2 naskah yang saya sayang

Assalammualaikum wbt & Good Day,

Ada yang gemar membaca?
Tidak keterlaluan jika sekiranya saya katakan minat membaca di kalangan orang Malaysia telah meningkat. Saban hari penulis ramai penulis novel baru muncul, sampai naik pening nak memilih buku mana yang saya mahu.


Yang pasti, penulis kegemaran yang saya sambar dahulu. Usah di Tanya kenapa. Mereka ini memang terbaik dan karya mereka tidak pernah menghampakan. Good job!

Hari ini Dayah nak share antara 2 buah naskah yang saya gemari Dan telah di ulang baca lebih dari 10 kali. Kalau hilang mana2 novel ini saya memang akan beli semula. That crazy but I really will do that.

Dan paling pantang orang membaca sebelum saya (merujuk kepada buku yang di beli). Alih pun jangan! Dayah hanya Akan keluarkan buku2 ke mini library after complete reading. Kalau buku tu tak terbaca berbulan or bertahun maka duduk lah dia diam2 dalam bilik saya.

Lately, I think almost 2-3 months memang tak berkesempatan nak membaca tapi masih sempat membeli karya2 baru.

Herm berbalik pada dia naskah yang saya sayang tadi adalah;

- air mata kasih
- hati seorang wanita

Kedua-duanya hasil karya penulis kesayangan saya^^ Kak Yati. Best amat! Setiap Kali baca Tiap Kali tu nak sob sob sob. Dua-dua tentang wanita;

-kisah seorang anak yang di benci ayah nya sendiri.
-kisah seorang isteri yang sering di sakit suaminya.

Keduanya sangat2 best. Kalau Ada yang pernah membaca pasti tahu. Ada lagi karya karya hebat Kak Yati, yang selalu bermain di minda saya. Kisah seorang wanita yang bermotosikal yang Ada Kebun sawit serta tragedi 1963. Sampai satu ketika saya terfikir, penulis ini tentu berkahwin dengan orang cina. Banyak cerita baba nyonya. Kini baru saya tahu Kak Yati dr Melaka sebab itu karya ya tak lari Dari tempat asal lahirnya. Ohhh kalau mahu bercerita tentang karya hebat beliau banyak lagi. Satu Demi satu terlayang di minda saya saat ini.

Till meet again.
-Dayah-

0 comments: