How I spent my raya leave ^^________^^

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

A lovely morning to all. I'm working today. 4 days yang sangat padat dengan aktiviti sana sini. How about you guys? 

Day 1 of raya - morning we're still in KL. Sempat solat raya di Masjid dekat rumah, sekian lama tak jejak Masjid dekat rumah. Selalu ke Putrajaya. Ramainya hamba Allah pagi itu, penuh sampai tak cukup-cukup sahaja ruang yang ada. Alhamdulillah. Selesai solat, kami lunch dulu. Sempat lagi saya, angah and Ally shopping. Hahahaha. Terus gerak balik Alor Star. Lamanya saya drive! Sumpah penat. Kejap laju kejap slow. Udah ler bawa manual, memang lengguh kaki. My Car still under maintenance. Apa nak buat. Lagipun banyak bahan makan yang di bawa pulang. Jadi haruslah bawa Car Abah. Sesuai. Reach Alor Star pukul 8.30pm. Memang lama giler. Sampai2 rumah Wan ramai orang. Tengok wan dan Tok. Sembang-sembang sat. Loading barang makan yang dah sedia masak. Terus gerak rumah Tok Dah pula. Tempoh hari masa balik tengok Arwah Mak Jang, langsung tak sempat singgah rumah Tok Dah. So sampai-sampai, Mak Ngah dah sedia dengan food. Oh, kami lapar. Makan-makan, solat2, mandi-mandi dan tidur-tidur. Ohhh.. ada lagi, lepas makan laju-laju pergi shopping. Beli beras dan kelengkapan lain yang tak ada for kenduri. Dari Tesco sampai ke Giant kami redah. Mula2 nak p dengan Angah je. Lepas tu Mama sibuk nak ikut juga dan tiba-tiba Abah pun nak follow eh eh. Bawa sahajalah. 

The very "Datin" has seen develop in her ;p

Mak Pak yang sibuk shopping. 

Day 2 of raya - Masak-masak for kenduri arwah. All Abah nak buat sendiri. Jangan membazir katanya. Dah suggest awal, ambil sahajalah katering senang. La .. la tu juga saya kena marah dan sempat jugalah bertekak dengan Abah. Kita tak mau dia penat (kita pun penat sama). Tapi as usual Abah ada sebab dia sendiri. Iyerlah. Turutkan sahaja. Anak dengarlah kata. Seawal 7.00pagi kami bersiap sedia memasak untuk kuantiti 250 orang makan. Untuk Abah dan Mama, jumlah ini kecil. Mereka selalu masak untuk kuantiti yang lebih banyak. Bahagi-bahagi tugasan. Mama buat gulai cair dan Cili Arab, abah cook nasi Arab dan Salad Arab and Me, cook sambal goreng dan Ayam Goreng berempah. Done masak around 11 pagi. Thanks to MakNgah Mah for utensil cooking. Periuk belanga semua MakNgah punya, boleh buka kedai dah. Hehehe. Elok masak semua, gerak ke rumah Tok Yam. Kami (gegirl) pergi lewat sikit (lewat sungguh kot.. hahaha) sampai Abah dah siap setting table buffet (cara dialah) adoilahh kena adjust sikit2 tengok air sikit sangat. Bancuh air setong lagi. Buah potong tambah, ketupat potong tambah. Beli ice tambah. Elok-elok tetamu sampai all setting done. Selesai kenduri lega. Lepas tu, kemas-kemas cuci periuk semua. Gerak p hantar rumah tok pulak dan Ally sibuk dok ajak p Kuala Kedah. Layankan. Dah lepas tu. Ajak Ally belanja kami pulak. Makan-makan dengan cousin2 sampai lewat 12pagi. Pheww, penat! 

Tolonglah! Ini kerja Pak Oth la ni. Ini bukan cateringlah Abah. Letak bunga bagai. Semuanya instant, meja main kaut rumah punya. Apa yang ada sahaja kita guna, konsepnya. 



Jemaah yang hadir untuk Majlis Tahlil, Alhamdulillah. Ramai yang hadir. Baik jemaah lelaki mahupun yang wanita. Terima Kasih.


Ini bilik Tok Wan and Tok. Masa ini ramai tetamu yang datang melawat Tok Wan. Wan demam sikit masa ini. Moga Allah sentiasa beri yang terbaik buat Tok Wan dan permudahkan segala urusan di muka bumi ini. Amin, insyaAllah.


Ini yang berlaku selepas basuh periuk bagai. Siap sapu sampah rumah. Buang sampah. Kami terjah Kuala Kedah. Abg Ally punya kerja. He insisting to go to that place, which I have no idea where he want to go. The next day, when go out with Mama and Mak Ngah, Mak Ngah kata this way to Perlis. Straight je and no traffic normally. Wah! Tapi masa limited. Next timelah. 


This is view from Jambatan Tok Pasai, Sungai Kedai. The village. 


Dan inilah lokasi yang Abg Ally nak sangat bawa saya pergi. NICE! Sampai-sampai dengan nak masuk waktu maghribnya. Sumpah lawa. Dan paling cantik dengan bulan sabit dan ada satu bintang di atasnya, very significant of raya. Feeling so blessed. Alhamdulillah. SubhanaAllah, inilah kejadian Allah. Allah is always the great. Syukur masih di beri kesempatan melihat dan merasai nikmatnya. Alhamdulillah.

Day 3 of raya - Having half day at Rumah Tok Dah. Masak-masak again just for rumah sahajalah. Abah pagi-pagi dah sibuk nak p Kuala Kedah beli ikan. Dia p dengan Pak Ndak and Pak Teh. Mama sibuk nak pergi juga. So we all when in another car. Segar bugar betul ikannya. Borong sakan lah jadinya. Balik, then terus masak. Me cook Sambal tumis ikan tongkol and goreng kacang panjang. Ally bakar ikan dan baby buat Air Asam dan Aina buat Air Bandung. Dan makan penuh nikmat. Best betul makan ikan yang segar-segar. Memang ikan tu direct dari nelayan. Naik je kami serbu. Kalau dekat KL ni jawabnya dah berminggu-minggu punya ikan. Frozen pun berlambak. Warna ikan pun dah tak segar. Untungkan duduk Kg. Sayur-sayur boleh beza sangat. Segar. Lepas dah kenyang perut masing-masing. Kemas-kemas barang masa untuk pulang. Ke rumah Tok Yam, sembang-sembang sat. Tengok Tok Wan dan Tok. Kami gerak balik around 6pm. Dan kami sampai KL 1.30pagi. Lamaaaaaaaaaaaa kot. Penat kaki drive manual. Atas highway at certain time just move 10-20/km tiring sangat. Kalau selalu saya tak give up drive sorang-sorang ini dah almost reaching selangor saya cakap dengan Ally, please drive. Cannot tahan anymore. My leg dah kejang masa ni. Nasiblah adik sorang ni boleh drive. Tak nak Abah drive. Biarlah Abah rest and pantau Ally drive. 


Jakun teruih! Ikan Sardin this big in front of my eyes never seen. Mak Ngah yang cakap ini Ikan Sardin, dok ingat ini ikan kembung. hahahaha. nampak sangat tak kenai ikan. kuang kuang kuang. peace. memang saya tak reti beza. Makan masak pandailah.



The jetty. Nelayan baru pulang dengan hasil tangkapan. Apa yang di jual memang sangat fresh from sea. Syukur. Best sangat dapat new fish. Manisnya.



1st Abg Ally with Damia and us with Baby Atun (alamak MakLong lupa tanya nama dia laaa). Masa ini kami dah sedia nak balik dah. 

Day 4 of raya - full day at home sahaja. Pagi-pagi,celik-celik mata terus lapar. Ingat mama cook, sekali memang ada nasi sahaja. Tengok tak ada apa, buka peti ais. Alah, ada telur sahaja. Tak apalah buat telor dadar and heat rendang ayam mama yang keras sangat dan goreng ikan pekasam. Mama tiba-tiba muncul bila saya dah siap goreng2. Mama cakap kita makan sardin nak? Saya ikutkan sahaja. Mama when out beli barang dekat kedai depan. Saya potong apa yang patut. End up, goreng sardin and cook kacang bendi dan drumet. Makan-makan. Pot pet pot pet kejap. Naik atas, pusing2 dalam rumah. Eh dah petang, mama cook cucur bilis pulak. Oh sedap! malam pulak, cook for baby Nasi Goreng Cili Padi with ikan pekasam hancuq + goreng nugget. Lepaih tu terbungkang dengan adik-adik, kononnya nak tgk wayang. Sekali tak jadi. Malaihh nak keluaq esok dah bekerja. 

And that how I spend my raya leave. How about you guys? Mesti beraya sana sini kan. Every year memang mcm itulah kami, penting sekali balik rumah tok and wan. Yang lain depa mai rumah tok jumpa sana. Selalunya saya memang tak ambil cuti raya. Simpan untuk exam. Begitulah tahun demi tahun. Bila nak habis exam? InsyaAllah saya sedang berusaha. 

D_Y_H
Masih terasa kepenatan, although its short but still can feel the raya. Enjoy your raya celeb! Oh ya, this year I didn't do any flower arrangement for raya pun kan. Alah, nak kena buat juga for home. Herm, mcm nak buat orkid theme. 

0 comments: