You have 3 choice

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day,


Allah telah hadiahkan kita semua dengan akal yang cerdik, jangan biarkan ia sia-sia. Thanks to owner of this picture and quotes, I read it on twitter. A good share. 

2 perkara harus kita elak apabila membuat sesuatu keputusan:

- Apabila dalam keadaan marah
- Apabila dalam keadaan unstable mood/feeling

Semua yang berlaku bersebab, rukun Iman ke-6 Percaya dengan Qada dan Qadar. Saya bukan selayaknya orang menghuraikan rukun Iman ini akan tetapi sebagai seorang Islam, kita wajib percaya dan beriman dengan Qada dan Qadar Allah. Seperti dalam sebahagian petikan surah Al-Baqarah ayat 30:

.... "“Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”."

Allah telah menyusun sejak azali kehidupan setiap manusia. Apabila kita terlalu memikir duniawi, kita akan berasa susah akan tetapi jika memikirkan sebaliknya Allah akan permudahkan. 

D_Y_H
Ketenangan terasa apabila hati kita sentiasa mengingati Allah dan Rasulullah dan yakin Allah sentiasa ada walau apa pun dugaan yang di beri. 

0 comments: