Asal kaya kena show?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day, 

Aha! Topik yang mungkin tak sedap telinga dan lidah mendengar dan membacanya. MUNGKIN. Saya tak tahu. Anda yang tahu. Ho ho ho, apa dah jadi Dayah? Siapa buat show? Jutawan ke dia? Billionaire kah dia? Trillion? oh tidak. 

Saya sendiri tidak pasti berapa jumlah wang yang dia ada. Tapi siapakah dia? Anda. Anda. Anda dan mungkin saya. MUNKIN. 

Kenapa? Apa sudah jadi? Demi melihat sebuah gambar atau iklan, saya rasa sesuatu yang tidak kena. Asal dah berada sikit, mula pamerkan saya ada sekian, sekian dan sekian. NORMAL. Tayanglah kereta harga hampir RM500K dia. Wah, BIASA dah tengok.

CEMBURU eh? He he he mahu tak, awak dah berjaya. Saya? Dok takuk lama. Betul ke? Itulah rezeki namanya. Tak semua orang dapat rezeki kedebuk sekali. Tapi kalau Allah nak tarik, sekali ZAS sahaja hilang semua. Segalanya dengan izinNYa. Jadi banyaklah berdoa dan BERUSAHA.

Entah kenapalah saya merepek malam ni? Entah kan. Mungkin lama tak buat bebelan di sini. Cuma ingatan buat diri, sekaya mana pun kita jangan di lupa orang yang tak berada. Kadang-kadang kita alpa. Ingatkan diri, ingatkan kawan lain jua.

Kita rasa, dulu kita susah tapi kita berusaha sampai kita berjaya. Tapi dia? Berusaha tak mahu, nak tadah tangan sahaja. JANGAN kata begitu. Gunakan pendekatan Psikologi. Caranya: Andai dia tahu menulis dan karyanya bagus. Hadiahkan dia sebuah laptop, ajar dia bagaimana mahu mengggunakannya. Ajar bagaimana mahu manafaatkan dan menjadikan ia sebagai sumber pendapatan. (ini gaya moden). 

Kalau zaman Rasul dulu, apa yang Rasul buat? Ada satu cerita saya tidak pasti dari mana asalnya, di ceritakan oleh adik saya pada suatu malam, 

Datang seorang lelaki meminta bantuan dari Rasulullah. Dan Rasulullah bertanya kepadanya, apa yang engkau ada? 

Kata lelaki tersebut 2 tikar usang. Lalu di suruhnya lelaki tersebut menjual tikar tersebut. Hasilnya, dapatlah dia membeli sedikit makan dan 1 bilah parang. Dan Rasulullah suruh sahabat ini masuk ke dalam hutan dan mencari hasil balik. Dia pulang dengan menjual balak sehingga menjadi kaya raya. 

Nampak tak? Itu cara Rasulullah ajar umatnya. Kita? Perlukah kita tadah sahaja tanpa berusaha? Tepuk dada dan fikir-fikirkan.

Bukankah indah, merasa hasil dari usaha kita sendiri? 

D_Y_H
Dunia hanya pinjaman, sekeras mana kita berusaha hasilnya jika tidak di kongsikan akhirnya? Bukan milik kita yang abadi. DIA cuma pinjamkan dan kita memegang AMANAH itu untuk di belanja dengan sebaiknya. Jangan lupa ZAKAT sahabat.

0 comments: