Ovarian Cyst: Jangan bersedih sahabat

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Lamanya saya tak update tentang Cyst kan. Any where ada banyak perkara yang saya nak share  dan story mory dengan semua. Cuma maafkan saya, kekangan waktu membataskan. Mana yang cepat dan pantas, bolehlah saya update segera (walau hanya di dalam kereta ;p he he he.. those want to get more updates join me on instagram. Heeee wahhh.. promote ;p hahaha...) 

Dayah seronok sangat dapat komen from Noris. Really happy for her, she pregnant! Congrats dear. Sedikit pesanan buat awak, jangan fikir yang bukan-bukan. Take care of your health. Lalui saat manis ini dengan hati yang gembira tak mau gundah2 taw. What ever you feel, baby can feel too! Manis-maniskan muka, nanti baby awak mesti muka manis je. Bila kita fikir bukan-bukan, mulalah muka kita tu nak cemberut sana berkerut2 dahi tu. Cuba bayangkan muka awak macam tu sepanjang mengandung kan (heee ;p) Dah dah dah jangan bayangkan. Senyum-senyum. Heee.

Apa cerita Noris ni? Kenapa dia risau?
subnaallah. hanya Allah sahaja yang maha mengetahui segalanya. happy untuk kak ma. dayah, saya baru lepas checkup hari isnin lepas di klinik kerajaan. saya pregnant 3 bulan. masa scan ada cyst belah kiri bawah baby sebesar 3.5x4.9cm. doktor cuma cakap common tak perlu risau. tapi bila dah search internet ada jenis cyst yang bahaya. jadi risau plak saya sebab tengah pregnant anak sulung. dulu pernah miscarriage sekali. saya try untuk tak risau sangat sebab tak elok untuk perkembangan baby dan ada komen dalam forum2 kalau kita stress lagi cyst bole jadi besar. sekarang ni saya buntu tak tahu nak buat apa. doktor suruh datang checkup awal bulan 8. saya cadang macam nak pergi klinik private dapat 2nd opinion. tapi risau plak kalau kerap scan sebab baby masih kecil. masa pregnant boleh ke makan peria dan mengkudu seperti yang kak ma beritahu? saya berdoa mudah2an semoga cyst itu akan hilang sendiri juga :)

Anak Kak Ma pun dah besar taw awak. Dari pembacaan saya, CYST ini effect dia lebih kepada bila nak pregnant. So bila nak pregnant, kebarangkalian tu macam susah sikitlah. Tapi itu semua ketentuan illahi. Saya sendiri sukar nak gambarkan CYST itu sakitnya macam mana. Kerna symptom nya berbeza-beza bagi setiap individu. 

Tapi yang pasti, saya juga sama seperti awak. Cemas sentiasa ( I can help it!). Setiap kali check-up, jantung saya berlari sepantas kapal terbang di udara. (fuh! bayangkan betapa lajunya ia berdetak). Setiap kali nak pandang monitor tu, mulalah dup dup dup dup. Tapi perasaan ini cuma waktu check up, Alhamdulillah. Tak terbawa-bawa dalam day to day life. Saya tak mahu fikir yang bukan-bukan. Walau hakikatnya, detak hati saya tak pernah diam. Bagi sesetengah orang mungkin, alah apalah sangat. But for me, it is something. Sometimes cannot share dengan siapa pun.

Cuma please please please be positive. Teruskan kehidupan. Tak mau monyok2. Elakkan bersendirian, sebab we tend to think yang mengarut2. Ada cyst not end of your life, bebeh.. heeee. Noris, awak jangan risau sangat taw.

Saya ada juga kawan kes, macam awak. Realise only after 8 month preggy. Masa bersalin terus surgery cyst serentak. Buang sahaja Cyst itu.

Balik pada persoalan awak tentang boleh ke, amalkan peria dan mengkudu? Saya memang totally tak tahu awak. Saya ada make some reference, untuk peria adalah TIDAK BOLEH. So, awak jangan taw. Amalkan pemakanan seperti biasa. Cuma macam saya, Dayah dah tak makan daging merah. Sebab dia meransang tumbesaran cyst. Selain itu juga, menses juga meransang tumbesaran. Memandangkan awak tak akan ada menses untuk beberapa bulan, kemungkinan size cyst tidak akan berubah. Kemungkinan la. Saya dah bertanya pada K.Ma tentang amalan pemakanan beliau sepanjang tempoh mengandung. Nanti insyaAllah, bila dia free dia balas. Sama-sama kita tunggu ek.

D_Y_H
Now is July... very soon is Nov.... 

4 comments:

Noris said...

thanx dayah! ada entry special pulak untuk noris. hehe. banyak komen kat forum bagitau kalau cyst tu besar dari 5cm memang doktor akan operate masa baby dah second semester. kak ma dulu cam mana ye? tertanya2 jugak cam mana dia bole bertahan tak nak operate je. hee.

Dayah said...

Salam Noris,

Hehehe. Sharing is caring^^
Saya dah dapat jawapan from K.Ma nanti Noris baca on the next entry for Ovarian Cyst ek.

noorma said...

noris dah add ke fb kma??kalau blom add ah kma...noorma razali

Noris said...

dayah, dpt x komen noris kat entry baru smlm? kakma, noris xda fb la :[