Sambung cerita Bandung ... ini trip ke dua

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day, 

Bandung lagi?
Heeee.... for 2nd time for this year. 

PENAFIAN: Saya bukan peniaga yang ambil barang dari sana. Tapi untuk masa akan datang mungkin. (sebab saya masih lagi bekerja makan gaji .. heeee.. nanti dah berhenti, InsyaAllah adalah product from Bandung yang mahu saya niagakan)

Kali ini banyak gambar kot. Meh kita tengok gambar meh,





                            


In short, BANDUNG SURGA TEKSTILE!
Benaran ni.
Material dekat sana pada saya lebih murah dan terkini. Gambaq ambik ni tak la cantik sungguh, tapi mata yang melihat ini, bagai dah jatuh hati berkali-kali sampai lupa nak snap picture. Hasil tekstile buat diri saya sendiri rasanya ada dekat RM300 saya habiskan. Dapatlah dekat 9 pasang. Paling saya suka Italian-Cotton, sumpah puas hati. Tak snap picture da. Sampai si SRI ni teruja, tengok sahajalah muka dia tu. Terkezuttt. He he he. 

Mana nak cari kain-kain ni semua? 
Mana lagi terjahlah ke Pasar Baru. Sepanjang Empat hari kami di sana, hari-hari kami ke sana. PERCAYALAH! Ha ha ha. Kalau bawa banyak lagi ongkos, memang senget kapal terbang itu di buatnya kami. Saya rasa teruja dekat sana, mana cash mana fikir berpuluh kali dan ter"swipe" credit card. Agagaga. Gigit jari lepas membeli, okeh! Bahaya, kalau dah rambang mata. But but but, to be frank saya beli hari terakhir. He he he. Lepas kena paksa dek adik saya, beli la beli la beli la. 

Banyak wang saya yang habis dekat makanan kot! Okeh sometimes, they do call me FOOD GPS! Aigooo. Sabar je la. Mana lubuk pun taw, katanya lah. Tapi hakikatnya bukan semua, I just know certain place yang capai piawaian tekak saya pun. 







Inilah bandar Bandung. Kalau tak sesak dengan kenderaan, sesak dengan ramai orang. Hari-hari jalan-jalan raya penuh dengan kenderaan. Macet! Sepanjang percutian kami kali ini, kami menggunakan perkhidmatan ANGKUTAN! Yezzaaa, best! Jangan takut sama dengan orang tempatan. Mereka ramah-ramah dan baik. Kami ada beberapa kali salah menaiki angkutan tapi selepas bertanya, terus di jawab dengan baik. Siap bersembang lagi dengan mbak2 dan ibu2 di dalam angkutan. Dengan adik-adik sekolah pun ramah di sana. 

Mana nak cari Blue Bird di Bandung, tak silap saya. Kami di maklumkan cuma terdapat 200 teksi bluebird yang berdaftar di Bandung. haaaaa.. mana nak cukup. Kalau di Jakarta lain cerita, pantang nampak ada je nampak bluebird and frankly, bedanya teksi di Jakarta dan Bandung. Jakarta (jikalau menaiki BlueBird sahaja) pemandunya lebih jujur. Kerana? Mereka menggunakan meter sepenuhnya. Di sini (bandung) siap main tawar-tawar dengan kita lagi tu, sedangkan berdaftar. *alahai, macam dekat Malaysia tak macam tu kan?* Jadi saya pilih bluebird kalau ada. Tapi malang sukar untuk mendapatkan bluebird di Bandung kerana pengusaha tempatan sudah ramai, mungkin kerana itu sukar mereka mahu menempatkan diri di sana *rasanyalah* dan nasihat saya, kalau naik angkutan. Jangan tertipu! Bayarannya amatlah murah! Tanya orang tempatan mereka akan jujur menjawab berapa jumlahnya. Kalau tanya si tukang angkutan memang kena tipu je la kan. 

Bila berjalan ni, kami gemar drop and walk. Lebih mengenali tempat tersebut. Lagi pun kali ini kami tinggal di homestay. Yezza, memang best sangat tempat ni! Selain murah, pembantunya baik sangat-sangat! Mintalah bantuan apa sahaja akan di usahakan sebaiknya. TERIMA KASIH ya. Kami akan datang lagi. Kami menginap di BUMINA NIE-NIE FAMILY GUEST HOUSE, di Jalan Wira Angun-Angun. Bila tanya angkutan ke teksi ke mereka mesti puas fikir tang manalah tempat ni. Sangatlah dekat dengan Factory Outlet (FO) di Jalan Riau. Jalan kaki 10-15 minit. Its good to walk than naik kereta, waste time due to traffic congested. Kawan tersebut merupakan kawasan yang penuh dengan rumah-rumah agam yang besar-besar, kata orang ... tempat orang kaya ni!  Best duduk sini. Rasa macam duduk rumah sendiri, plus mengikut kata pengusaha rumah ini. Di kawasan ini sahaja, harga rumahnya tidak terlalu mahal dan siap offer if we want to buy she can help us. Rupanya dia seorang lawyer. Ohmaiiiiii, dia sangat low-profile! Mama saya lagilah, dengan sikap ramah-tamahnya memang dia awal-awal lagi dah sembang sakan dengan aunty tu. Peramahkan. 







That sekitar kawasan guest house. Tenang sahaja tempatnya. Oh ya, WIFI PERCUMA! Yezzaa, memang haruslah kan. Nama pun blogger. Walau tak update secara life, hahaha. Tapi posting secara immediate ke dalam twitter dan instagram adalah secara langsung, kekeke. This place type of Bed + Breakfast. Okay la kan. Nak taw berapa rate dia, boleh check dekat FB dia di sini. Apa lagi yang best? Oh ya, yang bestnya adalah BAKSO! RM2.50 makan sampai kenyang sangat! (of coz la Dayah tak makan, but my sister angah, sri and patin yang makan) dia orang dok teringat2 BAKSO ni hatta sampai sekarang. Terlampau sedap katanya. Di jual di tepi-tepi, dengar je dia jerit2 BAKSO tahan terus makan. Tapi hati-hati bukan semuanya sedap. Bernasib baik jumpalah yang sedap tu. Tips dia, kata Sri cari yang NAMPAK BERSIH. InsyaAllah sedap. Kalau makan di gedung-gedung memang tak sedaplah. Kena cari juga yang kereta tarik tu. Memang sedap. Ada satu tu makanan dia yang macam rojak tu, apa lah haiiii namanya... memang sumpah sedap. Tepi jalan juga. Bila tempah di kedai2? Herrmmm hampeh. 

Tapi kan .. kan... kan.... ada satu kedai ni. Sedapppppppppnyaaaa... dan cantikkknyaaaaaaa....... taw mana? he he he.. sebelum ini Dayah ada sebut juga. Taraaa.....




Sorry la kawan-kawan, gambaq tak banyak. Yang pasti saya sangat gemar suasana di sana. NYAMAN dan HARUM sentiasa. Dengan sejuk-sejuk dan deruan air terjun sungguh mendamaikan hati. Sangatlah di syorkan untuk singgah dan makan di sana. Baik pergi pada malam hari, kerana suasananya lebih romantis. Sesuailah kalau2 ada yang pergi bercuti dengan keluarga tercinta. Ada sejenis pokok ini, harus dan bunganya terjuntai ke bawah. Macam yang Aten tunjuk tu. Mama saya memang teruja sangatlah. Sampai nak bawa balik anak benihnya. Aduhai. Ingat lepas? Memang tak lah. Puas juga saya kata padanya, "tak payah la mama" Dia boleh nak minta tolong bapak yang bawa kami jalan-jalan tu dapatkan anak pokoknya. hahaha. mama .. mama... mujur saya bertegas kata TIDAK! Kalau tidakkkkk naaa laaa.. kena tahan. 

Dan dan dan paling syok taw ke mana? Sini haaaaa....















Haaaaa... rasakan.. banyak gila picture saya masukkan. He he he. mesti lembap gila nak buka page saya kan. Ampun ya, keterujaan melanda.. ekekeke. 

Tempat di atas namanya Tangkuban Perahu. WAJIB pergi, andai kata kalian berkesempatan ke sana. Bau Sulfur ada dan tempatnya sejuk! Dan hari tersebut sedikit tidak baik nasib kami kerana, cuaca berkabus. Bukan sikit2, jarak pemandangan adalah dalam 10-20meter. Tak best taw! Tapi kan tapi kan. Kalau kalian ke sini. Jangan teruja sangat membeli ya. Sebabnya di bawah (tanah rata) terdapat benda yang sama dan harganya lebih MURAH! Tapi kan, jauh di lubuk hati saya kasihan dengan peniaga-peniaga di sana. Kerana barang jualan mereka hampir sama dan mereka cuma berjalan kaki dengan tangan kira dan kanan mereka padat dengan barang jualan. Poor them but sorry, tak boleh nak beli. Sebab barang yang di jual sesuai untuk berada di tempat sejuk dan key-chain. Hermm, jalan sahaja di bandung terutama di Pasar Baru, ramai sahaja anak-anak muda yang menjualnya dengan harga yang lebih murah serta quantity yang banyak. Apa pun pilihan di tangan kalian. Mama saya sempat rembat bekas nasi. Unik! Tapi sampai la dia tak pakai2 hahaha..  Mama nak juga sebat senduk2 kayu yang cantik, tapi saya halang. Alihnya saya yang menyesal. Sebab tak jumpa dah dekat bawah, thus harga dekat atas tu tak la mahal mana. huhuhu. MENYANYI LAGI MENYESAL SAHAJALAH!

Ohhh.. panjangnya.... baik saya hentikan dahulu.. sebelum lebih panjang saya berceloteh yang bukan2 hehehe.. well.. enjoy reading and many thanks for dropping. 

D_Y_H
Saya akan ke sana lagi.. yihaaaaaa... jalan-jalan di bumi Allah yang maha luas ini.. terokai kebesaranNya. 

4 comments:

Norlida Binti Husin said...

best bangat....nak pegi la bandung lg.mmg rambang mata shopping.

derajat ahmad said...

Maaf mau info mudah mudahan benguna
Klo mau jln" ke bandung
rental motor aja hubungi kami di
082116053984 / 02292938811 / 29E7A497
http://rental-motor-di-bandung.blogspot.com/?m=1
terimakasih

prabu wardana said...

Prabuwardana Transportasi
"Kepuasan pelanggan adalah aset bagi kami,Kepercayaan pelanggan penghargaan bagi kami untuk terus dapat melayani dan memberikan yang terbaik".

email:prabutransportation@gmail.com
Phone:081282268477
BB :22CB207C


drop off/pick up airport Jakarta to Bandung (hotel) RM 205 (include driver, petrol,Toll Fee, Parking airport.

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.