Tahun bersederhana serba serbi

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Belum pun habis bulan February. Dayah sudah merasai kesederhaannya. Diri saya sendiri. Dan berharap ia akan berterusan. Sudah agak lama tidak membeli pakaian baru. Terlalu lama rasanya. Kenapa? Tidak pernah terasa perlu untuk membelinya setahun lamanya.


Agree, Allah does not look at our appearance. Pakailah apa pun sekali pun selagi mengikut syarak. 

Tahun ini saya rasa kena banyak berjimat. Beli apa yang perlu, simpan lebih-lebih. Dan makan jaga-jaga. Haishh ini yang sukar saya kawal. Mungkin sampai Allah tarik nikmat baru saya insaf! Kadang-kadang geram but I can't. I've trying for more than decade. Hang bagilah segala jenis ubat ka, minuman kesihatan ka... tak jalan...... dan semua itu sila jalan. Hahaha. 

Tak apa, tak apa. Saya belum berputus asa. Macam mana saya boleh buang daging merah dari kehidupan saya, macam itu juga saya cuba buang makanan lain perlahan-lahan. Chiayok! Yezza, saya akan terus mencuba walaupun berdekad-dekad lagi perlu saya tunggu. 

Bulan pertama di tahun 2012, tidaka ada apa yang boleh saya capai. Impian untuk beli sesuatu terpaksa di lupakan seketika. Tak apa tak apa. Banyak liabiliti lain perlu di dahulukan. Yeah. Saya makin realistik dalam berbelanja. Alhamdulillah.

Awak... saya nak senyum. Sebab saya dengar cakap awak. Hehehe. Tapi belum dapat laksanakan. Terima kasih awak ingatkan saya. Dunia makin kelam kabut. Ramai gila kuasa bukan niat mahu memimpin. Sanggup lakukan apa sahaja. Mengelirukan ramai orang, fakta yang dahulu di katakan auta? Tidak ke pening. Itulah orang gila kuasa, mangsanya "kita". Geram rasanya. 
Herm. Apa nak jadi? Peralihan kuasa berlaku? Berjayakah? Kita tunggu dan lihat. 

D_Y_H
Hari ini, sebelum mula meeting bosses talking about Hang Li Po yang tipu ceritanya. Haishhh... lepas ni? Hang mana lagi depa nak kata tipu?????? Keturunan Hang Li Po tiada kena mengena dengan perkembangan indo-cina tanah melayu??? Dan adakah selepas ini "mereka" hendak katakan MELAKA tidak pernah menjadi pelabuhan terpenting dunia satu ketika dahulu?????? Bagusnya, teruskan kelirukan ramai anak muda. Teruskan. Kenapa sekarang? Kenapa tidak dari dahulu??? Jangan esok sentuh hal agama sudah!

3 comments:

saya tak tipu.... said...

gud entry..bersederhana dlm hidup mmg terpujikan!tapi susah ooo...terutamanye dlm bab beli baju!will work on that,insyaALLAH.

saya tak tipu.... said...

"Your comment has been saved and will be visible after blog owner approval"
(D kalau bende kat atas tu keluar bila kita send msg,maknanye owner blog tu,guna WordPress yek?)

Dayah said...

insyaAllah.. meh kita cuba! hehehehe.. sukar ke payah ke.. beli sesuatu yang berharga awak! baju esok lusa lusuh pastu kena beli yang ikut trend la..

utk comment tu.. pemilik blog telah memilih untuk approved dahulu semua received comment. good monitoring supaya x de la dpt commeng karut2