Sharing Ovarian Cyst: Rawatan melalui kaedah hemeopathi

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day, 

Apa khabar semua hari ni? 
Harapnya segalanya baik-baik belaka yer sahabat sekalian. 

Entry kali ini Dayah ingin berkongsi mengenai satu komen dari seorang Sahabat yang tidak bernama aka Anon. Buat Anon, terima kasih kerana sudi berkongsi cerita pengalaman anda. Moga menjadi manafaat sahabat-sahabat lain. Cerita Anon begini, 

salam ,

saya juga ada penyakit endometriosis dan adinomyosis, mula doc nasihatkan buat 3 kaedah pilihan. 1. bedah, buang sis tu, 2. bedah buang rahim 3. guna laser utk buang sis.

mula2 tu banyak jugak ar fikir, doa , solat . tp last2 Allah gerakkan hati berubat dengan kaedah homeopathi. dulu perut selalu tegang, kembung, sakit. ni dah 2 minggu amalkan ubat homeopathi, minggu pertama tindak balas ubat tu sakit gak, masuk minggu kedua ...alhamdulillah. doc homeopathi kata jgn buat pembedahan sebab pengalaman dia selama 25 tahun merawat penyakit endo dah ramai yg sembuh dgn izin Allah. ubat kesuburan pun ada dengan kaedah homeopathi cuma dalam bab zuriat ni, kita hanya berusaha , Allah saja yg dapat memberi.

Alhamdulillah, mudah-mudahan Anon sihat-sihat selalu.

0 comments: