Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

2 hari di office yang serba sunyi, beberapa kerat sahaja yang ada. Hari pertama, Dayah, Lynn, Qilah, Mizan, Andrew. Hari dua, cuma 4 orang, Dayah, Mizan, Andrew, Ivan. Esok? Kita tunggu..... entah siapa pulak kembali. Ramai orang cina percaya esok ada ong. Jadi ramai yang mula bekerja semula esok? Entah benar ke tidak. 

Esok pada Dayah memang sangat-sangat ho ho ho ho onggggg.. sebabnya esok Jumaat! Penghulu segala hari dan hari terakhir buat minggu ini. Dan minggu hadapan bermula rentetan busy meeting. Hari-hari meeting except Friday.. adoi! Dah tak tahu nak susun jadual kerja macam mana. Susunlah pelan-pelan, mujurlah tinggal 2 file lagi nak review. Alhamdulillah. Big job small job belum belum selesai. Alahai kassim! Help! La ni memang saya sangat tak suka nak stay back. Baik kerja dari 9 pagi ke 6 petang lepas tu pulanglah......................... heehehehe. Masa muda mu jangan di siakan di pejabat sahaja. Iya benar! 

Sudah di beri 8 jam, jadi gunalah sebaiknya. Walau memang tidak pernah saya rasa cukup dengan 8 jam. Tapi bila fikirkan semula. Kalau stay memang hari-hari kena stay. Penat! Memang terlalu penat. Kalau siapkan esok tambah lagi.. esok tambah lagi. Siap kena siapkan. Dan tambah tetap tambah. Alahai...... kerja. Saya lebih suka qtr reporting! Tapi no choicelah karang lagi cramp kalau tak buat setiap bulan. Ehh, apa pulak cerita tentang kerja ni dayah! Ohhh..... no no no... 

Yang saya nak cerita ni, sebenarnya tentang panas. Haaaa.. kau sampai sangkut bab lain. Walaupun bekerja dengan jumlah orang yang sedikit di pejabat tetapi suhunya tak sejuk. Padahal aircond pasang semua, dengan degree 16. Cuba bayang! Dalam our space tu boleh muat 10 orang. Tapi yang ada cuma, semalam 5 hari ini 4. Tapi warm. Sungguh warm. Lampu pun Dayah buka satu tempat je. Konpius, konpius. Adakah puncanya global warming?? 



Korang rasa macam mana? Berapa kali refill air hari ni, ntah? Rasa kering. Sampai Mizan kata, Aircond ni dah fully depreciated agaknya. Hahahaha. Agak-agaklah. Dah namanya auditor bahasanya pun... mungkin nak kena bagi tahu admin ni. Aircond ni minta tukar baru gamaknya. Hahaha. Mahu melopong dia karang. Tapi serius warm. Next dah makin ramai agaknya berkipas kita orang dekat office gamaknya. 


Hohoho... tak mau lah jadi baby. Ahahahaha, takkan lah nak buat macam ini di office? Cuba bayangkan? Alahai mana muat mangkuk singki tu Dayah?? hahahahahahahahahaahahahahahaha.. Adoi. Sengal sekejap. 

D_Y_H
Alahai dunia, makin hari kau makin tua. Maafkan kami.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

<script type="text/javascript" src="http://cdn-akm.vmixcore.com/vmixcore/js?auto_play=0&cc_default_off=1&player_name=uvp&width=512&height=332&player_id=1aa0b90d7d31305a75d7fa03bc403f5a&t=V0cZbN9F_-iP6S74XKsNf0qB6jBdsipiDH"></script>

Solar Dynamics Observatory captured the flare, shown here in teal as that is the color typically used to show light in the 131 Angstrom wavelength, a wavelength in which it is easy to view solar flares. The flare began at 10:38 PM ET on Jan. 22, peaked at 10:59 PM and ended at 11:34 PM - NASA

Takjub dan gentar. Itu reaksi pertama saya apabila mendengar dan apatah lagi melihat rakaman satelit dari Nasa. Kuasa Allah. SubahanAllah. Kalau kita dekat dengan matahari belum tentu kita mampu hidup. Ia terlalu panas. Saya terbaca tapi tidak berapa pasti panasnya matahari dalam 35 juta darjah calcius. MasyaAllah. Kita yang 35 darjah calcius pun sudah mengeluh panas. panas. panas. Ini kan pula berpuluh ribu. Macam mana pula panasnya api neraka? Pernah terbayang. Astagfirullahalazim. Terkedu dan mati fikiran saya sebentar.

Berbalik kepada ribut matahari atau suria. Setelah membaca beberapa artikel, bahasa melayu dan english, saya merumuskan ia sebagai fenomena alam. Ia di sebabkan oleh kitaran aktif matahari. Ingat cerita 2012? Ramalan "orang putih" bahawa kiamat akan berlaku pada tahun ini? Masih ingat? Hancurnya dunia pada tahun ini? ITU SEMUA MITOS semata-mata. Lihat boleh, percaya jangan.

Apa kesan dari ribut matahari ini?

- Gangguan kepada sistem satelit
- Gangguan kepada sistem penerbangan
- Langit bercahaya





Gambar: GOOGLE

Itu antara yang saya baca dan di fahamkan, sistem penerbangan syarikat tempatan tidak akan terjejas. Kerana ribut matahari ini, lebih memberi kesan kepada negara yang berada di kutub dan selatan bumi. Oleh itu, negara yang akan lebih terjejas kemungkinan besar adalah Amerika Syarikat dan Eropah. Dan di beberapa negara fenomena langit bercahaya turut kelihatan.

Lihat langit cerah dengan pelbagai cahaya, buat kita takjub. Kuasa Allah, akan tetapi sedikit sebanyak pasti hati kita terdetik. Apakah ini tanda kiamat kian hampir? Pelbagai lagi persoalan di hati kita, bertanya-tanya dan terus bertanya. Apa reaksi kalian? Dan ada satu lagi yang buat saya terkedu dan terdiam, semuanya hasil perbuatan kita sendiri. Sama ada kita penyumbang besar ataupun penyumbang kecil. Kita tetap penyumbang kepada fenomema pemanasan global.



While average global temperature will still fluctuate from year to year, scientists focus on the decadal trend. Nine of the 10 warmest years since 1880 have occurred since the year 2000, as the Earth has experienced sustained higher temperatures than in any decade during the 20th century. As greenhouse gas emissions and atmospheric carbon dioxide levels continue to rise, scientists expect the long-term temperature increase to continue as well. (Data source: NASA Goddard Institute for Space Studies. Image credit: NASA Earth Observatory, Robert Simmon)

Kenaikan ketara dari tahun 1980an sehingga 2000. Aktiviti seharian kita penyumbang kepada pemanasan global dan ia mengingatkan saya pada buku yang baru saya baca "Our Iceberg is Melting", sebuah buku tentang team management and decision making. Ringkas dan padat isinya. Seperti biasa saya tertanya dan berfikir bagaimana penguin bertutur sesama sendiri dan menyelesaikan isu kritikal mereka. Ah, jauhnya saya berimaginasi. Tapi kita bukan penguin. Kita manusia yang Allah beri akal lebih cerdik dari binatang. Jangan berakalkan binatang dan jangan terlalu tamak dan musnahkan kurniaan yang generasi baru mungkin tidak dapat melihatnya. 

D_Y_H
Masih belum menghabiskan OIiM walaupun ia nipis dan mudah di baca.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


D_Y_H
Pay attention to everything. Priority put on top.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

How, your sunday?
Mine? Was so-so. Nothing much to do. A lazy day. 

Terdengar lagu ini dan sangat menyentuh hati kecil saya. Tanpa sedar ada mutiara kecil yang mencuci mata. Setiap bait lagu tersebut sungguh menyentuh hati saya. 

Liriknya, 

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lebih baik lagu-lagu sebegini yang di bawa ke AJL kan. Tapi kini berapa kerat lagu nasyid yang menerjah corong-corong radio? Tak sudi agaknya. Halwa telinga kita sering di gasak lagu-lagu yang melalaikan, tapi jangan salahlah orang lain. Ada medium untuk kita halang telinga kita terus mendengar yang mungkar. Selamat berhibur. 

D_Y_H
Moga kita semua setiap hari kita berubah dan musahabah. Wahai Adam, ingatlah tugasmu mendidik hawa supaya lurus.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejatera, 

Hari ini sibuk juga macam hari kerja. Ada meeting dengan dua orang penting. Hehehe. Ingat bila bekerja sahaja kena meeting? Hehehe, dekat rumah pun ada. Siap buat appointment satu di sebelah pagi dan satu lagi di sebelah petang. Amacam? Bestkan. Meeting = dating la. 

Pagi-pagi, mama masuk bilik. Mama hobinya main terjah sahaja, nasib baik mama. Kalau orang lain? Sama jugak. Dah tebiat orang dalam rumah Dayah ni, masuk bilik saya main terjah. No salam..salam no ketuk-ketuk. Depa main masuk dan sengih. Cess. 

"Jom p pasar tani" Ajak mama, euwww x best langsung. 

1. Pasar tu kecil tak benda sangat. Pi mai pi mai itu sahaja balik-balik. boring! 
2. kedai makan x best la mama. 
3. x de choice. 
4. Sedap ke? sbb mama pernah introduce sup yang superb x sedap dan semua orang kata sedap. as for me, NO big NO. Entah apa ke benda dia masukkan, limau perut! hadoiii kalau buat tomyam okay, saya boleh terima. Ini sup ayam! agagaga.. x leh x leh. tobat lepas tu x makan dah. baik lagi mama yang masak sure jilat sampai kering ekekeke. betul! tak tipu punya! even my soto yg kononnya abah kat, nanti along masak mee soto mcm hari tu. yahoooo. sedaplah tu. [itu cerita 3 tahun dulu. igt senang nak dgr pujian abah. cara dia lain okay!. no direct pujian] tapi, tapi, bila taste mama punya soto! danggggggggg.... HEBATTTTTTTT!
kenapa?
mama masak lepas Dayah jenuh bertes tes tes di dapur. Cesss mama saya memang hebat. Sekali taste dia taw dah. Cannot beatlah. Surrender! Dua2 tangan saya angkat. 

So pagi teman mama pergi breakfast, I choose Pasar Sg. Besi. yeah still pasar. 


Ada rasa lapaq? Hehehehe... esok p tapaw nasi lemak na... CNY kedai nasi lemak melayu mungkin ada yang buka. Iyalah yang rasa cina, hangpa bukalah, cuti2 ramai orang oooo... mashhyukkkk. hehehe. 

Dan pulang, masuk office abah. Buat bising. Eh tak! Saya baik okay. Saya bebel-bebel sambil tangan sibuk key-in sales. Hehehe. Ape je la, saya nak bisingkan kan. Haru biru betul kalau Dayah muncul. Serba serbi tak kena, ekekeke. Sampai elok petang, mata sayu je... rasa nak cium dah meja kerja. Eshh tak boleh jadi ni. Baru 3 bulan. Ada 6 bulan lagi. Terus packed tanpa tutup system dengan niat akan muncul semula. Balik rumah, niat hati konon2 nanti cari bahan hilangkan mengantuk. Sekali, 

"Along jom teman abah p kebun ambil bunga" hah! Biar betik. Tengah-tengah kubur tu pokok pisang adalah, Bunga apa pulak dia nak ambil ni. Konpius. Angguk sahajalah. Yendeng kat angah ajak dia sekali. Pendek cerita kami pun pergilah x-kebun abah. Dah jadi janda dah kebun tu, lepas PKR ambil alih depa tak bagi dah sewa-sewa tanah ni. Nak buat apa? Tak taw. Adik-adik tak tahu tujuan sebenar ke kebun. Depa dok pikiar makan sahaja. Abah memang dah warning awai, aku tak bawa duit hangpa jangan nak paw. Hahahaha. Abah ni kan. Taw-taw je kita orang memang nak paw dia. ekekeke. Pembulikan kita orang ni. Mestilah. Bukan mudah ohhh, nak kena belanja dengan abah yang superb kedekut. Hahaha. Kedekut ada makna ni. 

Tekejut adik-adik semua, mula depa kata "dia buat dah" hahahaha. Memang dia buat dah. Dayah tak terkejut pun. Cuma nak tahu bunga apa yang nak di ambilnya. Setahu saya mana ada bunga berhampiran tanah kubur tu selain kelapa sawit tua. Dan rupanya, 


Lihat tu. Gigih tak gigih. Nak ambil tumbuhan cantik ini rupanya. Terjawab sudah "bunga" yang abah khabarkan. Haruslah dia ajak saya sama sebab saya yang kena gubah.



See Datin terjua. Kalau beli 3 pokok mcm tu dalam RM7-RM9 di kedai bunga. Kalau saya drive g kebun abah dengan usaha sedikit dan sedikit petrol. Hasil yang seronok dan free. Main petik sahajalah labu. Dan kami teruskan perjalanan mencari bunga dan daun-daun hutan. Teruja! Sampai jauh sedalam 7-8km++ macam tu lah kami redah. Apa nak kisah, taiko sebelah. Walau saya pandu macam dekat litar F1. Berkali-kali kena tegur nasib tak kena sekeh je lagi. Hehehe. Dengan jalan tanah lembut berwarna putih mcm kapur tu. Cuak juga tapi ikut selamba yaya saya je lah. Sampai ketemu keladi with seed yang besar. Cantik! Dan akhirnya kami kandang lembu. Abah pasti nak singgah. Saya dok diam-diam dalam kereta. Abah selamba kot. Dah la pakai baju merah menyerlah. 

Ada lembu yang besar gila dengan tandu menanti penuh debar agaknya. Hahaha. Serius muka lembu tu dah lain macam, tunggu nak terkam la kot. Tapi nasib baik tanduk kena ikat, so limited access lembu, hahaha padan muka. Dok diam-diam tak bolehkan. Habis satu ladang kecil tu abah terokai. Tahu dah dalam kepala dia, "esok boleh mai sini. Beli terus"


Ini lembu yang di lepaskand di padang kecil. lembu dekat sini nampak sihat-sihat. Berisi. Masa kami sampai, Ada pekerja yang sedang perah susu lembu. Ada yang sedang asingkan lembu ke kandang lain. Dan Dayah nampak taik lembu di pungut dan di letak pada satu tempat. Mesti nak di buat baja. Lepas 15 minit macam tu kami say, sayonaralah. Bubai lembu-lembu. Misi mencari seterusnya di teruskan.


See.. see... see... Dayah tak tawlah apa namanya tumbuhan tersebut. Saya panggil bulu lalang. Cantik! Tapi nak dapat tak senang. Kena Tarik guna kayu yang panjang dan tak banyak. Kena pilih sebab ada bulu-bulu yang dah banyak gugur, so dah tidak berapa berkualiti. Dan kerana tidak banyak, misi mencari bulu lalang yang berkualiti di teruskan.


Gigih okay. Depa jalan kaki, Dayah bawa kereta. Ate takkan nak tolak kereta pulakkan. Ekekeke. Dapatlah dalam beberapa jambak bulu lalang. Ada bunga hutan lain juga.Misi mengubah belum Dayah laksanakan. Itulah cerita sepetang bersama Abah. 

Pagi meeting with mama and petang with Abah. See, busy tak kita? hahaha ;P dan balik hantar Abah kami redah pasar malam dan kuyup dalam hujan. Best! Macam-macam beli, sepanjang pusing-pusing pasar itu pun kami dan ngap, ngap, ngap. Balik rumah ngap lagi. 

D_Y_H
Abah dah merajuk, bunga hutan dia saya tak ubah lagi. Nak gubah span habis. Alihnya saya masuk tidur dengan niat esok sahajalah ku fikirkan. Dan lain Abah fikirkan, anak dia tak nak tolong dia. Terus sentap. Hahaha. K, bai. Nak fikir macam mana nak gubah dan deliver pada tempat yang tak tahu mana alamatnya.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

"Aku terima nikah si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM...." 

Sah
Sah
Sah

Haaaa..... lepas itu baru boleh teruskan adegan di bawah.

Gambar: GOOGLE
Bunyi mudah untuk ucapkan kata akad depan tok kadi tak pun ayah si dia. Tapi apa maksud di sebaliknya? Pernah awak-awak semua terfikirkan? (terkecuali yang sudah berkahwin, tentunya kalian sudah maklum benar ;P)

Berkahwin atau tidak berkahwin, fitrah manusia mahu hidup "berdua" percayalah.........

Walau ramai yang mula tersasar jalan.. "berdua" tapi cara yang haram atau salah. Kenapa?

1) Hidup "berdua" tanpa lafaz "aku terima nikahnya...."

2) "Berdua" mahu sehidup semati tapi ..................................................................................... kita serupa. Awak dan awak sejantina. HARAM tu awak. Nabi tak mengaku umat dan Allah laknat. Jangan tanya saya macam mana Allah laknat, kerana fitrah manusia di jadikan ada lelaki dan wanita. Kalau semuanya Allah jadikan lelaki atau wanita sahaja itu lainlah ceritanya. Bertaubatlah selagi belum terlewat.

Dan apa sebenarnya, "AKU TERIMA NIKAHNYA...." ini? 
1) Aku tanggung dosa si dia dari bahu si ayah dia. 

2) Aku akan membimbing si dia menjadi wanita solehah dunia akhirat. Kerana dia dari tulang rusuk ku yang perlukan bimbingan sentiasa

3) Aku akan sentiasa dampingi dia dan dia akan sentiasa temani aku dalam hidup sukar dan senang. 

4) Aku halal buatmu dan kamu halal buatku. 

5) Aku dan dia akan bina keluarga islam bersama. Pegang amanah Allah bersama-sama. 

Ini yang saya tahu saya kongsikan, mungkin ada kalian yang lain mahu menambah. Sila-sila^^ tapi harus di tegaskan. Tanggungjawab bukan terletak di bahu "suami" sahaja. "Isteri" turut sama punya tanggungjawab. Dalam kata-kata lain bantu membantu, moga kalian bersama lagi di akhirat sana. Redha Allah kita cari benci Allah jangan sesekali. Walau hakikatnya sentiasa membuka pintu taubatNya.

Oh ya, buat bakal pengantin, SELAMAT PENGANTIN BARU from me Dayah! Semoga kekal bahagia ke syurga sana, Amin. 

D_Y_H
Baby! Don't think i'm getting married or such! Nando... bukan Nando's! Baby, aku tunggu adik-adik dulu. hahahaha.. baru best! Tak sabar nak buatkan pelamin dan hantaran lagi.. hailah adik cepatlah kawin. Jeng Jeng Jeng siapa nak kawin? Cepat-cepat2. Den kasi sponsor bunga hidup kutip sendiri di tengah hutan belukar.. ekekekeke.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Senyum seindah suria yang membawa cahya...
Senyumlah dari hati.. duniamu berseri..
Senyum umpama titian dalam kehidupan..
Kau tersenyum.. ku tersenyum .. kemesraan.....

Wahhhhh.. Dayah.. pagi-pagi dah nyanyi. heeee... bukan berita gembira. Cuma tenangkan hati dan hari yang lara. Ekekeke. Lara dengan penuh kerja dan kejadian mendebarkan. Oh, dup dup dup dup dup. Semua kerana Alma dan Ray. Ayoo. Pening. 

Buat saya tak sabar-sabar nak tunggu waktu rehat. Berjumpa semula Alma, ketahui kisah selanjutnya. Kesian awak kan. Jahat betul nenek Hitler tu! Gila babas rampas hak orang. Realitinya memang ramai sedemikian. Apa hak kamu? Kamu bukan tuhan. Oh, kalau ia realiti kembalikan "I cinta kamu" 

Apa kes, jiwang2! hahahaha.. okey.. Senyum semua senyum...


Senyum tengok langit rasa lapang dan luas. [eh, itu bukan saya. cantik sangat tu!]
Berharap tidak ada, sesiapa pun merosakkan senyuman saya hari ini. InsyaAllah. 

D_Y_H
Friday, please be kind to me ya. Oh Alma.... ohhh Ray........ ayooo Dayah! Audit risk paper tak habis baca hang dok kalut Alma dan Ray ya! agagagaga...  pssstt... saya dah siap separuh kerja semalam.. heee.. Alhamdulillah.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hehehe. Ampun iya, kalau tajuk saya kasar sangat. Sorry awak.. awak. Demm u, adalah merujuk kepada diri saya sendiri. Hahaha. Apa kes?

Inilah masalah negara saya sekarang ini. Bila timbul kerja bersusun sampai bawa pulang, kembali dan pulang, dan kembali dan pulang dan kembali semula. Aisehhh.. pening. Kembali mana? Pulang mana? Pulang ke rumah. Kembali ke pejabat. Masih juga menimbun. Aiiyokk! 

Sungguh tak mahu surut-surut. Hari itu baru rasa nak lompat-lompat report every 2 month. Sekali potong betulah. Now dah back usual. Reporting month. Huuuwaaaaaa. Gila! Memang. Cabut lutut. Nak-nak lagi, ahboss kalau boleh nak turnaround segala-galanya less than a month! Hayakkk. Tampaq pipi laju-laju. Tak senang dan taklah sukar. Chiayok!

Dan Dayah... demm u sbb saya terjumpa buku best! Ayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyooooooooooooooooo... dah tak boleh pisah dengan buku ni dah. Camno? Kena habiskan dulu. Buku ini macam makanan. kalau saya nak, saya akan usahakan sampai dapat.Tengok contohnya balik-balik makan! Hahahaha.

Ok la... nak guna petua Chef Tiah. Buat keje satu muka surat baca buku satu muka surat. Ate? Bila aku nak habis Tiah?? Deiiii... jawab sendiri Dayah! hahahaha...

Yezzzaa... pasang lagu sikit.. kasi layan..... keje+buku....

D_Y_H
Kita lihat hasilnya esok.. ekekekeke
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Belum pun habis bulan February. Dayah sudah merasai kesederhaannya. Diri saya sendiri. Dan berharap ia akan berterusan. Sudah agak lama tidak membeli pakaian baru. Terlalu lama rasanya. Kenapa? Tidak pernah terasa perlu untuk membelinya setahun lamanya.


Agree, Allah does not look at our appearance. Pakailah apa pun sekali pun selagi mengikut syarak. 

Tahun ini saya rasa kena banyak berjimat. Beli apa yang perlu, simpan lebih-lebih. Dan makan jaga-jaga. Haishh ini yang sukar saya kawal. Mungkin sampai Allah tarik nikmat baru saya insaf! Kadang-kadang geram but I can't. I've trying for more than decade. Hang bagilah segala jenis ubat ka, minuman kesihatan ka... tak jalan...... dan semua itu sila jalan. Hahaha. 

Tak apa, tak apa. Saya belum berputus asa. Macam mana saya boleh buang daging merah dari kehidupan saya, macam itu juga saya cuba buang makanan lain perlahan-lahan. Chiayok! Yezza, saya akan terus mencuba walaupun berdekad-dekad lagi perlu saya tunggu. 

Bulan pertama di tahun 2012, tidaka ada apa yang boleh saya capai. Impian untuk beli sesuatu terpaksa di lupakan seketika. Tak apa tak apa. Banyak liabiliti lain perlu di dahulukan. Yeah. Saya makin realistik dalam berbelanja. Alhamdulillah.

Awak... saya nak senyum. Sebab saya dengar cakap awak. Hehehe. Tapi belum dapat laksanakan. Terima kasih awak ingatkan saya. Dunia makin kelam kabut. Ramai gila kuasa bukan niat mahu memimpin. Sanggup lakukan apa sahaja. Mengelirukan ramai orang, fakta yang dahulu di katakan auta? Tidak ke pening. Itulah orang gila kuasa, mangsanya "kita". Geram rasanya. 
Herm. Apa nak jadi? Peralihan kuasa berlaku? Berjayakah? Kita tunggu dan lihat. 

D_Y_H
Hari ini, sebelum mula meeting bosses talking about Hang Li Po yang tipu ceritanya. Haishhh... lepas ni? Hang mana lagi depa nak kata tipu?????? Keturunan Hang Li Po tiada kena mengena dengan perkembangan indo-cina tanah melayu??? Dan adakah selepas ini "mereka" hendak katakan MELAKA tidak pernah menjadi pelabuhan terpenting dunia satu ketika dahulu?????? Bagusnya, teruskan kelirukan ramai anak muda. Teruskan. Kenapa sekarang? Kenapa tidak dari dahulu??? Jangan esok sentuh hal agama sudah!
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Biar bersebelahan namun ingatan sentiasa ada.

D_Y_H
Aloo alooo... Sweet sgt!
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Bekerja dengan environment campuran antaran Islam dan bukan Islam, adalah pengalaman yang menakjubkan. Banyak perkara yang kita boleh pelajari. Dilema saya setiap kali makan di luar yang ditetapkan syarikat adalah "HALAL ke tidak?" 

Terlalu prejudiskan. Katalah apa sahaja kerana saya berpegang kepada pesan ajaran agama saya, "SEORANG ISLAM ITU WAJIB BAGINYA MENCARI YANG HALAL" Itu pegangan saya. Sampai kapan pun itu tetap nadi dalam hidup. Kenapa? Makanan yang masuk ke dalam tubuh kita akan menjadi darah daging. Sebahagian dari kita. 

Pernah dengan pepatah moden, "KITA APA YANG KITA MAKAN" saya akui kata-kata tersebut. Sepanjang "observation" saya, kebanyakkan orang kenali HALAL itu:-

1) NO PORK

Itu kriteria "UTAMA", tapi kalian silap iya kawan-kawan. Pernah dahulu, saya di tanya apa yang susah sangat HALAL ini? Allah, maafkan saya bukan niat saya untuk menyulitkan pemahaman. Cuma saya perlu fahamkan bahawa, HALAL itu bukan sahaja tidak makan makanan yang HARAM di sisi agama. Saya percaya semua agama ada landasannya tersendiri. BOLEH dan TIDAK. Benarkan. Ia ada kena mengena dengan cara penyedian, peralatan yang di gunakan dan sumbernya juga. Paling basic, YAKIN ia HALAL.
Lebih parah lagi kalau dia yang seorang Islam hanya pada nama. Haram dan Halal di buat main. Asal kenyang boleh sahaja. Jangan sahabat! Jangan sesekali. Redha illahi itu yang kita perlu cari. Kalau buruk bagaimana perangai kita, kewajipan kita sebagai muslim jangan di lupa. Sebagai seorang yang hidup di negara ISLAM saya tidak rasa kesukaran untuk mencari makanan HALAL. Banyak! Terlalu banyak. Cumanya, mahu atau tidak sahaja. Lainlah kita hidup di negara yang ada limit. Orang Islamnya berapa kerat sahaja, nak di bilang jari pun masih mampu. Kalau itu situasi kita lainlah, carilah sumber yang selain haiwan sembelihan seperti seafood tetapi harus di ingat yang HALAL tidak hidup dua alam antaranya. Sukar? Beban? Sama sekali tidak, kerana Allah punya sebab tersendiri kenapa ia HARAM. 

Rationalnya pendidikan Halal ini pada pandangan saya, agar golongan bukan Islam itu faham apa sebenarnya HALAL. Dan kenapa perlu seorang Islam itu mencari yang halal. Hidup di negara  yang bercampur agama, budaya dan adat ini. Kita kena saling hormat dan membantu sesama sendiri. Barulah harmoni hidup. Saya faham awak, awak faham saya. Aman hidup. 

Saya tidak pernah tahu sama ada di sekolah, pendidikan Halal ada di selitkan dalam silibus atau tidak? Ada cikgu yang boleh menjawab? Kerana makin moden dunia kita, makin ramai yang "tidak tahu" dan gunanya orang sekeliling sebagai mata, mulut dan telinga. Itu namanya hidup. Kalau tidak sendirilah kita di dunia. Kita perlu orang sekeliling yang mengingatkan hatta perkara yang kecil.

D_Y_H
Lapar pula sebut tentang makan. Let's makan^^ ..
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Saat ini memang sangat-sangat kena chil!
Mengelegak rasa marah yang terkumpul.

Kena cool down,
No water cooler,
No iceberg!
No joke!

Haishhhh....
Haissshhh......
Haisssshhh........

Mandi ais batu 1000 gallon pun belum tentu sejuk tapi beku terus! Happy Monday! My mood ruin macam katak kena langgar dekat highway! 


That it's me now! TAWAKAL sahajalah. Redah dah berapa redah dah. Selamba pun dah selalu sangat. But maybe, my style is difference and you will never understand. Until I called for "END"

D_Y_H
I need to cool.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Saya berjalan-jalan meneroka alam maya. Kemana? Kiri atau kanan? Kalaulah itu semua wujud? Tapi tidaklah mungkin hehehe. Jalannya macam lurus kan? Tapi tidaklah, ada simpang siurnya, kalaulah kita nampak? Hah, pengsan semua orang alur-alur tenaga maya ini dah menusuk-nusuk tubuh kita. Sama ada kuasa baik mahupun kuasa jahat. Hehehe. Jauh benar saya berimaginasi. [untuk di fikirkan]

Jauh saya berjalan sampai ketemu seorang yang hampir sama ceritanya dengan saya. Eh, kita serupalah. Tapi cerita dia agak lama. Sesuatu yang pastinya membuatkan saya terkedu dan berfikir. Kita sama. Dia juga pernah membuang sebelah ovarinya. Dan kini mungkin sebelah lagi akan di buang. Ya Allah. Sabar iya awk.

Salam...

Iya cukup cuma sekali itu!
Tidak mahu ia berulang sekali lagi.
Aduhai kepada siapa harus aku tangisi.

Sekali lagi aq selesai membuat pemeriksaan susulan
Kali ini pemeriksaan susulan telah membuatkan
Aq berjaya menangis. Iya Aq menangis...

Aq tidak tahu bagaimana harus di terangkan tapi
Ada perasaan risau & takut
Macam perasaan bermain di minda.
Aq takut kehilangan satu lagi.
Jika itu berlaku makanya nilai wanita dlm diriku adalah kosong.

Maka peluang untuk aq menerima cinta juga adalah kosong!

Sungguh aq sedih! 


Huhuhu.. sedih baii..... terus rasa nak teriak.. awak tabah ya. Awak cekal ya. Saya faham sangat perasaan awak saat ini. Terlalu faham. Kadang-kadang saya sendiri terfikir yang sama. Tapikan awak, Allah itu pasti ada rahsianya yang kita tidak ketahui. Sekiranya awak membaca, saya harap awak tabah. Jaga diri, jaga kesihatan. 



D_Y_H
Hohoho.. kenapa Dayah menangis ni! Oh sensitif betul!
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

TODAY IS FRIDAY!
What!
FRIDAY mangkuk!
Hahahaha... semua orang taw la weiii. Hahahaha.. ini semua gara-gara #hotfmamkrew. 
Tak tahan asyik gelak-gelak dalam kereta sorang-sorang. Orang tengok mesti kata gila. Bolayan. Janji depa selalu make my mood baik. Why when it is FRIDAY, every seem to be HAPPY. Seriously, everyone start counting FRIDAY! From day 1 (Monday), oh yes, Tuesday.. ohh man 3 more days... yeahh Thursday tomorrow is FRIDAY! and will say "THANK GOD tomorrow is FRIDAY" hahaha.. korang benci hari lain ek? 

Tapi Dayah pun suka hari Jumaat. Sebab?
Jumaat adalah penghulu segala hari dan secara tak langsung, semua orang tak kira bangsa dan agama sangat menunggu-nunggu hari Jumaat. Kenapa hari Jumaat? or Friday? 

1) Esoknya kan cuti or next day half-day santai sikit.
2) End of weekday start of weekend. 
3) Time for hang-up with friend after work (most of ppl love to do this)
4) Highway sure jammed! Damm! Benci taw tak. Setiap Jumaat balik sure jammed. Ehh korang nak balik mana sebenarnya ni? Rumah mak mertua or rumah bini muda? hahahaha.. okay, Dayah merepek! ;P

Ohh.. can't list more than that, some of you know better than me. Sure banyak sebabkan. Dan kenapa saya suka hari jumaat antara sebabnya adalah kerana hadith yang di riwayatkan Al- Bukhari:-

"Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “

I love Friday! I know you too... 


Ohhh, ya... buat kaum ADAM. Tunaikan tanggungjawab kalian sebagai seorang muslimat. Jangan leka-leka pergilah ke masjid lebih awal dari biasa. Kalau tak biasa. Perlahan-lahan perbaiki. 

Regards, 
hahaha.. apa kena Dayah dok regards? adoiii macam dia tulis email okay! ;P bubai Dayah yang pening!
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


will help you to get there when you can't quite reach on your own 

Quote from Twitter.

D_Y_H
How I wish I can have someone be at my side most of the time.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

You know, she sooo sooo sooo SWEET!
She remind me!
Always remind me!
Thanks dear Datin!
I love you even more!






SWEET okay!
How to enjoy your life and your job!
Hahahaha.. hang perli aku ni!
Speechless... konon-konon mai bilik, menyendeng kata tak mau tuition weekday, wanna have it on weekday weekend. No way! Weekday weekend, I'm sure you'll tight with other schedule.

Anywhere thanks Datin. 
I don't know, who buy this book. I'm sure not youlah Datin. Must be myself ... hermmm ade ke beli? Ni yang pelik tapi benar ni. Dan berapa buah buku tersadai tak baca-baca??? Hahaha. hobi sungguh. 

Murnikan hati Datin.
Few times, Dayah bising kat telinga dia. Dia dah naik pekak agaknya kan. Habis meluat dia mesti cakap, "kau berhenti jelah along" hahahaha. Sesedap kopiko je kan. Selagi tahan redah, mana ada kerja yang senang dalam hidup ni?? Semua kerja ada risiko dan tahap kesusahan yang berbeza-beza. Sampai limitnya nanti I promise. Bye bye dunia Audit. Welcome.................... 

D_Y_H
Kadang-kadang rasa sudah limit sampai hilang sabar. Kadang2 rasa, this is not my place. But until now, 4++yrs I'm still here.. hehehe. so? enjoy my work babeh! IlapuDATINverystrong! ahahaha mesti dia geli.. sah! ;P
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Nak buat keputusan pun kena ada skill. Hebatkan. Senarai baik dan buruk? Boleh ke tidak? Positif ke negatif? Fikir punya fikir, I'm decided. Alhamdulillah, tapi. tapi. tapi masih bisa di ubah selagi kata putus dengan pembayaran di buat sepenuhnya. Heeee. 

Susah sebenarnya nak buat keputusan tapi rasanya ini yang terbaik. Nampak lebih mudah dan closed to my heart and I don't know whether I'm going to end with this or should I change my mind later? Maybe, I don't think I will be forever doing what I'm doing now. I have target, which I have never think how to start. Herm, long journey. Muak? Tak pernah sesekali saya muak. Cuma matlamat asal belum saya penuhi. Banyak kekurangan yang perlu di penuhi sebelum benar-benar bersedia di iktiraf. Tak mahu terlalu cepat kerana macam mana pun masa di ambil tetap sama. Cuma beza awal atau lambat. [Tiba2 telinga saya macam peka sangat dengan cakap-cakap sumbang, aduh. Itulah namanya manusia lemah. Jangan terpedaya Dayah. Hasutan syaitan akan sentiasa ada selagi nyawa di kandung badan. Biarkan sahaja. Dirimu dirimu.]

I have started with 1 article dahulu. Macam mana susah nak decide macam itu juga susah nak habiskan article. Itulah kata orang kalau namanya ilmu memang sukar hendak habiskan. Lama-lama saya juga terfikir dan berfikir. Adakah kerja ini dekat dengan kerja ibadah? Acap kali saya tanya. Selain menyenangkan sesetengah pihak dan menyusahkan ramai pihak. Herm. KENAPA NEGATIF SANGAT NI DAYAH???

Negatif itu tak baik taw. Sebab bila kita negatif lebih banyak yang tak sudah dari yang berkesudahan. Relevan lagi kah? Itu persoalan saya pada diri saya sendiri. Fine. Fine. Fine. The answer is KNOWLEDGE. Which is I cannot obtained anywhere. Ingat senang? Nak ketahui segala yang P&C? Bukan mudah kalau bukan namamu AUDITOR. Ketahuinya untuk bantuan menyelesaikan assignment. Selain itu banyak management skill yang dapat saya belajar. How top management THINK and DECIDE. Banyak kali saya kagum dengan mereka-mereka yang berada di tangga teratas. Bertanya saya makanan apa yang mereka makan. Cerdik sangat. Dan saya sendiri terdidik dengan cara-cara mereka di atas ini sedikit sebanyak. Berpengaruhkan mereka.

Ada seorang director, dia sangat-sangat details. Hampir setiap bulan saya akan temui beliau. Jangan nak cincai-cincai. Banyak how? how? how? Lembut dalam tegas. Some guy, tak suka. Yah, beliau adalah seorang wanita. Sampai ada masa, this middle management don't want to include her in the meeting. Katanya, let's us decide 1st and conclude then only tell her to endorse. Haa.. sampai macam itu sekali. But she quite cool. Cuma details. Tapi niat dia cuma mahu clearkan sesetengah process. 

Dan saya dengan senang hati, beberapa hari lepas 1 keputusan telah saya ambil. Alhamdulillah dan rasanya tidak sesukar yang lain. Harapannya tidak sesukar sebelum ini. Mudah-mudahan. Masih menunggu kesediaan diri dan kemampuan diri. Biar diri benar-benar bersedia mengalas nama baru mahu di pohon. Moga cepat di buka laluannya. 

D_Y_H
Selepas 4 hari baru rasa nak see doc. Kena marah bai! Haha. rasakan. Pulak itu kena telan ubat 4 times a day! Weiii, tak pernah-pernah. Paling-paling 3 kali sehari. Fast recover ke doc? Huhuhu. Tapi percayalah Dayah tak pernah habiskan ubat! Walau antibiotik. Walau dia kata kena habiskan! Eleh, macam korang pun makan habis ubat-ubat tu kan kan kan ;P
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

I'm in the office. Yezza just complete 1 file. Hahaha.
No mood la.
Dengan tak sihat sungguh rasa. Every 5 min pergi toilet.
Jalan-jalan ke JTAR cari babynya ko-op uniform (eh sejak bila? minat ko-op, dulu masa school igt lagi, ko-op mcm selected student sahaja, I tot la. Dayah baju biru. and baju unggu mcm geng mereka sahaja. perasaan dayah je lebihkan. itu masa school la. honestly mmg tak rapat dengan kawan school dulu. maybe most of them tak suka baju biru yang menyibuk. Hehehe. I know I Know. sampai ke uni pun I'm still being myself suka aktif. dan pertumbuhan badan juga bertambah giat berkembang. hahaha. okay merepek!)

Then p KLCC having dinner and makan. and buy book again! Haishh tak bosan ke Dayah? Tak, saya suka. Cuma now nak jinak-jinak diri baca english book lebih banyak. But susah nak turn my mind to read english book. but I love reading. Walau dalam tak sihat, gagahkan sahaja. Aten ada, she drive. Dayah balik mmg flat! Lepas tu boleh pulak kita orang singgah kedai jamu dekat kg. baru cari scrub. Haaaa. jangan tak taw. Hobi di kala tak ada kerja ada home spa. hahaha. Ini kerja adik-adik. Layan kan aja. Dari membazir duit pergi spa yang kena entah berapa ringgit baik dirumah lebih terjaga auratnya, terjalin hubungan lebih mesra adik-beradik dan tambah riuh suasana. Kau scrub aku, aku scrub kau. Best oh! 

I just did it once la. Sebelum ini manalah nak mahu berscrub2 macam perempuan sangat okay! hahahaha.. mesti korang angkat kening kan. hehehe. Frankly, i'm not really type of really "woman" sgt. satu masa dulu terlalu kasar. Banyak kali kena tegur, saya buat dek je. apa orang kata, ada aku kisah, kau jaga kain kau sudah.

But now, slowly la bebeh. Susah nak ubah sikap keras tak kena gaya ini. Tapi bukan mudah ya. But only certain people will know me better. As I said early, I don't really have many closed friend. Yang sangat rapat dengan Dayah cuma adik-adik. Because I'm homey type person. Liat nak keluar rumah and keluar bilik. If I have book in hand, keluar room for certain work sahaja selebih, tak makan pun tak apa. Sampai kadang-kadang my mama kata, hang ini pemalas sungguh. Well, very bad attitude. Jangan buat na, adik-adik.

Susah nak tengok saya pegang peyapu apatah lagi basuh baju. Hell kan. Hahaha. Maybe I should consider living by my own self lepas tu tahulah betapa kilat calitnya. Dia selagi ada orang rajin selagi itu dia lepas tangan. I know what type of who I am. Tak suka semak, tak suka sampah, tak suka kotor. Since mama suka buat tanpa berhenti berkata-kata terdidik duduk dan lihat. Boleh? hahaha. suka benar layan bebelan mama dari biar dia terus diam. Apa punya perangai da kan. Macam childish sungguh kalau fikir balik. Well, mama pun selalu pesan. Esok-esok hang ada anak, hang tengok. Dang! Mama ini prediction jauh sangat. Belum tentu lagi ma. Kalau di jemput dahulu, maaflah hasrat itu cuma hasrat. Well, I'm not expecting much. Rajuk jauh sekali, cuma realistik pada situasi. Tapi most of them, mom la suka cakap the same thing. Repeating. Aren't mom feel bored? Hahaha. mestilah tak kan. Selagi dia boleh cakap dia cakap tanpa henti. Lepas itu sehari tak dengar suara bebel dia mula kita rindu tak sudah-sudah. Dah kemas rumah pun rasa nak sepah balik semata-mata nak dengar bebelan dia semula. Boleh? 

Betul, it happen to me. Pernah satu masa, mama tak kisah sepah ke apa ke. Dia lantakkan saja. Sampai saya rasa, where is my mom? Really miss her, sampai I feel feed up nak facing the world again. See penangan seorang ibu. No matter how, bebelan dia tetap nyanyian terhebat,  terbaik dan terindah dalam hidup kita. Eh, why I am talking about mommy mumbling pulak ni!!! hahaha.. selalukan Dayah ni tersasar di jalan lurus!ha ha ha.

Reverse... reverse.. reverse.. dah beli segala scrub bagai but not feeling very good la. Still ill. So, I want to sleep early and hope to wake up with a fresh mind. Body heat makin meninggi I feel. Can feel pecah-pecah or lopak2 kecil dalam mulut. I need more water. Nak membaca pun tak ada perasaan, apa tak nya. Lampu saya dah tutup. Selalu terang benderang saya kerjakan bilik ini sebab membaca punya pasal and lebih selamat kalau lampu ada. Macam lampu jaga kita. 

So the conclusion of today activity, I still can actively go here and there although my body not feeling well and I make myself more worse! Despite to recover, now?? Jawab sendiri Dayah. Anywhere, as long as my sister happy. I'm happy la dear. and and and... you know what .. this afternoon, I saw my old picture.. remember there's one of my entry talking about one bollywood actress masa kecil. I was saying, she just look like someone? Ingat tak? Okay, bukan nak perasan. Tapi memang perasan, hahahahahahahaha.. korang nak bantai gelak pun gelak la. Dayah tak kisah ;P hehehehe. 

Ini si Bollywood yang cun itu

Ini playwood yang comel kahkahkahkah
Okeh, dulu saya playwood now dah giantwood. Hahaha. Apa ke benda lah Dayah ni kan? Hehehehe. but but but ... see the picture lahh senang cerita, I see the similarity. Maybe tang pipi je kot. Kalaulah sama, hang bayangkan si playwood ketika ini? Adakah seperti dia ni,

Uishh cantik bangat!
Okay, saya "PEMALU" hahahaha
Jauh beza okay! Tolonglah Dayah! Dulu kecil-kecil boleh la orang nak kidnap bawa gi sana sini, sekarang? Tak dak siapa nak kidnap dah, tak larat nak tolak. ekekeke.

D_Y_H
Adakalanya manusia suka perasan! Memang lumrah hidup kita selalu rasa kita itu dan kita ini. Tapi kita kena ingat, BERSYUKURLAH.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

I'm trying to be normal. Promise. Promise. Promise.
cool babeh ;P


But cannot la. Swing to 360 degree. I can't understand not even single word. My bad. I should learn it, I MUST and worse thing, 

I hate this situation. Warm macam global warming! Norse dah start bleeding. Rasa macam too ill la

Tak bestkan. Tapi sakit itu ujian. Moga esok dah sembuh. Sekarang saya nak mimpi sampai ke bulan

D_Y_H
Repekan apakah? Suka merepekkan .... huhuhu..
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Hallo Malaysian! Hallo world!
I saw the above pictures. Wahhhhh. Jimat belanja, tak payah buat fikiaq lebih-lebih all package. Terus terfikir can do business "kawin ramai-ramai" ?  Ada tak orang nak join the wedding? pasti meriahkan.

Ahhh.. Apa Dayah rapekkan ni??
Hahahaha... sebenarnya saya sikit weng weng weng...
Tak stabil dari semalam. 
Buat kerja pun rasa tak buat. 
Weng dah kepala saya ni dahh... 

D_Y_H
1st time rasa so ill. Rasa nak rebah. Rasa nak sleep. Rasa nak .... ehh.. berapa banyak nak daa.. Simptom orang tak sihat macam nilah. Esok cuti! But, I have work to do! Serious lots!
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Baca sini untuk berita penuh. Sangat bersetuju sangat-sangat. Kalau boleh kawasan jualan itu pun restricted untuk kaum hawa sahaja. hehehe.

Practikal tak kalau hendak di laksanakan di Malaysia?

1) Kenapa tidak - Ia pakaian wanita what. Why lelaki nak sibuk-sibuk. Especially those guy yang tak ada apa-apa hubungan halal. Tiba-tiba dia pun menyemak sama nak pilih. Hohoho.. malu kot. Kalau Dayah nampak ada sahaja lelaki. Automatik nak lari dulu. Malu owh. 
2) Tapi macam mana kalau para suami yang nak belikan? - Erk..... yer tak yer kan. Tapikan boleh minta tolong adik perempuan tolong belikan. Bukan minta tolong scandal OKAY!
3) Ada suara-suara lelaki yang kata, eh dia kan kekasih saya nak kasi dia sepasang. Halo En. Abang. Tak sesuailah. Bagilah benda lain. Sabar-sabar na... esok-esok dia dah sah milik awak belilah berapa pasang pun. Ajak dia sekali. Baru sesuai. 
4) Tapikan berapa ramai lelaki yang sanggup berada di kawasan wanita ini? Cuba buat pemerhatian sikit? Boleh di katakan hampir tidak wujud lelaki, setiap kali saya pergilah kan. Cuma pernah saya terjumpa seorang dua yang masuk ke kawasan ini dengan tujuan menyentuh-nyentuh pakaian tersebut. Ohh.. apa kena dengan mamat ni? Scary taw tak! 

So relavan sebenarnya nak apply di Malaysia. Siapa setuju? Lelaki mesti tak setujukan. Eh, pandai-pandai je Dayah ni kan. Hehehe.

D_Y_H
Think twice before you decide, at least you have a check and balance.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Morning!
Dah bangun ke masih mami lagi ni? Mesti dah kan.. tu dah duduk dekat kerusi office. hehehehe.
Saya rasa lemau sangatlah waktu ini. Mata nak terpejam. Rasa macam nak duduk rumah sahaja. Tak mau pergi mana-mana. Worse, okay! Having that such feeling. 

Lemau kot! 
Macam kerepek masuk angin. Dah tak sedap, jawapnya jadi makanan tong sampah sahajalah. 
Tapi manusia kalau dah lemau? Takkan nak masuk tong sampah juga? 
Buat lawak apa. Dah sah-sah, tak mahu kan? Siapa mahu? Ish, tak masuk akal. 

Tak mau lah, lemau.. syuuuhh syuhhhh..pergi jauh-jauh perasaan lemau! 
Macam halau, ayam je kan. Hahaha. 
Eh, tadi saya dengar ada orang nama Hilman. Oh rupanya dalam dunia realiti memang ada orang nama Hilman. Oh, rupanya dunia Novel itu memang wujud. Sebab itu kadang-kadang jangan kita kata... ishh tak logiknya. Tapi sebenarnya, wujud cuma mungkin ia kes terpencil. Saya dah mula nak berjinak-jinak semula jaga pendengaran. Hehehe. Rindu sangat waktu matrik dulu terasa jiwa saya sentiasa terisi. Walau ia tempoh setahun, tetapi itulah hidup yang saya kagumi. Sembilan tahun lepas, lama dah kan.

Mula-mula di sana saya tidak kisah sangat tentang belajar. Rasa nak enjoying myself! Hekk. Lepas itu rasakan. Mujur result tak teruk sangat. Tapi tetap tak capai tiga sipi2. Bengang punya tak ingat. Rasa waktu itu bodoh teramat pun iya. Akhirnya insaf, tapi tinggal final semester. Pastinya lebih berganda susahnya. Yes, memang susah. Menyesalkan tak usaha dari awal. Itu pengajaran berharga. Sejak itu, Dayah sedar diri. Masuk Uni, 1st year bukan honeymoon. Attending class pun MUST 30 minute early. Baik tak? Hehehe. Dulu la. Entah ke mana diri saya yang sebelum ini, entah. Jiwa saya macam kosong, mungkin teman-teman yang meniup semangat makin jauh. 

Iyerlah, masing-masing sudah berkomitmen. Jauh-jauh pulak itu. Dahulu dan sekarang terlalu banyak perubahan. Adakala, saya terasa mahu duduk jauh supaya saya tahu membuat pengisian jiwa. Bila dekat saya rasa terlalu lalai. Telefon? Memang bukan teman setia. Even telefon sangat penting, sebabnya client hari cuti pun depa cari! Tapi saya ini bilalah nak insaf. Asal sampai rumah HP @ telefon itu saya memang campak je merata. Esok nak pergi kerja baru mencari. heee.. buruk perangaikan. Tapi memang itu pun tabiat buruk. Tak bolehlah nak duduk dengan telefon, nak nak lagi. Telefon itu beri kita gelombang negatif pada otak. BURUK PADAHNYA! Haaa. melekatlah lama-lama dengan telefon. Bahaya taw! Awas ya. 

Ehh... apa saya merepek ni? Dah macam kerepek campur! Dari lemau... ke jiwa kosong.. dah ke matrik sampai ke uni dan sampai ke telefon? Hahahaha hatdoiii la Dayah..

D_Y_H
Karang makin merepek saya dekat sini.. chaw.. chaw.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

This few days.. saya ngadap novel2 sahaja. Internet connection hampagas. Naik give up nak fixed the problem. Banyak cara dah di lakukan tak juga mahu-mahu. Tapi bagus jugalah, I am able to finished 3 novel! Yeah. Keluar dengan baby and Datin... went out late lunch with Abah, Angah, Sri, Datin and my baby. Then for the 1st time having fruit tutti (is that correct? ahh belasah je la kan.. hahaha) 

Here and there dengar orang dok sebut sedap-sedap. So baru taw dekat prescient diplomatic ada kedai tu.. angah was told me that it own by Naza Group? If I wrong, then should blame angah. She the one tell me.. hahahaha.

Oh ya... talking about novel.. memang 3 buah saya berjaya habiskan dlm 2 hari ni la kan.. each around 700++ pages.. tiga2 cerita lain-lain. Yang paling best, "Aku yang Kau tinggalkan" sampai baby kata, 

eh long kau ni frust ke? 

erk? Baby ni sengaja nak buat cerita. Frust dengan siapa? Mr. Black? Memang nabi tak mengaku umat dowhh.. hahahaha.. I love my Mr. Black okeh! Walau dah banyak merungut tapi dialah yang berjasa selama 5 tahun ini. Tanpa dia tak dapatlah nak cari rezeki dengan mudah. 

Back to that story, baru tahu ada sebuah negara di Italy namanya TURIN. Lots of knowledge Dayah dapat from that novel. Pasal damage brainlah, pre-nuptial agreement, bit bahasa italy, nilai brother and sister in Islam. Lots of things. Berharga. Dan touching part, bila seorang ibu yang tak sanggup berpisah dengan his son. Sebab? Pre-nuptial agreement. Salah faham sampai hujung cerita dan sekarang ini banyak sungguh novel suka cerita watak mak mertua yang jahatkan? Eh memang realiti mak mertua jahat ek? Dunia-dunia. Manusia tak semuanya sempurna.

Dan novel "Cintra Kontrak" pula remind me about Permata yang di cari. Memang Dayah suka sangat kot lagu ni,


Cerita dia memang rock habis! Brutal sangat Rysha. Berbelit-belit lidah nak sebut nama watak-watak dalam cerita ini. Tipikal malay novel, suka letak nama semua sedap-sedap. But I enjoy reading it. Kena sangat cerita dia dengan usia yang di ceritakan. Tak matang langsung baik watak lelaki dan perempuan dalam cerita ini. Boleh dia panggil suami dia "Cicak kobeng"? hahaha.. funny.

Lepas itu cerita "Uda dan Dara" by Aisya Sofea. Okay, this one dia tulislah apa cerita pun. Dayah beli sama macam Kak Yati. Lepas itu Dayah susun tunggu mood mai nak baca. Hahahaha. Ada lagi berpuluh buah lagi Dayah kepuk tak baca-baca. Now only started reading "Our Iceberg Is Melting" sound bored ek? Tidak sama sekali, I impress the way penulis cuba sampaikan maksud sebenar. Baru baca 4 pages.... now moving.. moving hope boleh baca dan habiskan today. 

Internet connection tak bagus memang bagi ruang untuk Dayah membaca lebih banyak. Sampai mama dan Abah pun merajuk. Hehehe. Depa ajak keluar, I said NO. kekeke.Terus hadap membaca. Sampai Alia.. ehh Ali pun sama naik bored. Tak ada nafsu langsung nak keluar. Just stay at home cuma Saturdaylah dari tengah hari sampai shopping complex tutup berjalan cari barang school dengan Baby and Datin. Selain itu, kita orang makan sampai tak leh jalan. hahahahaha.. seriously. Memang macam nak suruh orang tolong tolak je waktu. Almost 2 hour jadi lagu tu. Rasakan. Lepas itu, sekarang memang kepala saya sensitif dengan MSG.. mmg byk betul MSG dia pakai. Naik pening kepala sampailah take coffee baru lega. Bad thing about fast food. 

Eh, macam-macam Dayah membebelkan? Hehehehe.. maklumlah.. connection yang sengal ini buat Dayah nak telan-telan. Kerja office pun tak boleh nak buat. Sabar je la. Pheww.. baru selesai emailing boss.. hopefully tak kena ketuk.. hahaha.. 

D_Y_H
Internet connect please be nice the me la... rasanya bukan connection but this laptop! Tapi rasa macam connection. Ntah bukan IT expert!