It's another year

Assalammualaikum wbt & Salah Sejahtera & Good Day,

I know I have change.
But it is a good change, insyaAllah.


Moga hati ini terus memiliki cinta illahi, Amin. Cinta manusia tak kekal, tapi cinta yang SATU ini sampai ke sana kita bawa. Jadi menyintailah dan bercintalah seadanya. Kita tidak memiliki apa pun di muka bumi Allah ini, semuanya hanya pinjaman. Selagi Allah beri kita ruang bernafas, pergunakanlah sebaiknya. Jangan jadi manusia yang tidak tahu berterima kasih dan tamak.


Yap, inilah yang saya sering fikirkan hampir setiap hari. Menganggu fikiran. Tapi, kenapa perlu fikirkan yang bukan-bukan? Ini cuma akan menambahkan kesusutan dalam kepala sendiri. Manusia selagi boleh bercakap akan bercakap semahunya, tanpa fikir pun apa yang di tuturnya sudah melebih. Kalau kita sedar, lebih baik kita muhasabah diri semula. Kadang-kadang memang salah kita. Jadi perbaiki. Dari dulu saya memang seorang pemikir, hal yang kecil pun mahu di fikirkan. Sampai satu masa, ada seorang hamba Allah yang menegur, apa yang di fikirkan sangat duniawi. Listen, digest and walk again. InsyaAllah, saya cuba perbaiki kelemahan itu. Fikir tanpa solution adalah sia-sia.


Ini yang saya mahukan. Terus senyum dan memberi senyuman. Alhamdulillah semalam adalah hari di mana saya, 29 tahun dahulu saya di lahirkan ke dunia. Thanks Mama and Abah, without you I"M NOTHING.

For my beloved sisters, SORRY sebab tak buka pintu masa you guys nyanyi happy birthday. Because I'm about mamai2 that time. Dengar macam orang menyanyi tapi macam angin lalu. I when sleep early yesterday.

Thankful to Allah that finally you remember. I must remember that your brain is reliable only for 30 minutes ;p hahahaha. After that I have to remind you again. Makan banyak kismis sikit boleh? Kurangkan minuman bergula, saya syak banyak kandungan semut di dalamnya. You have become so blurred these days. So many things stuck in your mind, till you didn't know which one to prioritize. Actually you know, but the fear has STOP you.


A lot more to learn, well life is about learning. Hari-hari kita belajar. Ada pelajaran yang berguna dan ada pelajaran yang perlu kita jadikan sempadan dan tauladan.

D_Y_H
"Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari. Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat. Puas kita menangis, mencari di mana matahari? Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..." InsyaAllah. 

0 comments: