SKD: Ciri ciri lelaki bujang

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Note: SKD=Search Key of the Day


Amboi amboi ada juga yang cari key word begini yer. I doubt this mesti kerja gegirl kan. Yang was-was lelaki ini bujang ke dah kawin? Orang lelaki selalu kisah wanita itu dara lagi atau tidak. Dan tidak mustahil seorang wanita juga perlu kisah lelaki itu teruna atau tidak. Adilkan. 

Dayah sebenarnya bukan mahu bercerita lanjut tentang SKD ini, cuma pelik dan mahu berkongsi. Hakikatnya saya sendiri tidak tahu bagaimana cirinya seorang lelaki bujang. Selain dia sentiasa sendiri atau tinggal bersama dengan keluarganya (bukan anak isterilah). Tapi kalau PJJ (perkahwinan jarak jauh) memanglah selalu nampak dia sendiri. 

Dan tak mustahil ada yang merahsiakan status mereka. ADA! Siapa pun tak tahu dia bukan lagi bujang. Atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa merahsiakan status dia. 

Till meet again, ciau ciau.
D_Y_H

0 comments: