1st Dishes for Ramadhan

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day, 

Okay, hari ini memang tajuknya 1st .. he he he. Nak jadikan cerita semalam Dayah kunonnya rajin lah kan. Sekali. Hampeh! Telling you the truth is SAYA MACAM BUDAK KECIK YANG TAK RETI LANGSUNG MASAK ! Why why why. 

Hahahaha. Padanlah muka. Sebab saya dah terlalu lama tak masak. Cukup malas nak sentuh senduk dan kuali. Ini kan pulak nak masak for about 30 pax. Dari nak buat Sambal tumis tongkol. Jadi sambal tumis Sotong. Lepas itu dari nak buat Mix Vege jadi taugeh + khucai ikan masin. Dan terjadi sambal bilis dengan tempe + terung. It's only done after an hour. Dan kena marah dengan mama! Dang! 

Heee. Okay that my mistake sebab dekat 6.45 baru saya start masak. So terima sahajalah segala kelemahan semalam. Tapi sungguhnya skill masak saya sudah ke laut. Sebenarnya memang tak ada bakat memasak langsung ekekeke. Dan saya sungguh malas masak, sekian. 

So, memang taubatlah nak pengang senduk dah. Hasilnya memang ke laut sungguh. Nampaknya memang mama sahajalah kena sediakan. Teringin nak masak tapi mood saya memanjang ke laut. Dan bila dah ke laut rasanya pun ke laut. Sememangnya, mood saya sangat mempengaruhi apa yang saya buat. Contohnya, kalau saya mengubah bunga. Sekali someone marah ke tengking ke atau apa2 je lah yang buat saya down. Memang hasilnya. BURUK! huhuhu.. 

Sebab itu AWAS! Please lah jangan kacau kalau orang tengah buat kerja ek. Sebab hasilnya POOR QUALITY as you eat my sayur! Lol. 

Apa da saya merepek kan. Sebab POOR QUALITY of sambal even harga sotong tu superb mahal! RM63 ringgit 3KG okay! But saya telah spoil kan ia. Maaf SOTONG. Sian awak kan. Malamnya sebab kesian kan dia, saya jadikan nasi goreng rojak-rojak. 

Saya memang suka rojak-rojak kan semua jenis masakan. Again no picture been taken. Tapi saya suka. Tentulah sedap! Hahahaha. Itu saya pelik. Bila saya rojak-rojakkan makanan mesti jadi. hahahahaha.. hidup saya penuh rojak-rojak lah.

D_Y_H
Ok bai! Puas dah merepek dekat sini. Moral of story, kalau dah tahu skill merundum rajin2 lah p dapur asah yer adik2. Jangan cepat putus asa. Ciayok! 

0 comments: