Slider

Wednesday, April 25, 2012

Yesterday is history

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day

Forget yesterday and dream for tomorrow

Monday, April 23, 2012

Good Morning Monday^^

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day, 

Good Morning Monday. 
Keje tak? Bagi yang bekerja, selamat menunaikan tanggungjawab dan amanah. Dan to me, "selamat menadah" ha ha ha. Negatif sungguhkan. Tak apa. Kejap lagi saya pasti positif kembali.

Yeah, never give up!
Walau kadang-kadang "syaitan" menghasut. Allah, nama pun manusia dan selagi bernafas di muka bumi akan di hasut dan terus di hasut. 

Dan buat yang bercuti, selamat bercuti. Have fun^^

Yesterday night, tak tahu apa yang saya mimpi or tak mimpi? Oh not sure. Tapi saya bangun dengan rasa tak sabar-sabar nak ke pejabat. Tak pelik? He He He, apa yang nak pelikan. Artikel assignment saya pun belum terlunas. Bila nak habis baca entah. Work dah nak start ni. Bak kata dia, "you have 24 hours a day". Nak kena habiskan .. nak habiskan.. nak habiskan.

and I have made my decision. Tapi.. tapi .. tapi belum final. He He He. Sebab pertama, saya kena habiskan apa yang patut saya habiskan. Kesempatan yang perlu saya rebut belum saya buat. Haisshh, itu tujuan saya berkhidmat sebelum tunai janji dengan Abah saya. Nvm, I still have time. 

D_Y_H
Time for work. Have a good day ahead peeps.

Sunday, April 22, 2012

My theraphy

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & good day

Terapi or my patient is when I work with all those beautiful flower.. Happy sangat.

Walaupun Hasilnya today buruk ha ha ha .. Ikut mood juga taw. Nak mengubah ni.

Speechless and Hopeless at same time

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

I know, it is very annoying reading "rasa hati" orang kan. I'm sorry nak kena cakap juga. I'm speechless now. Indeed. Punya baik kena sound tepek pagi tadi. Tonight, I'm surprise.

Take deep breath. Fuhh.... I need fresh air. Kalau la dapat pergi beach now. Ish bestnya [membayang laut yang membiru dan dasarnya yang sangat cantik. Rasa nak terjun dalam air sekarang juga] Hilang kata-kata saya. Dari rasa "penat je aku buat" now I'm speechless. At least, my handwork is not "rubbish"  that bad. Boleh senyum sikit. But for sure, I need to get ready telinga kebal-kebal. Tadah je la telinga gajah ini. [Eh, sejak bila Dayah jadi gajah? ha ha ha] 

Ish, rindu pula dengan Kak KZ and Anor, selalu dulu dia mesti kata. "Kita tadah je" Huhuhu, Akak and Anor taw, almost everyday kot sekarang ini kena tadah je la. Nasib baik ada sisa kekebalan. Kalau tak dah rebah menyembah bumi.

D_Y_H
Cukup2 la bebelan merapu saya ni kan. Nak sambung hadap semangkuk oren. Sedap oh! Rasa nak suruh abah beli berkotak2. Manis!


Saturday, April 21, 2012

Menilai dari mata hati

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Bila kita membuat penilaian, apa yang kita guna?

- Haruslah akal fikiran yang waras.
- Menilai baik dan buruknya keputusan yang di ambil.
- Pandangan orang lain (jika perlu)
- Saat paling buntu, bantuan dari Sang Pencipta, Allah Swt.




Cabaran dunia mengajar kita lebih dewasa, dari sudut kematangan minda.


Iya manusia sentiasa khilaf. Dalam sedar kita masih melakukan kesilapan demi kesilapan. Di mana silapnya? Tanya mata hati. Degilnya seorang manusia kan. Dia rasa mahu berubah tapi masih lakukan kesilapan yang sama. Dan terus melakukan kesilapan yang sama. Sampai ketikanya dia sendiri tak mampu berubah? Tidak, selagi punya peluang berubahlah. 

Tetapi kejadian demi kejadian membuat saya rasa sangat hopeless. Should I end terus rasa "hopeless" ini? Perlukan penilaian sewajarnya. Biar tak siapa rasa susahnya.

D_Y_H
Praying for something better. Saya yakin semua orang deserve yang terbaik untuik hidupnya.

Tuesday, April 17, 2012

PTPTN di hapuskan?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day, 

PTPTN atau nama penuhnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Rasionalnya penubuhannya tabung pendidikan ini tentulah untuk memberi pinjaman buat pelajar yang melanjutkan pelajaran ke tahap tinggi (atau lebih mudah ke peringkat Kolej mahupun Universiti). Dan saya juga salah seorang peminjam. 

