Salam Penghulu Hari Sahabat

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Moga sahabat semua berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja :) 
Jumaat tiba lagi. Setiap Jumaat pasti ada gentar di hati. 
Adakah bakal bertemu Jumaat lagi? 
Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita bakal kembali :)
Peringatan buat diri saya dan sahabat sekalian. Hari-hari kita audit diri dan mulakan langkah berubah. Walau kadangkala langkah kaki sungguh perlahan. 


Betulkan tujuan hidup kita.
"To HIM is the destination"
Set dalam minda dan jiwa kita.


Dan setiap perbuatan kita jua lakukan kerana Allah, dengan itu apa jua ujian kita terima kita akan lebih tenang berhadapan denganNya. Allahuakhbar, saya admit kadang-kadang saya lalai dan tersasar. Bila teringat perjuangan sebenar kehidupan saya bangkit semula. Adakalanya jiwa saya jadi begitu fragile. Moga Allah lindungi kita semua dari yang buruk-buruk. 

Source picture: from tumblr

D_Y_H
I do hope to touch the snow again. May Allah bless our Friday.  

0 comments: