Adriana cepat sembuh sayang!

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day,

Moga Adriana cepat sembuh dan tabah yer Kak Ma dengan dugaanNya ini. Kak Ma adalah sahabat saya semasa menuntut di UMS beberapa tahun dahulu dan sehingga kini kami masih sentiasa berhubung. Terutama sekali berkongsi pengalamannya tentang Cyst dan Adriana.

Lahirnya Adriana ibarat satu anugerah yang tidak terhingga buat Kak Ma. Pernah satu ketika dahulu, Kak Ma sendiri loose hope. Tapi kuasa Allah melebihi segalanya. Cyst hilang dan lahirlah Adriana. Alhamdulillah. Dayah baru kelmarin tahu mengenai Adriana yang di masukkan ke wad hospital di KK. Kalau tak melawat timeline Kak Ma, memanglah lambat berita ini Dayah ketahui. Hebatnya kuasa Allah, Dia gerakkan hati saya untuk melihat cerita terbaru Kak Ma, rupanya ada berita yang mahu di sampaikan.

Kawan-kawan yang pernah merujuk blog ini tentang Cyst tentu tidak asing lagi dengan Kak Ma atau lebih di kenali dengan Noorma Razali. Marilah kita sama-sama doakan agar Adriana cepat sembuh, 

Sumber: Facebook Kak Sue (Sahabat Baik Kak Ma)
Comelkan. Kesian dia. Moga sekecil ini dapat mengharungi dugaan ini dengan berani. Buat Kak Ma, moga Kak Ma tabah dengan ujian dariNya. Kawan-kawan sekali lagi, mari kita sama-sama doakan untuk si kecil Adriana ini cepat sembuh seperti sediakala. Kini Kak Ma sudah berada di Hos. USM, mengikut update yang Dayah baca kemungkinan besar akan di bedah. Kandungan bengkak di lahir itu terkandung nanah. Ya Allah, tabahlah si kecil. Dia masih belum ketahui apa-apa. Moga Allah permudahkan segalanya. Kalau kita yang besar ini rasa sakit apatah lagi si kecil ini.

D_Y_H
=.="

1 comments:

Noris said...

noris doakan adriana cepat sembuh juga. amin...