Ovarian Cyst: Operation membuang cyst 16 cm berjaya

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Lately banyak komen yang di tinggalkan berkaitan cyst yang Dayah received. Masuk blog memang hari through phone. Hehehe. Tapi komennya tak di dapat di baca. Ini barulah boleh moderate komen and read one by one. Andai ada komen yang belum saya replied maafkan saya yer. Terlepas pandang. Masa untuk bersosial di laman blog amat kurang. Walau macam mana pun Dayah akan cuba cari masa untuk ke sini dan membaca komen kalian. Terima kasih tak terhingga kepada all blog readers. Makin hari makin bertambah reader ke mari. Thanks. Moga apa yang saya kongsikan dapat di manafaatkan semua. Andai ada kesilapan dalam penulisan dan perkongsian saya maklumkan saya, dan saya mohon maaf ya. 

Hari ini saya mahu berkongsi cerita gembira seorang sahabat blogger yang telah berjaya menjalani pembedahan cyst. Alhamdulillah. Saya turut gembira apabila akhirnya, she did it dan doktor berjaya untuk tak membuang ovari beliau. Allahuakbar. Allah maha kaya. Kalau ikutkan size cyst memang besar sangat. Kalau saya di tempat Misya saya akan turut tertekan. Nak lagi Misya belum berkahwin. Faham perasaan Misya kerna saya punya cerita yang sama. Hari ini saya dapat berita dari Misya, saya turut rasa gembira. Sebelum ini saya pernah share cerita Misya di "Ovarian Cyst: Cyst Sebesar 12cm dan saya sangat takut". Ini komen terbaru dari Misya, 

Cinta Misy said...
Maaf lama tak tgok bloq dayah nie.. thanks dayah..cik cip puding n all..
alhamdullillah misya dah selamat jalani pembedahan pada 16hb Nov 2012. Major Operation..mcm org nak bersalin tue...huhuhu..
15hb doc pakar Hosp Besar Melaka bg tahu misya yang ovari mmg akan di buang sebelah..sedih sgt2..tp masih terus berdoa..semua doc yg dtg dr yg pangkat biasa sampai ketua pakar pun ckp benda yang sama...
misya pasrah dah masa tue.. 16hb misya bgun subuh2 solat n masih minta allah bg keajiban pd diri misya makbulkan doa misya.. "Ya Allah seandainya ada ehsan drmu Jangan amik ovariku...semoga dlm bilik operation doc ubah fikiran tidak buang ovariku" doa misya hari2 n hari terakhir sebelum bedah..pkul 8mlm misya masuk bilik bedah..pkul 12lbh keluar...Khamis doc dtg buat rawatan n bagitahu tentang pembedahan tersebut..Doc tanya tahu tak apa yg doc keluarkan masa bedah tue..misya ckp tahu..cyst n overi..tap misya Sangat Bersyukur..sgt terkejut bila doc bgtahu Ovari tidak di keluarkan hanya cyst yg sebesar 16cm dikeluarkan.. Ya Allah misya sgt bersyukur...Allah selalu dengar doa misya...n doa dr semua org..

to ma dear DAYAH..Allah bg keajiban tue pd misya dayah....u r rite ma dear..ALLAH SWT bless you always.. n all... ^_^
Alhamdulillah. Miracle kan. Allah is the greatest. Kalau kita rasa kita tak ada sesiapa nak mengadu, sebenarnya kita ada DIA. DIA yang selayaknya kita patuh dan taat. DIA selalu mendengar, cuma kita yang selalu lupakan DIA. Doakan saya juga, saya ada check up susulan lagi. 4 months ago, doctor dah detect another cyst on my right ovary. Saat saya tahu saya down. Tapi saya positif dan terus positif. This coming Monday I'm gonna have check up with Dr. Ras. Nak see the size. Hopefully it is not getting bigger or too big sampai saya kena go through another operation. Saya berharap tidak. Doakan saya sahabat sekalian. Kegusaran dalam hati tetap ada. Kalau bersendiri, acap kali saya di datangi soalan pelbagai. Tapi saya sering ingat diri, apa yang kita ada semua pinjaman. Nothing is belong to us. Doa senjata mukmin dan be brave and positif. Secara tak langsung, kita dapat beri impact positif dalam diri. 

Buat sahabat wanita yang lain, jaga diri dan kesihatan dan peliharalah diri kita. Setiap yang berlaku punya sebab. Bersangka dengan baik dengan ujian Allah. InsyaAllah kita akan tenang dengan ujianNya. 


D_Y_H
Bersangka baiklah sentiasa, supaya jiwa kita sentiasa tenang. Kalau kita marah itu tandanya, Syaitan telah berjaya menjalankan kerjaya menghasut kita. 

0 comments: