Pemerhati dan terus memerhati

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

POST on TWITTER and FACEBOOK about PRU#13 makin mengila. Makin di baca makin rasa kenapa ni? Makin di curah-curah api yang kecil membesar. Kini tumbul pula headline newspaper yang mengunakan bahasa yang kurang sesuai pada hemat saya. 

Tidak di semak sebelum di cetak? Atau sengaja? Baiklah, saya bukan orang untuk menilai kerja kalian. Yang pasti, sila baca semula. Sentimen apa yang kalian cuba wujudkan? Ia sungguh berbaur perkauman. Kita mahu Malaysia yang makmur dan aman. Stop talking about racist. 

NO POINT! Now onwards, bekerjalah untuk masa depan. Berfikirlah bagaimana untuk menyelesaikan. Bukan tambah-tambah lagi kemarahan. Berhentilah bermain api. 

Buat sahabat-sabahat yang berbangsa Cina, maaafkan saya andai ada terkasar kata. Walaupun kita berbeza bangsa dan pegangan agama, namun kita masih berpijak di bumi yang sama dan berstatus warganegara Malaysia. 

Buat sahabat-sahabat yang sebangsa dan seagama, tolong hentikan isu perkauman. Analisis diri dan cari di mana kelemahan diri. Jangan cuma menunding tanpa berfikir. Tiada apa yang selesai. 


Regards, 
Dayah
Let work for better Malaysia and Malaysian. 

0 comments: