ke tidak submit receipt pada LHDN? Jawapannya tidak. Yang saya lakukan.... lah. Submit yearly declaration to LHDN through e-hasil. Senang dan mudah. Tak perlu leceh-leceh nak do manual dan beratur panjang. Declare all your income and expenses (yang allowable to claim) and submit. Senangkan. Teknologi di hujung jari. Jadi gunakanlah.

Zakat rebatenya 100%. Dan zakat inilah kewajipan seorang Islam yang berkemampuan. Berzakatlah sahabat. Hah, macam mana nak kira zakat?

Pendapatan X 2.5% = Jumlah perlu di zakatkan. 

Nak lebih mudah, layari website zakat negeri masing. I'm sure calculator zakat sedia ada untuk membantu.

Receipt2 zakat saya selalunya simpan dalam satu file ikut tahun. Senang kalau-kalau di perlukankan nanti. Tapi harus ingat, bayar zakar tahun tersebut sebelum berakhirnya 31/12/XX. Jangan tahun 2013 di bayar pada tahun 2014, memang tak layaklah anda untuk dapat rebate zakat tersebut.

Oh ya, satu lagi. Berzakat kini pun sangat mudah, semuanya di hujung jari. Bayar melalui online dan pusat zakat akan kirimkan anda resitnya. Mudahkan. Jadi tak ada alasan untuk terlewat atau tidak terbayar zakar kalian. Herm, berat hisabnya kelak. Beringatlah sebelum ajal menjemput kita. Wang ringgit serta harta yang kalian ada bukan hak MUTLAK anda. Ia pinjaman dari Allah untuk kita bantu yang lain. Jangan lupa diri, kelak wang ringgit dan harta itu yang makan diri.

D_Y_H
Beringat2lah dan berpesan2lah kepada sahabat2 kita. Kerana manusia sering lupa. Harus di ingatkan berkali2. Kita juga dapat pahala, tak rugi pun :D. Selamat berzakat sahabat semua. 

0 comments: