Assalammualaikum wbt

Hai awak-awak semua, hari ini kan kits received order goods for our weekend work. Alhamdulillah, hopefully ini permulaan yang baik.

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day, 

Amaran: Awak kita bebel bebel je ni taw *PEACE .. sambil angkat dua jari*. Kepada para wanita mahupun para lelaki nak terasa silakan, tetapi ambil yang positif dan fikirkan.

Hai semua . *senyumlah, tak mo monyok2 k. Esok, Sabtukan. Chill bebeh!*
Ha....... jangan ada yang terasa sudahlah ya. Saya cuma terlintas untuk berkata tentang isu ini, memandangkan terkesima apabila mendengar tentang al kisah al lelaki al ikutan al teman wanita lah. Berapa banyak al.... daaa.... Fening. Fening. Feninglah ente. 

Mahu tak, pening. Kalaulah dia isteri kalian tidak apalah. Ikutkan sahaja. Tapi ini? Baru kekasih kot! HARAM pun nak sentuh-sentuh. Mengada, OKEH! Nak merajuk2. (Lol, Dayah hang memang tak cool okay.. hee I am)

Meh nak habaq, kepala hang buh tang mana? *Dayah tanya hang la naaaa....*
Tang mana? *cuba, hangpa semua pikiaq sat*
Allah kurniakan akal yang cukup untuk di guna sebaiknya, tetapi malangnya segelintir yang BODOH SOMBONG guna cara yang salah. Padahal tahu ia "salah". 

Sesetengah individu cukup tahu ia salah. Tetapi entah kenapa teruskan jua, *hidup penuh dosa =.="* Iya kita manusia biasa tak lepas buat dosa. Benar ini. Tapi bukankah kita patut berubah? *fikirkan*

Yang saya rasa sangatlah annoying ni. Apabila, si lelaki mengikut saya kata teman wanita. Di ulang teman wanita. Okay, as for me ada certain permintaan itu logik dek akal untuk di ikut tetapi ada sesetengah perkara alahai langsung tak boleh terima akal okeh!

"Awak jangan sesekali keluar dengan officemate awak taw" Waaah, jatuh rahang kalau jumpa "wanita" sebegini. Eh Eh Eh, ada taw. It's goodlah intentionnya menghalang perhubungan bukan mahramkan. Tapi yang awak keluar dengan teman lelaki awak tu? Saya pelik. 

Itu cemburu BUTA *hati buta* Common lah wanita, he is not even you husband! Kesian dia nak berkawan dengan teman sekerja pun dah tak boleh.


Senang sangatlah nak selesaikan masalah kamu ni wahai lelaki. Kahwinilah dia. Tok sah pikiaq belanja kawin yang mahal tu *tahu* apa yang penting kamu berdua itu halal. Dan lepas tu, lantak p la kat hang pa. Kurung sahaja suami anda itu di rumah tanpa perlu berkawan. Heee, peace^^

D_Y_H
In relationship MUST have trust. Kalau waktu bercinta ini *belum tentu JADI taw!* dah kongkong sangat, esok kawin? *akan kawin ke? dia tu .. di takdirkan untuk awak ke?* tak taw macam mana, entah-entah si lelaki tadi bosan dengan sikap anda dan terus minta putus. Lepas tu? *cry..cry.cry, tak de makna dah* baik berubah. Build your TRUST bebeh. Kawin je la cepat2! Sah sah dia AWAK YANG PUNYA!
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day, 

Bandung lagi?
Heeee.... for 2nd time for this year. 

PENAFIAN: Saya bukan peniaga yang ambil barang dari sana. Tapi untuk masa akan datang mungkin. (sebab saya masih lagi bekerja makan gaji .. heeee.. nanti dah berhenti, InsyaAllah adalah product from Bandung yang mahu saya niagakan)

Kali ini banyak gambar kot. Meh kita tengok gambar meh,





                            


In short, BANDUNG SURGA TEKSTILE!
Benaran ni.
Material dekat sana pada saya lebih murah dan terkini. Gambaq ambik ni tak la cantik sungguh, tapi mata yang melihat ini, bagai dah jatuh hati berkali-kali sampai lupa nak snap picture. Hasil tekstile buat diri saya sendiri rasanya ada dekat RM300 saya habiskan. Dapatlah dekat 9 pasang. Paling saya suka Italian-Cotton, sumpah puas hati. Tak snap picture da. Sampai si SRI ni teruja, tengok sahajalah muka dia tu. Terkezuttt. He he he. 

Mana nak cari kain-kain ni semua? 
Mana lagi terjahlah ke Pasar Baru. Sepanjang Empat hari kami di sana, hari-hari kami ke sana. PERCAYALAH! Ha ha ha. Kalau bawa banyak lagi ongkos, memang senget kapal terbang itu di buatnya kami. Saya rasa teruja dekat sana, mana cash mana fikir berpuluh kali dan ter"swipe" credit card. Agagaga. Gigit jari lepas membeli, okeh! Bahaya, kalau dah rambang mata. But but but, to be frank saya beli hari terakhir. He he he. Lepas kena paksa dek adik saya, beli la beli la beli la. 

Banyak wang saya yang habis dekat makanan kot! Okeh sometimes, they do call me FOOD GPS! Aigooo. Sabar je la. Mana lubuk pun taw, katanya lah. Tapi hakikatnya bukan semua, I just know certain place yang capai piawaian tekak saya pun. 







Inilah bandar Bandung. Kalau tak sesak dengan kenderaan, sesak dengan ramai orang. Hari-hari jalan-jalan raya penuh dengan kenderaan. Macet! Sepanjang percutian kami kali ini, kami menggunakan perkhidmatan ANGKUTAN! Yezzaaa, best! Jangan takut sama dengan orang tempatan. Mereka ramah-ramah dan baik. Kami ada beberapa kali salah menaiki angkutan tapi selepas bertanya, terus di jawab dengan baik. Siap bersembang lagi dengan mbak2 dan ibu2 di dalam angkutan. Dengan adik-adik sekolah pun ramah di sana. 

Mana nak cari Blue Bird di Bandung, tak silap saya. Kami di maklumkan cuma terdapat 200 teksi bluebird yang berdaftar di Bandung. haaaaa.. mana nak cukup. Kalau di Jakarta lain cerita, pantang nampak ada je nampak bluebird and frankly, bedanya teksi di Jakarta dan Bandung. Jakarta (jikalau menaiki BlueBird sahaja) pemandunya lebih jujur. Kerana? Mereka menggunakan meter sepenuhnya. Di sini (bandung) siap main tawar-tawar dengan kita lagi tu, sedangkan berdaftar. *alahai, macam dekat Malaysia tak macam tu kan?* Jadi saya pilih bluebird kalau ada. Tapi malang sukar untuk mendapatkan bluebird di Bandung kerana pengusaha tempatan sudah ramai, mungkin kerana itu sukar mereka mahu menempatkan diri di sana *rasanyalah* dan nasihat saya, kalau naik angkutan. Jangan tertipu! Bayarannya amatlah murah! Tanya orang tempatan mereka akan jujur menjawab berapa jumlahnya. Kalau tanya si tukang angkutan memang kena tipu je la kan. 

Bila berjalan ni, kami gemar drop and walk. Lebih mengenali tempat tersebut. Lagi pun kali ini kami tinggal di homestay. Yezza, memang best sangat tempat ni! Selain murah, pembantunya baik sangat-sangat! Mintalah bantuan apa sahaja akan di usahakan sebaiknya. TERIMA KASIH ya. Kami akan datang lagi. Kami menginap di BUMINA NIE-NIE FAMILY GUEST HOUSE, di Jalan Wira Angun-Angun. Bila tanya angkutan ke teksi ke mereka mesti puas fikir tang manalah tempat ni. Sangatlah dekat dengan Factory Outlet (FO) di Jalan Riau. Jalan kaki 10-15 minit. Its good to walk than naik kereta, waste time due to traffic congested. Kawan tersebut merupakan kawasan yang penuh dengan rumah-rumah agam yang besar-besar, kata orang ... tempat orang kaya ni!  Best duduk sini. Rasa macam duduk rumah sendiri, plus mengikut kata pengusaha rumah ini. Di kawasan ini sahaja, harga rumahnya tidak terlalu mahal dan siap offer if we want to buy she can help us. Rupanya dia seorang lawyer. Ohmaiiiiii, dia sangat low-profile! Mama saya lagilah, dengan sikap ramah-tamahnya memang dia awal-awal lagi dah sembang sakan dengan aunty tu. Peramahkan. 







That sekitar kawasan guest house. Tenang sahaja tempatnya. Oh ya, WIFI PERCUMA! Yezzaa, memang haruslah kan. Nama pun blogger. Walau tak update secara life, hahaha. Tapi posting secara immediate ke dalam twitter dan instagram adalah secara langsung, kekeke. This place type of Bed + Breakfast. Okay la kan. Nak taw berapa rate dia, boleh check dekat FB dia di sini. Apa lagi yang best? Oh ya, yang bestnya adalah BAKSO! RM2.50 makan sampai kenyang sangat! (of coz la Dayah tak makan, but my sister angah, sri and patin yang makan) dia orang dok teringat2 BAKSO ni hatta sampai sekarang. Terlampau sedap katanya. Di jual di tepi-tepi, dengar je dia jerit2 BAKSO tahan terus makan. Tapi hati-hati bukan semuanya sedap. Bernasib baik jumpalah yang sedap tu. Tips dia, kata Sri cari yang NAMPAK BERSIH. InsyaAllah sedap. Kalau makan di gedung-gedung memang tak sedaplah. Kena cari juga yang kereta tarik tu. Memang sedap. Ada satu tu makanan dia yang macam rojak tu, apa lah haiiii namanya... memang sumpah sedap. Tepi jalan juga. Bila tempah di kedai2? Herrmmm hampeh. 

Tapi kan .. kan... kan.... ada satu kedai ni. Sedapppppppppnyaaaa... dan cantikkknyaaaaaaa....... taw mana? he he he.. sebelum ini Dayah ada sebut juga. Taraaa.....




Sorry la kawan-kawan, gambaq tak banyak. Yang pasti saya sangat gemar suasana di sana. NYAMAN dan HARUM sentiasa. Dengan sejuk-sejuk dan deruan air terjun sungguh mendamaikan hati. Sangatlah di syorkan untuk singgah dan makan di sana. Baik pergi pada malam hari, kerana suasananya lebih romantis. Sesuailah kalau2 ada yang pergi bercuti dengan keluarga tercinta. Ada sejenis pokok ini, harus dan bunganya terjuntai ke bawah. Macam yang Aten tunjuk tu. Mama saya memang teruja sangatlah. Sampai nak bawa balik anak benihnya. Aduhai. Ingat lepas? Memang tak lah. Puas juga saya kata padanya, "tak payah la mama" Dia boleh nak minta tolong bapak yang bawa kami jalan-jalan tu dapatkan anak pokoknya. hahaha. mama .. mama... mujur saya bertegas kata TIDAK! Kalau tidakkkkk naaa laaa.. kena tahan. 

Dan dan dan paling syok taw ke mana? Sini haaaaa....















Haaaaa... rasakan.. banyak gila picture saya masukkan. He he he. mesti lembap gila nak buka page saya kan. Ampun ya, keterujaan melanda.. ekekeke. 

Tempat di atas namanya Tangkuban Perahu. WAJIB pergi, andai kata kalian berkesempatan ke sana. Bau Sulfur ada dan tempatnya sejuk! Dan hari tersebut sedikit tidak baik nasib kami kerana, cuaca berkabus. Bukan sikit2, jarak pemandangan adalah dalam 10-20meter. Tak best taw! Tapi kan tapi kan. Kalau kalian ke sini. Jangan teruja sangat membeli ya. Sebabnya di bawah (tanah rata) terdapat benda yang sama dan harganya lebih MURAH! Tapi kan, jauh di lubuk hati saya kasihan dengan peniaga-peniaga di sana. Kerana barang jualan mereka hampir sama dan mereka cuma berjalan kaki dengan tangan kira dan kanan mereka padat dengan barang jualan. Poor them but sorry, tak boleh nak beli. Sebab barang yang di jual sesuai untuk berada di tempat sejuk dan key-chain. Hermm, jalan sahaja di bandung terutama di Pasar Baru, ramai sahaja anak-anak muda yang menjualnya dengan harga yang lebih murah serta quantity yang banyak. Apa pun pilihan di tangan kalian. Mama saya sempat rembat bekas nasi. Unik! Tapi sampai la dia tak pakai2 hahaha..  Mama nak juga sebat senduk2 kayu yang cantik, tapi saya halang. Alihnya saya yang menyesal. Sebab tak jumpa dah dekat bawah, thus harga dekat atas tu tak la mahal mana. huhuhu. MENYANYI LAGI MENYESAL SAHAJALAH!

Ohhh.. panjangnya.... baik saya hentikan dahulu.. sebelum lebih panjang saya berceloteh yang bukan2 hehehe.. well.. enjoy reading and many thanks for dropping. 

D_Y_H
Saya akan ke sana lagi.. yihaaaaaa... jalan-jalan di bumi Allah yang maha luas ini.. terokai kebesaranNya. 
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day,

Senyumlah.... kerna....
Bertebar manusia di muka bumi ini
Dengan bertebar dengan kegembiraan, kesedihan mahupun kesusahan, kesenangan.
Walau apa pun rintangannya,

Laluinya dengan tenang dan sabar.
Allah sentiasa menguji hambaNya.


Quote from Novel, "Nah, untuk awak!"

"With you guiding my steps, we'll achieve an-Najah in this world and hereafter, dengan izin-Nya, Amin Insya-Allah"

D_Y_H
Hope to meet more wonderful people.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

How are you?
I hope everyone is fine.
Few month ago (lamanya nak updatekan.. hahaha), I went to Bandung and the best part is... it is sponsored by the company. Heeee. Bestkan. 
Actually, this trip a supposed to be happened last year in September. Since, everybody is busy.... busy and busy.. so postponed. Till last March, barulah jadi.

I'm flying for the 1st time with Garuda Airlines and I would agree with my friend, Daniel. It is much better than flying with AirAsia.



Stay: Arion Swiss Belhotel.
No.of day: 3D2N
Intresting place to go:

1) Tangkuban Perahu



Bertuahnya kami pada hari itu sebab? Angin sangat-sangat kuat! Windy. Rambut2 semua terbang. Cer tengok gambar bawah ini sebagai bukti (my colleagues)

 
Kuat giler anginnya. Bau belerangnya, bukan main kuat lagi. Kalau orang tak tahan memang cepat-cepat nak masuk kenderaan. Bayaran naik ke atas ini berapa ringgit entah. Lupa la pula. Nanti saya update yer.

2) Picking Strawberry (selain dari Cameron)


3) Dinner at Kg. Daun - Cantikkkkk taw tempat ni. Makanan dia pun sedap! Recommended to go. Price wise, berpatutan dengan tempatnya. Reasonable.


4) Pasar Baru - lots of choices and cheap place. But careful of your beloging. Sepanjang jalan nak ke sana (walking distance from hotel) di titip pesan oleh orang-orang di sana (nice kan) "hati-hati ya embak" bukan seorang, ramai yang meninggalkan pesan. As usual knowing that place is crowded, I won't bring handbag. Kept all money dlm poket and pakai baju yang labuh. Not even passport, why? Can keep in safe @ hotel. Seperti juga Tanah Abang, ke tempat begini baiknya datang seawal mungkin. Harganya bisa di runding serendah mungkin, kata mereka "pecah telur". Nak pulang saya sesat okay, hahaha... tak jumpa jalan nak keluar. Panik kejap kami. Mujur orang sana baik-baik. Tunjukkan jalan. Mahu tak panic, Pasar Baru tidak termasuk dalam tentative jalan-kalan kami. So, ini adalah aktiviti jalan dan redah sendiri. Sejam sahaja okay! Pengsan. Mahu tak, saya memang nak sangat cari baju muslimah. Alihnya terbeli 3 helai kain! Kahkahkah. Dan kawan office saya yang kononnya, "Alah Kak dah habis jutaan rupiah ni" alihnya terbeli juga beberapa helai.. heeeee.. lagi best, kawan office saya juga. "Saya nak beli sikit je" alihnya ter "swipe" credit card and beli kain for the whole family. ekekeke. Gila tak kami berbelanja. hehehe. Sapa-sapa ke Pasar Baru pastinya jadi macam kami juga, andai kata terjumpa yang berkenan di hati.
5) Factory Outlet - banyak sangat, but not for people like me. Tak ada langsung pilihan. Kecik hati, hahaha. Tak apa, I LIKE sebab duit saya jimat. hee.. boleh over berbelanja di pasar baru. Di situ pun sekejap je dekat lima ratus juga saya habis. Itu untuk diri sendiri tu.

In short, Bandung = Shopping heaven. In May lepas, saya ke Bandung lagi dan tentunya explore yang lebih2 lagi he he he (nantilah saya sharekan tips-tips yang lain lagi ya). Kali ini, jalan dan redah. I'll make sure masa tak di habiskan di atas kenderaan. It is really a waste. Nasihat saya, if you want to go to bandung don't go to Jakarta. Just a waste of time. Jika mahu, biarlah melawat Jakarta sahaja dan bandung sahaja, tetapi kalau kalian ada masa sehingga 5 hari ke sana bolehlah pergi kedua-dua tempat sekali. Bedanya, Jakarta is city with lots of people. Crowded and always jammed. Bandung juga, tetapi tidak sesesak Jakarta. But I prefer Jakarta for shopping, mungkin di sana pilihan baju plus size lebih banyak. Cuma pergi sahaja ke Sendayan City. Ada satu shopping place, jual lot of choice untuk plus size. Dan corak-coraknya sangat cantik berbanding di Malaysia. Sebab saya rasa di diskrimanasi. Orang yang besar2 ini di letaknya corak yang besar2?? Orang yang kecil-kecil coraknya comel2, eh eh eh.

Plus size di Malaysia sangat tak menarik dan terlalu over price. So better, beli kain dan tempahlah ikut selera. Tapi selalunya saya malas mahu membeli kerana tidak tahu nak tempah baju di mana. Tukang jahit sekarang pun mahal-mahal. Pelik tak pelik, pendapatan isi rumah tidaklah naik mana. Tapi service price yang perlu di bayar sekarang sangatlah mahal. 

Malaysian, are you out of your mind? Jual barang-barang mahal dan kemudian siap ada yang terlalu sombong. Pernah satu ketika, di sebuah kedai tudung. 
"Kak, RM15 boleh?"
"Fixed price, nak ambil banyak ke? Orang ambil banyak pun itulah harganya" Herrmm.. kakak ini sungguh sombong. Dan ramai yang punya etika berniaga sedemikian sekarang, "take it or leave it" wah. Hebat! Kuasa membeli di tangan peniaga sekarang. Itu berlaku pada adik saya la. Saya kalau dah orang cakap macam itu, senyum dan terus keluar sahajalah. Nak beli terus mati niat.

Dan pernah juga, di kedai sate. Kebetulan saya nak beli 1000 cucuk rasanya.

"Kalau RM0.50 boleh? Banyak ini saya nak ambil dik" kata saya.
"RM0.70, orang ambil 20,000 cucuk pun harga itu" katanya dengan sombong. Mak aihh. Alihnya saya beli di kedai lain sahajalah.

It's a learning for me. Esok-esok jangan bercakap sombong dengan pelanggan. Saya masih belajar. Talk nicely and explain why cannot. Barulah pelanggan tak salah faham. Mengata awak tu sombong benar.

Cukuplah dahulu ocehan saya kali ini. Jumpa di next Bandung catatan. Lebih banyak saya mahu kongsikan. InsyaAllah.

D_Y_H
Hidup perlukan pengorbanan tapi jangan sampai kalian terbeban.

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day,

Mata kurniaan illahi buat kita melihat betapa indahnya ciptaan illahi dan dari situ akal kita mula menafsir.

Akal yang di anugerah itu jangan di sia-siakan. Buatlah penilaian kalian yang cerdik bukan berlandaskan nafsu.

Dalam membuat penilaian kita tidak selalunya benar, kerna itu pendapat yang lain itu perlu.

Bila berfikir, jangan meluru dan terburu-buru serta malas. Buat rujukan.

Gambar yang tidak bermotif apa2.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day, 

Ha... ayookkk. 
Tak taw nak kata apa. Saya pun pening, kenapalah saya macam kena gam tiap kali pandang dia. Hilang semua rasa sakit hati. Boleh? Ish la. Hebat sangat ke dia ni? Haaaaa, sejak kenal dia memang dah jadi tabiat tengok dia. Eh awak ni. Tak jaga mata kan. 

Tapi kan awak-awak semua, kadang-kadang mata kita ni nakal taw. Benda yang Allah larang suruh di jaga itulah yang kita nak tengok berkali-kali. Alahai. Kalaulah dia seorang Islam. ...........

Dia ni, kejadian tuhan yang sempurna dan saya kenalinya kerana ASST. Kalau tak sumpah, memang tak tahu siapa dia. Tapi kan saya memang tak tahu dia siapa pun. ha ha ha. Yang saya tahu dia adalah klon Hilman Yong yang di gambarkan dalam dunia realiti. Ah sudah, asal ada rasa tak best je, mesti nak cari Hilman. Nak tengok je dia senyum, terus hilang semua masalah. Fuh! 



Wooohaaa... gila tak hot! Hahahaha
Aicehhh pandai Dayah kan. Nak hot saja.Terus terasa nak pergi terengganu sekarang juga. Nak pergi tepi pantai nak suruh Hilman ajar tunggang kuda. *hew hew hew* pengsan kuda tu nanti Dayah oi! hahahaha 

Tapikan betul laaaa... saya rasa macam nak belajar tunggang kuda. Masih belum terlambat kan. Mesti bestkan. Tunggang kuda di petang hari sambil menikmati mata hari terbenam di tepi pantai. Wow! Terujanya saya. Bercerita ini pun dah terbayang-bayang kedamaian suasana. Alahai. 

D_Y_H
Pssst, agaknya lah kan ada tak Hilman dalam realiti?
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day,



Andai saya boleh membuat keputusan segera, saya mahu .... ibarat merentap benang pada kain tanpa merosakkan kain tersebut. Terkadang terasa kebodohan terlampau. 

Perlu tak mengulang kesalahan yang sama? Tak perlukan. Tapi saya??? Acap kali mengulangnya, sampai saya sendiri tidak pasti apa lagi yang harus di lakukan. 

D_Y_H
Manusia buntu lagi celaru.

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Tajuk ini bersempena trending twitter last 8th June 2012. Best betul baca, ada macam-macam wishing list. Enjoy! Dan saya tak lepas juga turut sama. 

Start with no.10

10. ten_give what ever mama & abah wanted!
9. nine_maafkan semua orang .... *its not easy, mulut kata ya, hati sebaliknya* #praying
8. eight_nak sangat pergi PALESTIN! Sangat2 mahu!
7. seven_jejak Mekah & Madinah
6. six_enough about money! Now to ensure yang 5 perkara fully terjaga!!! Solat, Puasa, Zakat, Ibadah, Aqidah
5. five_after resigned then MUST help my Abah! and its being my dream to be listed #dreaming again.. hahaha
4. four_RESIGNED from this work! honestly from day to day it became worst!
3. three_buy BMW.... woohaaaa .. dream.. dream.. dream..
2. two_to be CEO hahahaha #dreaming
1. one_to get CA for Malaysia and International

Hohoho..... baca... baca... baca.... belum satu pun saya laksanakan. Perlahan-lahan. Kata orang kayuh pelan-pelan. Baiklah! Ikut flow no kot? Hahaha.. adoii gila lama. 

D_Y_H
Banyak betul dream saya kan. Moga di permudahkan.

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day, 

Sumpah rindu!
Just read 1 novel story about KK!
OMO! Terus emo, teringat masa lepak2 dengan bff dekat tepi pantai sambil pekena sayap ayam khan. Aigooo, rindu sangat kot. Kalau nak p ramai2, naik kereta. Kalau tak bermotor makan berdua atau tapau makan ramai2 dalam bilik. 

Mee goreng ayam dia pun, Dayah rindu! Sanakan makan apa pun ada semangkuk sup. Apa lagi jadi banjir mee goreng tu, sudahlah tu batang sawi dia makkaiii tercekek kalau tertelan. Tapi tipuuuuuuu la kalau tertelan, dah di potong besaq2. Butalah kalau tak nampak, kahkahkah. 

Rindu sangat nak bawa motor malam-malam kat KK. Buat keje gila, cari gula tengah pagi buta. Aduhai, pengalaman sungguh. Sebabnya kami nak stay up untuk exam esok. Dayah? Jangan di tanya. Saya lebih layan tidur kalau saya dah memang mengantuk. Apa pun tak masuk kalau di paksa.


Itu cerita kampus. Dan saya sangat gelap! Sebab? Saya penungang motor yang tegar waktu itu. Ini buktinya,
Perasan YB kampung kejap! *PHITAM!!! hahahahaha
Cerita di kolej lain pula. Kerja kami, beramai-ramai kumpul makan sama-sama bila hari outing. Tempatnya tentulah bilik Dayah. Bancuh aiyaq satu jug minum ramai-ramai. Keluaq naik teksi sapu p pasar malam. Balik sebelum pukul 6 petang (eh ke 7??) Lepas tu study ramai-ramai, lepas tu berjemaah sama-sama dan paling best bentang empat tilam tiduq la sampai dekat 8 orang secara berjemaah. Hahaha. Best sungguh. Especially bila ada projek banner. 

Keluar pergi bandar Melaka sama-sama, naik bas. Oh bestnya! Sekarang jangan haraplah saya nak naik bas. Balik-balik si hitam tu juga saya pandu ke sana ke mari. Banyak jasa si hitam manis itu. Dialah yang bawa saya pergi seawal pagi dan selewat2 malam dari kerja. 

Dan semua ini dah tak mungkin dapat di ulang dengan mudah. Call and chill out. Sangat-sangat sukar. Contoh paling dekat, teman sekolah merangkap kolej ajak keluar hujung minggu tapi saya terikat dengan job. Aduhai. Masa kita tidak sama lagi. Sering sahaja tidak kesampaian. Mungkin juga kini masing-masing menyusun strategy untuk berjaya. Ialah masing-masing sedang membina kerjaya dan keluarga. Yang tinggal bujang lagilah busy kalah orang berkahwin. Betul ni. Saya dengan bff pun dah berbulan lamanya tak jumpa, bila dia senang saya busy, bila saya senang dia busy. Kesudahannya, bersms pun selepas beberapa bulan. Dan siapa kata teknologi itu kan ada, contact sahaja. 

Katanya mudah, tapi hakikatnya. Bukan semua orang mudah duduk berjam-jam menghadap gadget atau komputer. Sampai masa, lantak kaulah sana. Hahahaha. 

Dan ini cerita kolej.

Belum sekolah menengah dan rendah lagi. Banyak sangat kenangan manis, masam, pahit dalam sejarah hidup. Dayah ni pula kalau jumpa orang tak pernahlah reti senyum. Tak taw nak kata apa muka ketat semendang. Especially, bila tak sure dia tu kawan lama ke tidak, I'm not the type yang go and ask, "awak ni sekian.. sekian ke?" yang selalu jadi adalah sekian wasalam sahajalah. Nampak sahaja. Dan kemudian terus-terus bertanya dengan diri sendiri, kawan kita ke tu ek? Hahaha. Aduhai. Poor me lah. One of the reason, saya tak ramai kawan rapat. Yang benar-benar rapat boleh di katakan banyak di kolej dan kampus. Di sekolah tak ramai. Dah menjadi lumrah duduk mana-mana pun, kalau awak itu "GEMUK" hahaha nak juga kata memang orang tak mahu sangat kawan. *not complaining just inform* its true. Cuba hang cantik, macam semut orang berkerumun. So adik2 sihat sekalian, tak mo nak rasa rendah diri or kata "kenapa kita tak ada kawan ramai macam dia ek?" lupakan soalan itu. Baik belajaq rajin2, capai apa yang hang nak. Lepas tu, kawan mai juga slow-slow. Yang penting hidup seadanya.

Sahabat ini datang dan pergi. Bila masa perlu mungkin ada mungkin tidak, tapi kalau keluarga susah senang insyaAllah sentiasa ada. Mungkin juga ini reason saya, susah mahu di hubungi kalau sudah berada di rumah. Sebabnya, HP bukan keutaaman. Lantak kau lah sana. hahaha. Bad attitude kan.

Tapi dah terjadi satu habit. Sampai pernah saya kena Marah dengan seorang MD gara-gara tak pick up call hari Sabtu. Terbaik punya kena marah! Sampai satu HQ taw! Fuhh! Bernilai betul pengalaman tersebut. But habit is still laaaaaa... susah nak buang. Saya rasa HP tu menyusahkan. Korang tak rasa macam tu? Bila dah busy tu kan, kalau call yang ntah apa2 ni masuk, rasa nak pang ... pang ... pang.. je orang yang call. Nasib tak depan mata, kalau tak.......

Berbalik pada cerita hang out dengan kawan-kawan ini, Dayah kalau jumpa kawan-kawan kadang blur tak taw nak cakap apa, boleh? Aduh. Tapi tetap rindu nak lepak2 dengan kawan-kawan. Masak sama-sama, naik motor sama-sama. Pergi shopping groceries sama-sama. Indah! Pergi pasar malam lepas tu makan secara berjemaah. Fuh! Best! Berjemaah ramai2 pun sangat best! Baca Yaasin ramai! Sumpah best! Ingat lagi masa ada gangguan makhluk ghaib pun usaha ramai-ramai jalan-jalan keliling rumah, bilik tabuq garam yang sudah di bacakan Surah Yasin dan Ayat Kursi. Rindu taw.

La ni, susah la. Awak-awak semua dah kawin dan ada kerja yang membeban kan kita kan. Maksud saya beban dari segi masa. Tak banyak waktu seperti zaman persekolahan. HEAVEN! So adik-adik sekalian, ENJOY + STRUGGLING la masa belajar ini TOGETHER! Lepas dah kerja, percayalah masa itu agak sukar di ulang semula. Boleh tu boleh cuma tak seenjoy zaman kalian masih mencari masa hadapan.

D_Y_H
Rindu kot! Nak balik KK!