Pelik tak pelik tapi itulah cara saya

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera & Good Day, 

Hai semua. 
Apa yang pelik? He he he, tak ada apa yang pelik. Cuma saya rasa lebih efisyen apabila membuat kerja dengan TV di sebelah. Dulu zaman sekolah pun saya jenis macam tu, depan mata TV sambil buat keje sekolah.  Alhamdulillah outstanding work saya siap. Now perlu risaukan current work. Pun masih banyak nak catch up. Jari ada sepuluh, kaki ada dua. Otak pula terbahagi kepada dua bahagian, moga-moga saya dapat manafaatkan anugerah illahi ini. Amin. 

Beberapa hari lepas saya pergi kerja agak awal, keluar rumah pada pukul 6.37am sampai di pejabat pada pukul 6.45am++ awalkan. Sebabnya? Saya ada meeting awal pagi, tapi satu file pun saya tak bawa minggu sebelumnya. Dan kalau hari-hari biasa saya bertolak dari rumah pukul 8.00pagi makanya pukul 9.00pagi lah saya sampai. Kalau lima minit saya lewat, makanya sekitar 9.05 - 9.15 pagilah saya sampai di pejabat. See the different? Pelik tak pelik, inilah KL. Seawal pagi tetap jalan jammed tapi tidak seteruk seawal 8++ pagi. Tapi mujur saya bekerja sekitar KL kalau di Jakarta atau bangkok? Alamat lebih awal dari itu saya perlu keluar rumah dan harus berkongsi kenderaan. Tetapi untuk pekerjaan seperti saya memang tidak bolehlah, sebab perlu pergi ke banyak tempat dalam satu hari kadang-kadang (sebulan at least sekali). 

D_Y_H
Berhenti seketika, jumpa lagi di next entri ya kawan-kawan. 

0 comments: