Dugaan Penghujung Ramadhan

Salam,

Redha atas ketentuan Illahi, our lovely Mak Jang Zizah sudah kembali bertemu pencipta. Alhamdulillah segalannya urusan pengembumian selesai semalam (hari sabtu) juga. Urusan pengembumian selesai, hampir jam 1 pagi. Setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada penciptanya, itu janji Allah pada kita semua. Moga roh Mak Jang tenang, aman dan selesa di sana. Jauh lah dari seksa kubur, amin. 

Segalannya bermula, Tempat jam 2.28pm bila saya menerima panggilan telefon dari number Mak hang sendiri. Dalam hati agak pelik. Petang macam Ini Mak Jang tak pernah telefon dan kenapa suara di hujung talian sangat berbeda? 

Suara di hujung talian - "Ini anak pemilik number telefon ini ke?"

Saya - "Saya anak sedara nya. Kenapa Puan?"

Suara di hujung talian - "Oh anak sedara, dia accident. Boleh tolong inform pada anak dia tak"

Saya - "baik, baik saya akan maklumkan. Macam mana keadaan dia" waktu itu saya dah dengar bunyi siren ambulan dan keadaan sangatlah kecoh. Suara di hujung talian juga tercungap-cungap. 

Suara di hujung talian - "dia tak sedarkan diri"

Saya terus mencari nombor telefon cousin saya Yang Ana. Allah, tak ada pulak. Waktu itu saya cuma teringat Oyot. Dia memang rapat dengan Oyot juga. Call Oyot few times, tak pick up. Last bagi LINE mesej dan call Abah and Mama. Kot-kot ada simpan. Dua-dua pun tak pick up phone. Then, call Pak Su lah. Pak Su pulak tak ingat nombor telefon Yang. Tak lama lepas tu, Oyot text Yang number. Immediately call Yang, alahai tak pick up pula. Decided text her. She replied OK. 

Tak berapa minutes kemudian, mama call kata Mak Jang tak ada. Saya memang tak percaya langsung. Seem semua berhenti waktu tu. Terus matikan enjin, call Aina. Balik and packing barang terus balik Alor Star. When back as usual with 2 cars. 8 orang je la ni. Dah adik sorang dah kawin. Kami sampai rumah tok around 9.30pm. 4 Jam lebih perjalanan. Giler tak giler laju Dayah bawa! Dalam kepala memang nak sampai awal. Mula kata nak kebumi pukul 10pm, dah rasa tak sempat ni. Lepas tu second call kata jam 11pm. Fuhh, ada masa tapi masih lagi laju ohh. 

Sampai saja, orang memang ramai sangat. Sanak saudara dan kenalan Mak Jang penuh, luar dan dalam rumah. Masuk pintu rumah cari mak-mak dan pak-pak sedara. Nampak Mak Lang, terus Mak Lang cakap dia ni lah yang dapat berita dulu, sebab dia ALONG. Angguk sahajalah. Terus ke tempat jenazah. Nampak Tok sedang sedih. Salam dan peluk cium tok dulu. Lepas tu nampak Yang. Salam dan peluk cium Yang. Saya masih ingat saya kata, PLEASE BE STRONG. 

Nampak arwah Mak Jang dengan wajah tenang, senyuman dan wajahnya sangat putih bersih (lain sangat). Alhamdulillah. Rasa ketenangan di wajahnya. Terus baca Yassin dengan abah, mama dan adik2. Abah lead the reading. Lepas selesai semua, talk dengan few relatives yang ada. Baru ingat nak cari Makcik dan nampak Makcik tegah bancuh susu. Rupanya tengah buat makanan untuk Tok Wan. Allah tak jumpa Tok Wan lagi. Gegas cari Tok Wan. Tok Wan masih belum tahu apa. Tapi dalam bilik Wan memang ramai orang. Makcik bagi Wan makan. Tok Wan cuma boleh makan melalui tiub. Lepas bagi makan, Makcik cakap dengan Wan, "Pak Dok dengan Cheq naaa.. lepas ni" sambil kiss Tok Wan and cry. Sebak sangat waktu ni. 

Lepas tu adik Dayah naik, pesan "Along tok suruh bisik kat Tok Wan kata Mak Jang dah tak ada" Allah macam mana nak cakap ni. Saya minta Ali yang bisikkan. Ali bisik dia tak renspon sangat. Lepas kurang sikit orang dalam bilik dia, saya beranikan diri pergi ke telinga Tok Wan, bisik kata Mak Jang dah tak ada. Tok Wan masa tu pegang kuat tanggan saya dan tampak penat. Saya lepaskan pegangan Tok Wan pelan2, sebab jenazah dah nak bergerak. Turun bawah, Pak Su tak sampai lagi. Call PakSu katanya nak sampai lagi 5 minit, sampaikan pesan kata tunggu Pak Su dulu. 

Lepas itu saya ke dapur nak bercakap dengan Tok Sedara dan Mak Sedara yang ada, sekali siapa ntah kata Tok Wan tengah penat. Cepat-cepat lari ke bilik Wan. Memang Wan tengah penat dan dia nak bangun dari katil. Badan dia naikkan. Kaki dan memang bergerak. Masa tu Shatun dengan MakTeh tengah tenangkan Tok Wan. Sedut kahak Tok Wan tak jalan juga. Makin penat Tok Wan. Letak ubat pun tak jalan juga. Saya tolong Shatun pegang belakang Wan, naikkan sikit badan wan. Lepas tu dia nampak sangat penat, kami ajar dia mengucap dan someone say baca Yasin. Terus kami baca Yasin beramai2. 

Dah habis seround membaca Tok Wan masih lagi sama, makin penat. Lepas tu saya cari Tok, pimpin Tok naik jumpa Wan. Masa ini memang sedih. Tok cakap, 

"Ni Mak mai ni, tinggal dia setengah hari ja dah penat. Ni Mak ada ni. Anak dah selamat dah, tinggal kita ja ni......."

Wan cakap sesuatu tapi kami tak dengar. Selama ini Wan memang tak pernah cakap, kalau cakap butir percakapannya kami tak faham. Mungkin Tok, arwah MakJang and Makcik memahami. Paksu masa ini tengah tenangkan wan. 

"Ada apa?" 

Lepas itu Mak Tok cakap, anak dah tak ada. Tok Wan makin tak tenang. Dia meronta-ronta. Dia kata dia nak tengok. Allahuakhbar. Tok Wan ingat anaknya Azizah. Saya masih nampak bibir Tok Wan sebut nama "AZIZAH" saat itu. Dia nak tengok juga waktu tu. Pak Ngah kata ambil kerusi roda wan, tapi saya cakap lebih baik dukung Wan turun. Tapi masa tu tak ada siapa nak dukung Wan. Sekali Pak Tam datang terus dukung Wan sampai ke tempat Jenazah. Wan menangis masa nampak anaknya Azizah. Wan macam nak peluk-peluk anaknya. Sebak waktu ini. Ada seorang Tok Wan ini tenangkan Wan, "lepas ini kena ingat na" 

Lepas itu barulah, Jenazah di angkat ke Van Jenazah. Tok Wan sempat tengok moment tu. Lepas tu, semua bergerak mengiringi Jenazah. Tinggal saya dengan Tok Wan. Pak Tam datang angkat Wan balik ke bilik. Saya ingat tak apalah saya tinggal tengokkan Wan. Sekali Pak Ngah datang, nak pi masjid kereta tak boleh keluar. Abah pulak kata, "Mai bawa abah pi Masjid" terus tinggal pesanan kat baby, terus gerak ke Masjid. Memang niat awal nak mengiring Jenezah sampai ke kubur. Alhamdulillah sempurna. 


Dekat pukul 1 pagi segala urusan selesai. Balik Kubuq rupanya semua orang tak makan lagi, ada kanji itu sahajalah yang di jamah. Nak pi ketuk pintu rumah Mak Teh, dah bergelap pula. Apalagi, Dayah keluar tapau Nasi Kandar sahajalah untuk isi rumah yang tinggal. Sahur agak awal kami semua around 2 something jugalah. Esoknya saya nak kena pulang ke KL. Kerja masih menunggu, tinggalkan adik-adik untuk membantu apa yang patut. Kami akan pulang semula pada hari raya pertama. 

On our way back to KL, dugaan lagi apabila kami terlibat dengan kemalangan. Bukan melanggar atau di langgar kenderaan. Tiba-tiba di persimpangan Tapah, sedang kenderaan kami sendiri berada di Lane Kanan, tiba-tiba ada trailer yang memotong. Saat itu di kiri Trailer di hadapan Trailer. Memang kedua-duanya sangat laju. 

Ada tuan punya kenderaan yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB tak mengikat SPARE TYRE. Spare tyre yang drop atas jalan raya dan menghentam depan kereta saya. Terus kereta saya automatic natural gear. Tak boleh masuk gear langsung. Ke emergency lane dan Abah turun car. Tengok ada leakage. Sah hitting part of engine dah ni. Terus semua keluar dari kereta. Laju sahaja minyak campur air mengalir keluar dari kereta. Memang saya rasa sedih. Baru sangat repair dan habis beribu juga baru ini sebab engine rosak. Now another dugaan. Hermmm. Stress sangat masa tu. 


PEMANDU TAK BERTANGGUNGJAWAB itu tak rasa bersalah langsung. Lepas ikat semula tempat tyre dia terus pergi macam itu sahaja. GERAM! Yang kami tahu kami nak pulang cepat. 

Decided towing car sampai rumah. Kenalah RM650! Abah kata mahal but that the only option yang ada masa tu. Ok stop sampai sini dulu. Tak mood nak menulis tentang kereta. Kesian blackie :(

D_Y_H
Mood away............... semua bercampur nak buat rojak boleh nak buat ABC pun boleh. Silalah pilih. 

0 comments: