Lama tak "hang out" dengan kawan-kawan


Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day, 

Sumpah rindu!
Just read 1 novel story about KK!
OMO! Terus emo, teringat masa lepak2 dengan bff dekat tepi pantai sambil pekena sayap ayam khan. Aigooo, rindu sangat kot. Kalau nak p ramai2, naik kereta. Kalau tak bermotor makan berdua atau tapau makan ramai2 dalam bilik. 

Mee goreng ayam dia pun, Dayah rindu! Sanakan makan apa pun ada semangkuk sup. Apa lagi jadi banjir mee goreng tu, sudahlah tu batang sawi dia makkaiii tercekek kalau tertelan. Tapi tipuuuuuuu la kalau tertelan, dah di potong besaq2. Butalah kalau tak nampak, kahkahkah. 

Rindu sangat nak bawa motor malam-malam kat KK. Buat keje gila, cari gula tengah pagi buta. Aduhai, pengalaman sungguh. Sebabnya kami nak stay up untuk exam esok. Dayah? Jangan di tanya. Saya lebih layan tidur kalau saya dah memang mengantuk. Apa pun tak masuk kalau di paksa.


Itu cerita kampus. Dan saya sangat gelap! Sebab? Saya penungang motor yang tegar waktu itu. Ini buktinya,
Perasan YB kampung kejap! *PHITAM!!! hahahahaha
Cerita di kolej lain pula. Kerja kami, beramai-ramai kumpul makan sama-sama bila hari outing. Tempatnya tentulah bilik Dayah. Bancuh aiyaq satu jug minum ramai-ramai. Keluaq naik teksi sapu p pasar malam. Balik sebelum pukul 6 petang (eh ke 7??) Lepas tu study ramai-ramai, lepas tu berjemaah sama-sama dan paling best bentang empat tilam tiduq la sampai dekat 8 orang secara berjemaah. Hahaha. Best sungguh. Especially bila ada projek banner. 

Keluar pergi bandar Melaka sama-sama, naik bas. Oh bestnya! Sekarang jangan haraplah saya nak naik bas. Balik-balik si hitam tu juga saya pandu ke sana ke mari. Banyak jasa si hitam manis itu. Dialah yang bawa saya pergi seawal pagi dan selewat2 malam dari kerja. 

Dan semua ini dah tak mungkin dapat di ulang dengan mudah. Call and chill out. Sangat-sangat sukar. Contoh paling dekat, teman sekolah merangkap kolej ajak keluar hujung minggu tapi saya terikat dengan job. Aduhai. Masa kita tidak sama lagi. Sering sahaja tidak kesampaian. Mungkin juga kini masing-masing menyusun strategy untuk berjaya. Ialah masing-masing sedang membina kerjaya dan keluarga. Yang tinggal bujang lagilah busy kalah orang berkahwin. Betul ni. Saya dengan bff pun dah berbulan lamanya tak jumpa, bila dia senang saya busy, bila saya senang dia busy. Kesudahannya, bersms pun selepas beberapa bulan. Dan siapa kata teknologi itu kan ada, contact sahaja. 

Katanya mudah, tapi hakikatnya. Bukan semua orang mudah duduk berjam-jam menghadap gadget atau komputer. Sampai masa, lantak kaulah sana. Hahahaha. 

Dan ini cerita kolej.

Belum sekolah menengah dan rendah lagi. Banyak sangat kenangan manis, masam, pahit dalam sejarah hidup. Dayah ni pula kalau jumpa orang tak pernahlah reti senyum. Tak taw nak kata apa muka ketat semendang. Especially, bila tak sure dia tu kawan lama ke tidak, I'm not the type yang go and ask, "awak ni sekian.. sekian ke?" yang selalu jadi adalah sekian wasalam sahajalah. Nampak sahaja. Dan kemudian terus-terus bertanya dengan diri sendiri, kawan kita ke tu ek? Hahaha. Aduhai. Poor me lah. One of the reason, saya tak ramai kawan rapat. Yang benar-benar rapat boleh di katakan banyak di kolej dan kampus. Di sekolah tak ramai. Dah menjadi lumrah duduk mana-mana pun, kalau awak itu "GEMUK" hahaha nak juga kata memang orang tak mahu sangat kawan. *not complaining just inform* its true. Cuba hang cantik, macam semut orang berkerumun. So adik2 sihat sekalian, tak mo nak rasa rendah diri or kata "kenapa kita tak ada kawan ramai macam dia ek?" lupakan soalan itu. Baik belajaq rajin2, capai apa yang hang nak. Lepas tu, kawan mai juga slow-slow. Yang penting hidup seadanya.

Sahabat ini datang dan pergi. Bila masa perlu mungkin ada mungkin tidak, tapi kalau keluarga susah senang insyaAllah sentiasa ada. Mungkin juga ini reason saya, susah mahu di hubungi kalau sudah berada di rumah. Sebabnya, HP bukan keutaaman. Lantak kau lah sana. hahaha. Bad attitude kan.

Tapi dah terjadi satu habit. Sampai pernah saya kena Marah dengan seorang MD gara-gara tak pick up call hari Sabtu. Terbaik punya kena marah! Sampai satu HQ taw! Fuhh! Bernilai betul pengalaman tersebut. But habit is still laaaaaa... susah nak buang. Saya rasa HP tu menyusahkan. Korang tak rasa macam tu? Bila dah busy tu kan, kalau call yang ntah apa2 ni masuk, rasa nak pang ... pang ... pang.. je orang yang call. Nasib tak depan mata, kalau tak.......

Berbalik pada cerita hang out dengan kawan-kawan ini, Dayah kalau jumpa kawan-kawan kadang blur tak taw nak cakap apa, boleh? Aduh. Tapi tetap rindu nak lepak2 dengan kawan-kawan. Masak sama-sama, naik motor sama-sama. Pergi shopping groceries sama-sama. Indah! Pergi pasar malam lepas tu makan secara berjemaah. Fuh! Best! Berjemaah ramai2 pun sangat best! Baca Yaasin ramai! Sumpah best! Ingat lagi masa ada gangguan makhluk ghaib pun usaha ramai-ramai jalan-jalan keliling rumah, bilik tabuq garam yang sudah di bacakan Surah Yasin dan Ayat Kursi. Rindu taw.

La ni, susah la. Awak-awak semua dah kawin dan ada kerja yang membeban kan kita kan. Maksud saya beban dari segi masa. Tak banyak waktu seperti zaman persekolahan. HEAVEN! So adik-adik sekalian, ENJOY + STRUGGLING la masa belajar ini TOGETHER! Lepas dah kerja, percayalah masa itu agak sukar di ulang semula. Boleh tu boleh cuma tak seenjoy zaman kalian masih mencari masa hadapan.

D_Y_H
Rindu kot! Nak balik KK! 

0 comments: