PTPTN di hapuskan?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day, 

PTPTN atau nama penuhnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Rasionalnya penubuhannya tabung pendidikan ini tentulah untuk memberi pinjaman buat pelajar yang melanjutkan pelajaran ke tahap tinggi (atau lebih mudah ke peringkat Kolej mahupun Universiti). Dan saya juga salah seorang peminjam. 

Dengan bantuan pinjaman, sekurang-kurangnya saya tidak membebankan abah saya tanggung semua perbelanjaan saya semasa di Universiti. Sepanjang empat tahun di sana, seluruh wang pengajian di tanggung PTPTN kecuali belanja harian itu pama lah. PTPTN tak mahu tanggung. Alah tak kisahlah, janji yuran pengajian itu dah di dahulukan dan di bayar kendian oleh saya (Alhamdulillah tak pernah culas membayar).

Yang saya tak faham kenapa pelajar yang sedang belajar dan mendapat pinjaman PTPTN ini berdemonstrasi untuk menghapuskan PTPTN? Hilang akal? Siapa nak tanggung pengajian kalian selepas itu? Adik2? Anak2? Generasi akan datang pulak? Darah mudah, cepat melatah. Tak berfikir panjang, sebelum berdemonstrasi!!

Saya amat bersetuju andai PTPTN di beri tanpa interest tapi untuk memansuhkan sama sekali. AMATLAH TIDAK BERSETUJU. Di mana golongan yang tidak berkemampuan mahu mencari duit? untuk menyambung pengajian? Biassiswa? Kalau keputusan tidak terlalu cemerlang macam mana? Mimpi sahajalah nak sambung belajar, betul tak? Pinjaman? Nama pun pinjaman mestilah interest lagi banyak (kalau PTPTN benar-benar di hapuskan sama sekali). 

Berapa ramai yang dapat peluang menyambung pengajian dengan adanya PTPTN? Ramai. Bukan sahaja IPTA malahan IPTS. Dan yang buat saya sendiri marah, peminjam yang MUNGKIR JANJI. Bayar hutang tak mahu dan buat-buat lupa. Awat yang malas sangat nak bayar? Pakai telefon canggih2 boleh pula kan. Pantang nampak gadget baru, laju je nak beli. Tapi hutang belajar culasnya nak bayar. Bila dah nak pergi kena luar negara kena SEKAT. Heboh kata PTPTN ini tak patut. 

Tanpa sedikit pun kesedaran, yang mana without pinjaman itu awak boleh kerja dengan lebih baik? Ada pendapatan tetap, boleh merasa pakai kereta, bagi duit dekat mak ayah tiap-tiap bulan, pakai baju cantik-cantik, beli apa yang anda mahu? Pernah terfikir? 

Berapa interest PTPTN sekarang? 1.5% kan. Is that much? Baik, bagi yang buat pinjaman RM45,000 memang jumlah dari 1.5% itu adalah banyak tetapi kalau pinjam dari bank-bank tempatan. Berapa interest yang ada perlu bayar? Fikirkan. Dan bukan semua orang layak mendapat biasiswa. Dan andai semuanya "government" nak beri percuma, bagaimana caranya? HASILNYA DARI CUKAI! Cukai dari siapa? Dari kalian-kalianlah. Fikirkan. Put basic ekonomi in your mind before jump into conclusion.

Just think, dengan PTPTN dapatlah awak-awak semua meneruskan pelajaran di samping ada duit sedikit buat belanja dan kalau yang bijak siap boleh buat saving. Saya tak tipu, ada kawan saya dulu siap boleh bagi RM500 to her mom setiap kali dapat pinjaman. Bagai yang berkemampuan iyer jumlah tersebut kecil, tetapi buat yang tidak berkemampuan. Besar nilai itu. Dan siap boleh buat saving for ASB. Kau mampu? Tak kan. Sebabnya, ramai yang enjoy waktu belajar.

Jangan cepat melatah adik-adik, guna kepanjangan akal sebelum bertindak. Bila kita ini muda, fikiran kita cetek dan cepat melatah dan juga cepat makan pujukan. Esok-esok menyesal tak sudah. Keputusan kita hari ini efeknya generasi masa hadapan. Kalian bersenang-senang kita, generasi depan berhempas pulas nak belajar. 

D_Y_H
Sekadar pandangan peribadi. Saya menyokong 1000% andai ZERO INTEREST for PTPTN. Kerana berapa sangatlah perbelanjaan pentadbiran yang di perlukan, yang itu kerajaan boleh fikirkan untuk membayar. Beri peruntukan buat mereka mentadbir urus.

7 comments:

Klieo said...

I sokong cakap dayah. Kalo takde interest tuk kurangkan beban ok tapi kalo dah dapat pinjaman, duit dah ambik tp tak nak bayar, tak setuju dan tak nampak lagi sebab yg kukuh utk sokong.kalo diaorang nak demo for free education sampai tahap uni tu pun kena ada planning dan research betul2.sampai sekarang I pun tak nampak lagi solution diaorg.tp walau apa pun,hak asasi diaorg la nak demo

Dayah said...

Hi Kakak,

Ya la, tak kisah la depa nak demo ke hapa ke.. but sometimes they are just too emotional and didn't think for do that. I quite sure some of them dapat PTPTN for study.

My question to them, are you able to support your study without PTPTN? If you were to work, can you manage your time? If you were to take bank loan then what is the different between PTPTN and bank loan?

fifie said...

Betul tu, kalau mansuhkan PTPTN mana budak budak yang baru masuk belajar nak cari duit nak tampung pelajaran diorang ? Kalau dari golongan berada, it's not a matter pun tapi kalau dari golongan yang tak berapa nak ada macam mana ? Takkan nak buat part time kot. Munasabah la sikit kan.

Anonymous said...

saya nak tanya la..saya akan belajar di ipts bulan 7 ni...ptptn ni tanggung yuran pengajian je ke atau siap dengan duit sara diri skali??

Dayah said...

Salam Hi Fifie,

Agree that, tu la takakan nak kerja kan. Tapi tak salah pun nak keje part time cuma boleh ke tidak mereka balance between work and study.

Hi Anon,

Total pinjam bergantung kepada kelulusan. Kalau penjaga mampu selalunya kelulusan untuk yuran pengajian sahaja. tapi minor sahaja yang dapat mcm ini.

Majority dapat full loan, Yuran Pengajian serta wang sara hidup. Lepas tu pandai2 lah nak bahagi2kan duit tersebut buat belanja sepanjang pengajian.

Anonymous said...

kelulusan spm ke??

Dayah said...

Hi Anon,

I think so long you want to study at IPTA/IPTS, saya rasa boleh dapat pinjaman PTPTN.

Syaratnya saya sendiri kurang pasti. Baik Anon, check with PTPTN website.. he he he.. maaf ya kurang arif tentang syarat2 ni