Sharing: Weird but happening

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,








Pelik kan. Tapi itulah realiti sekarang, tak segan silu menogok arak. Tapi mengaku diri Islam. Pelik tak pelik itulah yang di labelkan sesetengah orang "MODEN". 

Kasar sikit kita kata, 

Tok hang la MODEN! 

Tang mana datangnya Islam Moden? Islam itu cuma ISLAM. Dan apa pula maknanya ISLAM MODEN? Implikasinya? Orang bukan Islam tertanya-tanya, 

"Eh, why she can take that??" Curious sangat rupa. GULP. Tahan muka merah, malu. Tarik nafas and explain. It is really happening in real life. Being asked same question many times pun selalu. Sampai rasa tak tahu nak sorok mana dah muka. Haish. 

Adakah pengertian HALAL itu tidak jelas atau kabur? Atau buat-buat tidak jelas ATAU sengaja menidakkan hukum ALLAH? Bangkitkan wahai yang lelap dan alpa. Maut bukan boleh kita predict. Bukan boleh kita minta TUNGGU TUNGGU. Datang ia datanglah dan setelah itu putuslah hubungan duniamu. Tiada gear untuk reverse balik. TERLAMBAT saat itu. 

D_Y_H
Dunia dunia dunia. Adakah kita rasa kita akan selamanya di dunia? Apa yang kita rasa megah dengan dunia? Tanya diri saya sendiri. Apa 5 perkara baik yang anda buat hari ini? Benda jahat? Pastinya kedua-duanya ada. Checklist sometimes do help!

1 comments:

saya tak tipu.... said...

x penah buat check list cam gitu,should try la....tq...