Ovarian Cyst: "Cyst sebesar 12cm dan saya sangat takut"

Assalammualaikuwm wbt & Salam Sejahtera & Good Day,

Dayah baru received two comments from Misya. Buat rakan-rakan yang pernah mengalami saat seperti beliau mungkin boleh tinggal di sini kata-kata semangat buat Misya.

Comment 1:

Cinta Misy said...

Salam..sy misya..
skang saya ada cyst sebesar 12cm.. 2008-2009 sy pernah tebuk tapi skang ada lagi..saya belum   berkahwin,umur 29thn..sy takut utk buang ovari kerana sy tidak mempunyai sakit apa2 walaupun ada ovari.. ada tak yg boleh membantu saya..tq
July 25, 2012 7:53 AM 

Comment 2:

Cinta Misy said...

 Assalammualaikum..
Saya ada cyst 12cm dan akan menjalani ctscan n operate. saya tak rasa sakit apa2..period semua normal..sy belum berkahwin n berusia 29thn.sy takut sgt2..sy tak nak buang ovari.. :(     ada tak yang boleh membantu saya... saya sgt tertekan sekarang....sy rasa sgt down..:(
July 25, 2012 7:57 AM


Misya, Dayah ada sembang-sembang dengan seorang kenalan beberapa bulan lepas. Dia kena buang cyst together with the ovari juga. Tapi dia refuse. So dia cuba dan cuba untuk dapatkan rawatan alternatif. Alhamdulillah selepas rawatan alternatif yang di ikuti, cyst tersebut gugur sendiri. Cuma kisah dia lain sedikit. Dia sudah berkahwin dan belum punya anak. 

Misya, awak jangan terlalu berfikiran yang bukan-bukan. Sebab itu awak rasa sangat tertekan dan down. Saya sendiri pernah berada di tempat awak satu ketika dahulu. Cuma bezanya, diri saya tiba-tiba sakit dan lima hari selepas itu ovari sebelah kiri saya di buang sepenuhnya. Syukur cuma sebelah yang di buang, sekurang-kurangnya saya masih punya sebelah lagi ovari. Terus-terang saya rasa teramat sedih pada awalnya. Tapi apa yang boleh saya lakukan ia sudah berlaku. Saya tidak boleh berpatah semula. 

Kena kuat untuk teruskan hidup, sekurang-kurangnya Allah tak tarik semua nikmat itu. DIA masih beri saya sebelah. Awak kena positif Misya, kebarangkalian itu mungkin ada tapi ia bukan penamat segalanya. Suggestion saya pada awak, 

1) Cuba cari rawatan alternatif untuk membantu mengecilkan cyst. 
2) Jaga pemakanan, ini sangat penting! Cuba buat kajian, apa makanan yang mengalakkan perkembangan cyst? Saya tidak pakar, saya cuma bercakap berlandaskan pengalaman sedia ada. Dari pengalaman kawan-kawan saya sendiri implikasi ke atas diri sendiri. Saya totally buang RED MEAT dari pemakanan saya. Saya bejaya laksanakannya. Selebihnya, awak baca di sini pengalaman Kak Ma. Say no to FAST FOOD!, PROCESS FOOD!
3) Turunkan berat badan, kebanyakkan kes untuk ovarian cyst rata-ratanya adalah dari wanita yang obes.

Untuk rawatan alternatif itu, ada seorang kenalan saya pernah beritahu yang ada sebuah pusat rawatan di Perak. Saya tidak pernah mengikutinya, tapi mengikut kata kawan saya itu peratusan untuk mengubati Ovarian Cyst agak tinggi. Saya akan cuba bertanya, Misya tinggalkan email address nanti saya bagi detailsnya.

D_Y_H
Awak jangan sedih-sedih, Allah tak uji hambaNya lebih dari kemampuan. Moga ada miracle buat awak. Ciayok!^^

7 comments:

Cik Cip Puding said...

Semoga Misya tabah menghadapi dugaan sebegini. Mmg kene ada support system yang kuat..

Neymiey said...

Sis ble email no tepon pusat rwtn d perak tu

Neymiey said...

Email no fon pusat rwtn tu

Aura Seri said...

email me pusat rawatan tu boleh pls :) hanida.noor@hotmail.com

Cinta Misy said...

Maaf lama tak tgok bloq dayah nie.. thanks dayah..cik cip puding n all..
alhamdullillah misya dah selamat jalani pembedahan pada 16hb Nov 2012. Major Operation..mcm org nak bersalin tue...huhuhu..
15hb doc pakar Hosp Besar Melaka bg tahu misya yang ovari mmg akan di buang sebelah..sedih sgt2..tp masih terus berdoa..semua doc yg dtg dr yg pangkat biasa sampai ketua pakar pun ckp benda yang sama...
misya pasrah dah masa tue.. 16hb misya bgun subuh2 solat n masih minta allah bg keajiban pd diri misya makbulkan doa misya.. "Ya Allah seandainya ada ehsan drmu Jangan amik ovariku...semoga dlm bilik operation doc ubah fikiran tidak buang ovariku" doa misya hari2 n hari terakhir sebelum bedah..pkul 8mlm misya masuk bilik bedah..pkul 12lbh keluar...Khamis doc dtg buat rawatan n bagitahu tentang pembedahan tersebut..Doc tanya tahu tak apa yg doc keluarkan masa bedah tue..misya ckp tahu..cyst n overi..tap misya Sangat Bersyukur..sgt terkejut bila doc bgtahu Ovari tidak di keluarkan hanya cyst yg sebesar 16cm dikeluarkan.. Ya Allah misya sgt bersyukur...Allah selalu dengar doa misya...n doa dr semua org..

to ma dear DAYAH..Allah bg keajiban tue pd misya dayah....u r rite ma dear..ALLAH SWT bless you always.. n all... ^_^

Noni Syazlina said...

dekat tmpt perubatan alternatif kat Perak tu?sy in Ada cyst dan pernah operate pd 2013..skrg cyst tu berulang lg..ni no.HP sy 019-2343070

Anonymous said...

Saya umur 23.. Belom kahwin.. Saya pon ade cyst.. Jenis darah punca dri period saya.. Pernah operation mase 6/2013.. Tapi bulan 11/2014 dpt detect cyst ade balik besar 4.4cm.. Dan skang makin besar ke 4.8cm.. Doc byk kali ckp bile dah capai 5cm n above, doc terpaksa buang sebelah ovary.. Allah.. perasaan sy sama rase mcm perasaan sis misya.. Takot n sedih teramat sgt.. Otak ni sentiasa memikir pasal nnt tggal sebelah ovary je.. Doc plak suruh sy kahwin cepat2 sebab cyst sy punca period.. Dlm tmpoh mase pregnant, doc ckp cyst sy mungkin akan hilang terus.. Kite pompuan.. Bkn senang nk ajak pihak lelaki kahwin.. Bukan smua org paham situasi kita skang.. Kekadang rase mcm mlm ni jugak nk kahwin.. Makan sy sentiasa pantang.. X makan segala daging.. Sebab daging galakkan pertumbuhan cyst.. Sis smua ade cara berubat kaedah lain x??