Dengan bantuan pinjaman, sekurang-kurangnya saya tidak membebankan abah saya tanggung semua perbelanjaan saya semasa di Universiti. Sepanjang empat tahun di sana, seluruh wang pengajian di tanggung PTPTN kecuali belanja harian itu pama lah. PTPTN tak mahu tanggung. Alah tak kisahlah, janji yuran pengajian itu dah di dahulukan dan di bayar kendian oleh saya (Alhamdulillah tak pernah culas membayar).

Yang saya tak faham kenapa pelajar yang sedang belajar dan mendapat pinjaman PTPTN ini berdemonstrasi untuk menghapuskan PTPTN? Hilang akal? Siapa nak tanggung pengajian kalian selepas itu? Adik2? Anak2? Generasi akan datang pulak? Darah mudah, cepat melatah. Tak berfikir panjang, sebelum berdemonstrasi!!

Saya amat bersetuju andai PTPTN di beri tanpa interest tapi untuk memansuhkan sama sekali. AMATLAH TIDAK BERSETUJU. Di mana golongan yang tidak berkemampuan mahu mencari duit? untuk menyambung pengajian? Biassiswa? Kalau keputusan tidak terlalu cemerlang macam mana? Mimpi sahajalah nak sambung belajar, betul tak? Pinjaman? Nama pun pinjaman mestilah interest lagi banyak (kalau PTPTN benar-benar di hapuskan sama sekali). 

Berapa ramai yang dapat peluang menyambung pengajian dengan adanya PTPTN? Ramai. Bukan sahaja IPTA malahan IPTS. Dan yang buat saya sendiri marah, peminjam yang MUNGKIR JANJI. Bayar hutang tak mahu dan buat-buat lupa. Awat yang malas sangat nak bayar? Pakai telefon canggih2 boleh pula kan. Pantang nampak gadget baru, laju je nak beli. Tapi hutang belajar culasnya nak bayar. Bila dah nak pergi kena luar negara kena SEKAT. Heboh kata PTPTN ini tak patut. 

Tanpa sedikit pun kesedaran, yang mana without pinjaman itu awak boleh kerja dengan lebih baik? Ada pendapatan tetap, boleh merasa pakai kereta, bagi duit dekat mak ayah tiap-tiap bulan, pakai baju cantik-cantik, beli apa yang anda mahu? Pernah terfikir? 

Berapa interest PTPTN sekarang? 1.5% kan. Is that much? Baik, bagi yang buat pinjaman RM45,000 memang jumlah dari 1.5% itu adalah banyak tetapi kalau pinjam dari bank-bank tempatan. Berapa interest yang ada perlu bayar? Fikirkan. Dan bukan semua orang layak mendapat biasiswa. Dan andai semuanya "government" nak beri percuma, bagaimana caranya? HASILNYA DARI CUKAI! Cukai dari siapa? Dari kalian-kalianlah. Fikirkan. Put basic ekonomi in your mind before jump into conclusion.

Just think, dengan PTPTN dapatlah awak-awak semua meneruskan pelajaran di samping ada duit sedikit buat belanja dan kalau yang bijak siap boleh buat saving. Saya tak tipu, ada kawan saya dulu siap boleh bagi RM500 to her mom setiap kali dapat pinjaman. Bagai yang berkemampuan iyer jumlah tersebut kecil, tetapi buat yang tidak berkemampuan. Besar nilai itu. Dan siap boleh buat saving for ASB. Kau mampu? Tak kan. Sebabnya, ramai yang enjoy waktu belajar.

Jangan cepat melatah adik-adik, guna kepanjangan akal sebelum bertindak. Bila kita ini muda, fikiran kita cetek dan cepat melatah dan juga cepat makan pujukan. Esok-esok menyesal tak sudah. Keputusan kita hari ini efeknya generasi masa hadapan. Kalian bersenang-senang kita, generasi depan berhempas pulas nak belajar. 

D_Y_H
Sekadar pandangan peribadi. Saya menyokong 1000% andai ZERO INTEREST for PTPTN. Kerana berapa sangatlah perbelanjaan pentadbiran yang di perlukan, yang itu kerajaan boleh fikirkan untuk membayar. Beri peruntukan buat mereka mentadbir urus.

Sunday, April 15, 2012

Today I don't feel like doing anything!

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Halo halo semua... 
Percubaan mengurangkan bebelan di sini sedikit berjaya.. hehehe. 
Awak.. awak semua tahu. Saya sangat "lazy" hari ini, walaupun outstanding work (again!) banyak sangat. Last Wednesday, saya, adik2, cousin and mommy pergi Johor. Sebabnya? Inilah sebabnya, 


Kata orang penantian satu penyeksaan. Selesai sahaja majlis akad nikah, wajah tok dan wan tampak sangat lega. Satu-satunya anak perempuan bujang mereka telah bergelar isteri. Alhamdulillah. Moga MakTeh and PakTeh berbahagia sampai ke syurga, Amin. Welcome to the family PakTeh. 

and my song for today from Bruno Mars - The lazy song.... and I wish everyday I free from lots of work. I really doing it.. ha ha ha.. 


Bestkan!
Sambil tu layan gambar-gambar and editing some picture. Going to edit and make an album before Majlis in May nanti and another Majlis in September. Uish, banyak Majlis tahun ini. Feel like to do something better for myself and family. Should I, now? Still thinking with hard feeling. Sangat hard after many years. But I feel not belong here anymore. 

D_Y_H
Time to consider. InsyaAllah, doakan yang terbaik buat saya ya semua.

Saturday, April 7, 2012

Bila baby bertemu baby

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day

Apa khabaq semua? Sihat la noooo.. Dayah, alhamdullih. Bertambah sihat... Heeee..

Hari ini Dayah helping abah... Penat bebeh.. Mula kena kutuk dengan seorang pakcik bunga ni... Sabar Dayah sabar... Dia tak tahu orang yang di katanya saya.. Learning here.. Terima kritikan orang.

Dan sebenarnya saya okey je. Terima kasih pakcik bunga, sebab akhirnya ambil semua bunga itu theehee

Dan sebenarnya, Dayah nak vetoes pasal adik baby saya. Melekat Nama baby ni, kalau dengan kawan2 Malu gila dia. Yerlahh dah tinggi galah pun baby lagi. Well baby, you'll always our baby. Nak Ada adik lagi, mimpi je la. Kak long haa pun dah tak sanggup Ada adik lagi. Enough!

Dan baby telah bertemu another baby yang super pemalu,

D_y_h
Dapat pun catch.., akhirnya.. Baby awk comella

Friday, April 6, 2012

Happy birthday Aten

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day

Belated dah birthday budak demuk ni.
Sambil makan, belanjalah cup cakes.
Make it simple & easy.
Apa pun, May Allah bless you bebeh.
Success in study and chef in the making.

Pst.... Sure kancong gila dapur tu nanti ha ha ha ;p

Wednesday, April 4, 2012

Tiba-tiba rasa nak duduk terengganu

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Eh .. eh .. eh... tak ada ribut angin apatah lagi. Tiba-tiba sahaja nak duduk Terengganu. Lama dah rasanya nak menjengah Terengganu. Back to 2 years ago, at least 2 week mesti pergi sana. Now no more la. Harapkan bercuti ke sana sahajalah. Herm, rasa macam nak naik bas (ayo, sure kena gelak)

You know.. why suddenly my mind was thinking of Terengganu? Semuanya sebab teringat Hilman Yong. 

Image: GOOGLE
Who is he? He he he. Watak dalam novel Awak Suka Saya Tak? Saya suka watak dia dan yakin mana-mana wanita pun akan suka dia. Kalaulah dia hidup di alam realiti. hermmm...Bertuah siapa yang menjadi teman hidupnya. But, tak mungkin ada seorang sepertinya. Dia hampir sempurna.

Image: GOOGLE

Berjalan di tepi pantai dengan kuda. Tengok matahari terbit. What else ... itu pun cukuplah. Asal dapat buang semua rasa penat dan tekanan dunia. Kan. (Tapi saya tidak pandai menunggang kuda and I wish one day, I can learn it)

Dalam banyak-banyak negeri di Semenanjung Malaysia, saya pilih Terengganu. Sebabnya, suasana di sana. Selain kota berhampiran laut, kesesakan pun kurang berbanding Kuala Lumpur (no complaint bout KL since disinilah punca rezeki saya) cuma kalau untuk merehat minda, Terengganu mungkin pilihan saya. Ada makanan yang saya rindu nak jamah di sana juga. Telor Ikan goreng dekat kedai belakang Mydin Hyper Kuala Terengganu. Masih ada ke gerai tu? Lepas tu kedai cikgu sebelah CIMB tu pun saya rindu nak makan. Cikgu tu baik sangat, setiap kali outstation ke sana dia mesti bermurah hati tolong saya belikan keropok losong. Sebab selalunya, saya tidak punya kelapangan selain waktu rehat. Ish, makan sahaja dalam kepala kan. He he he.

Bila yer.. saya rindu nak pergi Terengganu .. macam laut di sana memanggil-manggil. Datanglah.. datanglah.. 

D_Y_H
April not possible. May not possible. June lagilah tak. July?? He he he.. maybe. Lamanya nak July kan.