Pelik tak pelik: Ada juga lelaki yang ikut kata "teman wanita" itu belum bini?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day, 

Amaran: Awak kita bebel bebel je ni taw *PEACE .. sambil angkat dua jari*. Kepada para wanita mahupun para lelaki nak terasa silakan, tetapi ambil yang positif dan fikirkan.

Hai semua . *senyumlah, tak mo monyok2 k. Esok, Sabtukan. Chill bebeh!*
Ha....... jangan ada yang terasa sudahlah ya. Saya cuma terlintas untuk berkata tentang isu ini, memandangkan terkesima apabila mendengar tentang al kisah al lelaki al ikutan al teman wanita lah. Berapa banyak al.... daaa.... Fening. Fening. Feninglah ente. 

Mahu tak, pening. Kalaulah dia isteri kalian tidak apalah. Ikutkan sahaja. Tapi ini? Baru kekasih kot! HARAM pun nak sentuh-sentuh. Mengada, OKEH! Nak merajuk2. (Lol, Dayah hang memang tak cool okay.. hee I am)

Meh nak habaq, kepala hang buh tang mana? *Dayah tanya hang la naaaa....*
Tang mana? *cuba, hangpa semua pikiaq sat*
Allah kurniakan akal yang cukup untuk di guna sebaiknya, tetapi malangnya segelintir yang BODOH SOMBONG guna cara yang salah. Padahal tahu ia "salah". 

Sesetengah individu cukup tahu ia salah. Tetapi entah kenapa teruskan jua, *hidup penuh dosa =.="* Iya kita manusia biasa tak lepas buat dosa. Benar ini. Tapi bukankah kita patut berubah? *fikirkan*

Yang saya rasa sangatlah annoying ni. Apabila, si lelaki mengikut saya kata teman wanita. Di ulang teman wanita. Okay, as for me ada certain permintaan itu logik dek akal untuk di ikut tetapi ada sesetengah perkara alahai langsung tak boleh terima akal okeh!

"Awak jangan sesekali keluar dengan officemate awak taw" Waaah, jatuh rahang kalau jumpa "wanita" sebegini. Eh Eh Eh, ada taw. It's goodlah intentionnya menghalang perhubungan bukan mahramkan. Tapi yang awak keluar dengan teman lelaki awak tu? Saya pelik. 

Itu cemburu BUTA *hati buta* Common lah wanita, he is not even you husband! Kesian dia nak berkawan dengan teman sekerja pun dah tak boleh.


Senang sangatlah nak selesaikan masalah kamu ni wahai lelaki. Kahwinilah dia. Tok sah pikiaq belanja kawin yang mahal tu *tahu* apa yang penting kamu berdua itu halal. Dan lepas tu, lantak p la kat hang pa. Kurung sahaja suami anda itu di rumah tanpa perlu berkawan. Heee, peace^^

D_Y_H
In relationship MUST have trust. Kalau waktu bercinta ini *belum tentu JADI taw!* dah kongkong sangat, esok kawin? *akan kawin ke? dia tu .. di takdirkan untuk awak ke?* tak taw macam mana, entah-entah si lelaki tadi bosan dengan sikap anda dan terus minta putus. Lepas tu? *cry..cry.cry, tak de makna dah* baik berubah. Build your TRUST bebeh. Kawin je la cepat2! Sah sah dia AWAK YANG PUNYA!

3 comments:

hansuke said...

bukan. dia ahmad albab yang punya!! haha~

aisey kencang je tulis bab relationship, dah jadi doctor love ke? :D

orang macam tu la dayah, ada peluang nak dapat pahala, tapi tak amik. sanggup couple lame2 sebab tak pernah terfikir pon pasal dosa.

pernah sekali saya tegur seorang sahabat pasal pic yang dia post dalam fb. my fren tu pompuan. dia bergambar terlalu rapat dengan seorang lelaki pada sofa.

bila saya tegur, dia jawab, "biasa la tu, bergambar macam tu"

saya jwb: "muhrim ko ke? kalu muhrim baru benda ni biasa"

terus dia tak reply dah, termasuk la lelaki yg dalam pic tu.

what i'm trying to say is, kebanyakkan orang menganggap benda berdosa ni perkara biasa. dan bila ditegur kesalahan mereka, kita pula yang dianggap old fashion, out dated, etc. sedangkan hukum tak pernah berubah, walaupon zaman berubah.

bila sentuh pasal relationship, orang islam melayu gagal mencontohi rasulullah dan isteri2nya. kebanyakkannya dari kita, akan kuat jeles, belom apa lagi dah kawal aktiviti si lelaki, atau pon sebaliknya.

of course, jeles mesti ada, kalu takda, itu pelik orang itu, sebab jeles itu lumrah, Allah memang ciptakan pada manusia sifat ini. tapi tak semestinya jeles itu menguasai diri kita, dan kita perlu bersikap pro dalam mengendalikannya.

tapi maklumla, tak semua faham, akan relationship itu utk apa, sebab mereka bercinta berasaskan nafsu. so, soal kawin mereka tak hiraukan pon. sedih2..

lelaki yang sayang teman wanitanya akan lakukan apa sahaja untuk kekalkan hubungan tu, tapi lelaki yang dayus, tak tidak berlandaskan islam, tidak layak dibuat suami, kerana tgk sahaja rasulullah, beliau tu macam mana, perwatakan dia macam mana, cara dia layan isteri dia macam mana, tanggungjawab dia kepada masyarakat pula macam mana? semua yang dilakukan rasulullah adalah kerana Allah. maka jika manusia mengikut beliau dalam kehidupan, iaitu semua perkara adalah kerana Allah, inshallah, semuanya akan sempurna :)

jika seorang lelaki dan pompuan faham semua ni, inshallah, dia layak menjadi suami atau isteri, dan layak untuk memimpin si kecil yang soleh solehah in the future.

wallahua'lam.

Dayah said...

Salam En. Hansuke,

Hamboi hamboi dia pun laju je membalas topic cenggini kan ;p

Kencang x kencang hahaha.. ini pun sebab rasa kena menulis. Dari observation dan finding, hahahaha.

Itulah, bila dah meet "MR/MRS RIGHT" tu apalah di tunggu-tunggu cepatkan aje lah kan. Baik sangat untuk mengelak perkara2 yang tidak sepatutnya kan. kan. kan.

Tapi itulah, ramai suka ambil jalan short cut. Pendeknya akal, haishh. Benda-benda depan mata ini kadang-kadang nak bercakap mulut punyalah payah. Tapi nak menulis laju je *ishh.. malu sendiri*

Pendek kata, dah jumpa grap opportunity la bebeh! Nanti melepas, padanlah muka ;p

hansuke said...

haha~ isu panas ni. org muda dah banyak rosak :)

kadang2, bila si lelaki n pompuan tu dah nekad nak nikah kerana Allah, dan dah jatuh wajib sebab2 'tertentu', nak date atau berjumpe berdosa, maka jalan terbaik adalah nikah dipercepatkan.

tapi, tak semua parents faham akan nikah itu sendiri, walaupon mereka dah pon lalui process kahwin tu.

kadang2 parents sanggup berdosa, tanggung dosa si anak sebab bercouple, sebab mereka rasa belom masa lagi anak mereka bernikah, dengan alasan, kalu kahwin nanti susah, financial tak cukup, belom abis lagi belajar, kalu mengandung macam mana nak handle, etc.

tapi yg sebenarnya, mereka dah salah. sebab menyiksa batin si anak lelaki mahu pon si anak perempuan.

dan yg sebenarnya mereka mungkin tak puas lagi menjaga si anak, atau pon susah nak let go atau pon mereka tak pernah menganggap si anak sudah dewasa. parents memang macam tu sifat mereka, tapi kalu ada agama yg kuat, inshallah hakikat anak sudah dewasa ini dapat diatasi, kerana semestinya meletak Allah didepan dari segala perkara dan perasaan.

rasulullah ada bersabda. lebih kurang, 'kalu dah jumpe si jodoh, cepatkan nikah'.

sebab fitrah manusia tak boleh lari, nafsu harus disalurkan ke sumber yg sepatutnya :) ehem..ehe~

itula org kita, ilmu sikit, tak nak belajar lebih. siapa yg susah? generasi muda yg susah.

wallahua'lam.

:)