Tiba-tiba rasa nak duduk terengganu

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Eh .. eh .. eh... tak ada ribut angin apatah lagi. Tiba-tiba sahaja nak duduk Terengganu. Lama dah rasanya nak menjengah Terengganu. Back to 2 years ago, at least 2 week mesti pergi sana. Now no more la. Harapkan bercuti ke sana sahajalah. Herm, rasa macam nak naik bas (ayo, sure kena gelak)

You know.. why suddenly my mind was thinking of Terengganu? Semuanya sebab teringat Hilman Yong. 

Image: GOOGLE
Who is he? He he he. Watak dalam novel Awak Suka Saya Tak? Saya suka watak dia dan yakin mana-mana wanita pun akan suka dia. Kalaulah dia hidup di alam realiti. hermmm...Bertuah siapa yang menjadi teman hidupnya. But, tak mungkin ada seorang sepertinya. Dia hampir sempurna.

Image: GOOGLE

Berjalan di tepi pantai dengan kuda. Tengok matahari terbit. What else ... itu pun cukuplah. Asal dapat buang semua rasa penat dan tekanan dunia. Kan. (Tapi saya tidak pandai menunggang kuda and I wish one day, I can learn it)

Dalam banyak-banyak negeri di Semenanjung Malaysia, saya pilih Terengganu. Sebabnya, suasana di sana. Selain kota berhampiran laut, kesesakan pun kurang berbanding Kuala Lumpur (no complaint bout KL since disinilah punca rezeki saya) cuma kalau untuk merehat minda, Terengganu mungkin pilihan saya. Ada makanan yang saya rindu nak jamah di sana juga. Telor Ikan goreng dekat kedai belakang Mydin Hyper Kuala Terengganu. Masih ada ke gerai tu? Lepas tu kedai cikgu sebelah CIMB tu pun saya rindu nak makan. Cikgu tu baik sangat, setiap kali outstation ke sana dia mesti bermurah hati tolong saya belikan keropok losong. Sebab selalunya, saya tidak punya kelapangan selain waktu rehat. Ish, makan sahaja dalam kepala kan. He he he.

Bila yer.. saya rindu nak pergi Terengganu .. macam laut di sana memanggil-manggil. Datanglah.. datanglah.. 

D_Y_H
April not possible. May not possible. June lagilah tak. July?? He he he.. maybe. Lamanya nak July kan.

3 comments:

mamaijat said...

......ha ha ha...memang penangan Hillman Yong buat mamaijat pun terbuai2 kenangan lalu....
Lokasi yang di gambarkan sangat dekat di hati....kerana mamaijat pernah berada di sana...
ha ha ha...melampau lak kalau kata intan tu mamaijat...
tapi mmg terkesima bila hayati ASST........
rasa nak baca banyak kali ..tapi bila tgk ms nya 3000 ++...
hadoi....

saya tak tipu....nina the mummy n the boys said...

no comment...just wanna say Hai....

Dayah said...

Salam,

Hi mamaijat.. amboi mama dah berangan nak jadi Intan ;P .. Dayah pun rasa yang sama. Ramai yang akan pilih untuk jadi seperti Intan.

Saya redahkan juga membacanya mama. Sebab pengisiannya bagus.

Hi Mummy Nina,
erk.. akak kenalah baca "AWAK SAYANG SAYA TAK?" baru ada komen ;P he he he