Dah kenapa asyik tengok dia je ni?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day, 

Ha... ayookkk. 
Tak taw nak kata apa. Saya pun pening, kenapalah saya macam kena gam tiap kali pandang dia. Hilang semua rasa sakit hati. Boleh? Ish la. Hebat sangat ke dia ni? Haaaaa, sejak kenal dia memang dah jadi tabiat tengok dia. Eh awak ni. Tak jaga mata kan. 

Tapi kan awak-awak semua, kadang-kadang mata kita ni nakal taw. Benda yang Allah larang suruh di jaga itulah yang kita nak tengok berkali-kali. Alahai. Kalaulah dia seorang Islam. ...........

Dia ni, kejadian tuhan yang sempurna dan saya kenalinya kerana ASST. Kalau tak sumpah, memang tak tahu siapa dia. Tapi kan saya memang tak tahu dia siapa pun. ha ha ha. Yang saya tahu dia adalah klon Hilman Yong yang di gambarkan dalam dunia realiti. Ah sudah, asal ada rasa tak best je, mesti nak cari Hilman. Nak tengok je dia senyum, terus hilang semua masalah. Fuh! 



Wooohaaa... gila tak hot! Hahahaha
Aicehhh pandai Dayah kan. Nak hot saja.Terus terasa nak pergi terengganu sekarang juga. Nak pergi tepi pantai nak suruh Hilman ajar tunggang kuda. *hew hew hew* pengsan kuda tu nanti Dayah oi! hahahaha 

Tapikan betul laaaa... saya rasa macam nak belajar tunggang kuda. Masih belum terlambat kan. Mesti bestkan. Tunggang kuda di petang hari sambil menikmati mata hari terbenam di tepi pantai. Wow! Terujanya saya. Bercerita ini pun dah terbayang-bayang kedamaian suasana. Alahai. 

D_Y_H
Pssst, agaknya lah kan ada tak Hilman dalam realiti?

0 comments: