Calon suami yang macam mana pilihan kalian?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day, 

Memandang topik sebegini yang mendapat rating tertinggi di blog saya ni *eceh, betul ni. Hari-hari depa baca about this JANGAN BERKAHWIN DENGAN CIRI-CIRI LELAKI BEGINI (BACALAH =P)* yang pastinya di sini bukan tempat mencari calon suami ;p hahahaha. 

Back to topic. Kriteria yang mana mana kalian cari untuk di jadikan calon teman kehidupan (dunia dan akhirat). Beratkan bunyinya. Ayoook! Penting di ingat, si dia bukan sekadar SUAMI akan tetapi saya yakin kalian juga perlukan SAHABAT. Betul tak? Mestilah kan.

Takkan mahu mencari MUSUH pula kan. Nanti jadi macam MUSUHKU SUAMIKU *hahaha pengaruh novel, but happy ending* Tapi bak kata oranglah kata, *orang muda lah berkata* alah lama-lama sayang jugek! Haaaa.. Tak tahulah benar ke tidak kata orang muda tu kan. Rasanya mungkin 70% sampai akhirnya selebihnya mungkin WASALAM sahajalah. *anggaran % saya sekadar anggaran peribadi dan tidak tepat!*

Kalau tanya saya sendiri, no specific criteria! Penting dia tahu "SUAMI" itu apa dan boleh jadi "SAHABAT" saya. Mudahkan. Tapi tahu tak apa itu SUAMI? Dan bagaimana jadi SAHABAT?

Suami:
1) Ada ilmu (dunia dan akhirat)
2) Ringan mulut dan tangan (menasihati dan membantu)
3) Pemimpin dan membimbing

Sahabat:
1) Mata dan Telinga (menegur bila salah dan mendengar apabila memerlukan)
2) My emergency contact all the time
3) My reference (tak perlu sentiasa betul, sekurangnya mampu beri saya sedikit idea)

Senang di tulis, untuk dapatkan yang öriginal"susah tak? Saya sendiri tidak pasti. Cuma jangan terlalu menyempitkan pemikiran, yang buruk itu mungkin pada pandangan mata, tetapi mungkin dialah yang terbaik yang Allah telah tentukan. Makanya, selain berusaha kena juga redha dengan ketentuan illahi.

Sekali sekala seronok juga jadi pemerhati. Dalam Memerhati kita belajar sedikit sebanyak tentang kehidupan orang lain. Tapi jangan jadi pemerhati yang berduri. Jangan sesekali.

Till meet again.
-D_Y_H-

2 comments:

hansuke said...

wah..topik hangat, dapat pancing ramai orang ni..hehhe~

taknak comment lebih, ada betol pos ni.:P

p/s: busy2 pon, bole lagi berblogging, hebat!! :)

Dayah said...

Salam En. Hansuke.

Amboi dia... sempat jalan2 ke blog. Ini draft yang dah berbulan terkepuk. Tulis sikit2 publish. kekeke.

Mmg topik ni hangat ada banyak viewer kot. Dayah bkn taw. main hentam ni keekeke