Pelik, menarik dan XX di bandung

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hi semua.
Ada yang tunggu Dayah update? 
Nehi? Hehehe. Saja, bertanya kot ada yang menanti. 
Cuba mengurangkan update, sebab selalu menulis yang bukan-bukan. (mampu tak ni? heee.. we see la kan.. hehehe)

Kelmarin, baru sahaja touch down Malaysia. Oh tanah tumpah darahku. Beberapa hari sahaja, tapi sempatlah mengutip sedikit pengalaman di Jakarta dan Bandung. Harus belajar erti bersyukur hidup di negara yang makmur dan bukan ramai rakyatnya yang tidak terbela nasibnya. Ada memang tapi itu yang tercicir. 

Ada beberapa keping gambar yang saya ambil sepanjang di sana, yang lucu ada, yang lucah pun (adoi yaiii, yang kurang senang maaf ya) 

Yeah, welcome to Jakarta

Fokus. Bukan pada truck itu, tapi di bawahnya. Sepanjang flyover di Jakarta di kawasan highway, saya melihat rumah-rumah kecil ini di bina. Kawasannya penuh sampah. Keadaan kesihatan yang duduk disana, bagaimana agaknya. Mengikut kata, tour guard mereka ini telah di halau beberapa kali. Selepas di halau, mereka buat penempatan baru. Dan bukan mudah untuk menghalau mereka, cara baik tidak jalan. Di malam harinya, MAFIA akan di kerah membakar penempatan mereka. Bunyinya sungguh kejam, katanya dari ramai2 yang ada mungkin 1-2 yang mati. Sungguh kesian, cara baik tak di layan. Gaya begitu pun tidak jalan. Masih banyak illegal house yang kelihatan, teruatamanya di Jakarta. Oleh yang demikian, saya merasa kita di Malaysia masih beruntung. Yang sukar tetap ada tetapi jumlahnya tidak seramai di sana. Dan "macet" nya di sana (sesak) sangatlah mencabar keimanan. That why, it is not advisable to drive in Indonesia, unless you're very very familiar. Then proceed la.

Kita ada PROTON mereka ada syarikat kereta FOTON, tetapi bukan pengeluar kereta nasional. Pernah saya bertanya pada seorang driver blue bird, "Indonesianya sendiri, tidak punya kereta nasional ya pak?" "iya dulunya ada, tetapi bangkrup. Yang popular di sini cumanya Toyota. Dimana-mana aja keliatannya toyota" Betullah tu, dan paling banyak di pakai adalah AVANZA dan mengikut statistik tak rasmi (tour guard yang inform) AVANZA juga yang di laporkan paling banyak hilang dan di jual di pasaran gelap. Malam ini di rompak, esoknya sudah ke negeri lain. Begitu cepat. Dan jangan terkejut, banyak kedai kereta di sana menjual mobil dengan CASH/KREDIT dan ramai yang kumpul wang membelinya secara CASH (ini bagi yang kerja di luar negara, dan sekali pulang dengan duit segunung, cerita orang gaji)

Nama tempat di sini pelik-pelik dan lucu, "CIKAMPEK" dan "CIREBON" dan terdapat juga BUKIT INDAH di sana.

Dan ada juga "SUBANG". Tatkala nampak sahaja Subang terus sahaja satu bas kami riuh, IA departmentlah paling meriah. Apa taknya, hampir setiap bulan kami akan ke sana. Office client utama kami di sana. Terus masing-masing, "you turun sana, buat FINANCE... hahaha.. ohh next week lor HQ Audit" "Kak, I nak turun sinilah dah sampai" hahaha dia orang ini. Department saya bekerja ini memang spisis cakap tak berhenti. Sehari kami close department memang sunyilah office tu.

Ini juga menarik. Cara dia menarik, orang masuk ke kedainya dengan berkata, orang yang jujur masuk KPK (refer to name of that kedai)


Nice right, everyone is wishing they also pretty as their mom.

Mahu senyum sampai pagi kalau si anak kecil puji papanya begini hari-hari.

Cutekan....

Cute dan saya pasti bersemangat mahu menyusun jadual pelajaran yang di ganti dengan jadual kerja. Colorful.
Banyak saya dapati di sana, pets di jual di tepi-tepi jalan. Malahan, ada di sepanjang jalan (saya tidak tahu jalan apa) sepanjang jalan di jual arnah hidup dan di biarkan sahaja tanpa sangkar)

Rusuhan seperti ini adalah biasa dan hari-hari berlaku. Beberapa kali ke sana cuma sekali saya tidak terserempak dengan rusuhan jalanan. Di maklumkan, seminggu sebelum rusuhan di buat kelulusan pihak polis perlu di ambil. Sama seperti di Malaysia, bezanya kita di sini luahanya dari pembangkang dan di sana, rakyat sendiri bangkit.

Seximo di Jalan Dago. Name itself unic. Kan.


Jenama sushi di sana. Di negara kita, ia adalah RUDE. Di sana, tidak beri makna selain ia cuma jenama.

Ini juga unik. Buangkan G dari nama tempat tersebut maka jadilah rogol.

Menjual di tepi jalan. Di sana sangat mudah mencari penjaja tepi jalan dengan gerai kecil mereka atau cuma bebekal sebungkus bag plastik berisi barang niaga. Lepas itu berjalanlah mereka, mencari sesuap nasi.

 Siapa tidak tahu, pecel lele kan. Yang saya nak highlight kan adalah banner yang di pasang di sekeliling gerai mereka. Hampir 98% gerai-gerai di sana akan di tutp dengan banner besar-besar yang di lukis dengan tangan dan its covered almost all gerai.

Dan ini paling unik pada saya kerana, jejambatnya tanpa penghadang. Sangat merbahaya tetapi ia unik. Mujur di atasnya di letak palang kalau tidak, boleh di kategori sebagai jejambat paling tidak selamat di dunia.

D_Y_H
Menarik dan macam-macam. FO tidak saya gemari, lebih suka ke Pasar Baru selain lebih murah ia juga lebih banyak pilihan buat golongan seperti saya (gemuk.. hehehe)

0 comments: